Anda di halaman 1dari 7

KARANGAN 2

Makanan tradisional dalam kalangan


masyarakat kita semakin luput( berkurang).
Bincangkan cara-cara mempopularkan
makanan tradisional dalam kalangan
masyarakat kita.

Contoh – nasi lemak, roti canai, laksa , bak kut teh, dodol,
ketupat, sate, tose, kuih kapit, ayam rendang, muruku,
Char kuetiau

Isi 1- media massa

Media massa – surat khabar, majalah, buku, televisyen,


Internet( Twitter, Youtube, Whatsapp, Instagram )

-media massa dapat mempopularkan makanan tradisional


melalui pelbagai saluran seperti Twitter , Youtube,
Whatsapp dan Instagram
-Internet merupakan medium sangat penting kerana
mudah dan cepat menghantar sesuatu informasi makanan
tradisional
-makanan tradisional juga dapat dipromosikan melalui
televisyen dan radio
-program makanan tradisional dan dokumentarinya dapat
disiarkan dalam televisyen – rancangannya seperti cara
memasak sesuatu makanan tradisional- dengan ini ramai
orang akan tahu cara memasak makanan tradisional

Tegasnya, media massa sangat penting untuk


mempopularkan makanan tradisional

Isi ke-2 – pertandingan memasak

Cara lain mempopularkan makanan tradisional ialah


pertandingan memasak.

- Pertandingan memasak makanan tradisional dapat


menarik banyak orang untuk menyertainya – tidak
kira lelaki ataupun perempuan.
- Pertandingan memasak ini harus diadakan dan lebih
sesuai diadakan di pusat beli-belah – banyak orang
akan mengunjungi pusat beli-belah termasuk
pelancong asing – kita dapat mendedahkan makanan
tradisional kita di mata dunia( international)
- Apabila mengadakan pertandingan memasak, orang
ramai dan para pelancong asing akan teruja ( ingin
tahu) cara menyediakan makanan tradisional
- Ringkasnya, pertandingan memasak makanan
tradisional juga dapat mempopularkan makanan
tradisional kita .
Isi 3 – peranan ibu bapa

-Dari kaca mata lain, ibu bapa juga memainkan


peranan yang penting untuk mempopularkan
makanan tradisional.

-Hal ini dikatakan demikian kerana segala ( semua)


tingkah laku ( sikap) ibu bapa akan diikuti dan
dicontohi/ diteladani oleh anak.

-Ibu harus menyediakan makanan tradisional untuk


keluarga bukannya selalu makan di restoran atau
makanan segera. Selain itu, ibu bapa juga harus
memperkenalkan makanan tradisional kaum lain
seperti ketupat, ayam rendang, kuih kapit dan
sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa bolehlah
membawa anak ke rumah terbuka semasa perayaan
sesuatu kaum. Ibu bapa juga boleh membawa anak
ke pameran makanan tradisional yang diadakan di
sesuatu tempat bukannya membiarkan anak selalu
bermain telefon bimbit sahaja di rumah. Dengan ini,
mereka akan mula mengenali dan menggemari
makanan tradisional yang amat berkhasiat.
Ironinya,ibu bapa memainkan peranan yang signifikan
( penting) dalam mempopularkan makanan tradisional
dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Isi ke-4 – rumah terbuka


Jika menyingkap dari aspek lain, amalan rumah
terbuka juga dapat mempopularkan makanan
tradisional rakyat jelata kita. Kini/ Pada masa ini,
amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah / lazim
di negara kita. Malahan, amalan rumah terbuka ini
diadakan di peringkat kebangsaan.
- Tatkala ( ketika) rumah terbuka diadakan, melalui
amalan ziarah-menziarahi ( lawat), kita bukan sahaja
dapat menjalin ukhwah malahan dapat mengenali
lebih rapat sesuatu makanan tradisonal.
Isi ke- 4 – pihak hotel
-Di Malaysia memang terdapat banyak tempat
penginapan atau lebih dikenali sebagai hotel.
Malahan, di Malaysia terdapat juga hotel yang
bertaraf antarabangsa.
- pelancong tempatan dan pelancong asing amat
mementingkan kebersihan dan juga makanan yang
dihidangkan ( disajikan) . Kesempatan ini harus
digunakan oleh pihak hotel untuk menyajikan
makanan tradisional
- hotel menjadi tempat utama bagi pelancong
tempatan dan pelancong asing untuk menginap
- pihak hotel juga harus meletakkan tanda nama
sesuatu makanan tradisional- dapat mengenali nama
sesuatu makanan tradisional – bak kata pepatah “tak
kenal maka tak cinta”
-pihak hotel juga boleh menganjurkan pertandingan
memasak – akan mempesona/ menarik para
pengunjung ke hotel tersebut untuk menyertainya.
( siap dan hantar 11. 4. 22 – Jumaat ini)
Isi 4- rumah terbuka

- Masa inilah kita berpeluang untuk mengenali jenis-


jenis makanan tradisional yang dihidangkan.
- Apabila rumah terbuka dikelolakan di peringkat
nasional, para pelancong asing turut berkongsi
meraikannya( merayakan) – makanan tradisional
strata( lapisan ) masyarakat kita dapat diperkenalkan
di seluruh dunia

Anda mungkin juga menyukai