ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika
berada dalam sesuatu majlis? [3m]
- memberi salam / menyapa
- beradab sopan (pakaian, tutur kata, perbuatan)
- beramah mesra / berbual / bergaul
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
Dia mulai suka dengan anak muda ini…. Dalam perjalanan pulang dari pejabat surat
khabar itu, dia mulai diam….(m.s.155)
Petikan 3
Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini…. Sebelum dia mati,…(m.s.171)
iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan tema yang diperoleh
daripada cerpen ini. [3m]
Dalam petikan:
- perasaan cinta akan negara.
Cth: Mellisa memilih menyertai angkatan tentera kerana mahu melihat negara dan
rakyat negara ini hidup aman damai
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan-soalan KBAT
1. Adakah anda bersetuju bahawa Syahid dalam petikan di atas ialah Hisyam?
Berikan alasan anda.
Ya, saya setuju kerana:
- Syahid mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan gadis berkenaan
- wajah Syahid mirip Hisyam yang pernah akrab dengan gadis itu
- walaupun dahulu Hisyam agak berisi tubuhnya namun ada tanda-tanda dia akan tinggi
seperti bapanya.
9. Pada pendapat anda, apakah usaha yang patut dilakukan untuk memastikan
masalah perkauman dalam kalangan masyarakat kita dapat dielakkan?
- semua kanak-kanak dihantar ke sekolah kebangsaan
- para pemimpin jangan sekali-kali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung
perasaan kaum-kaum
- setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk
memastikan keamanan dan kestabilan negara.
13. Tuliskan faktor-faktor wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan kaum lelaki pada hari ini.
- kaum wanita telah mendapat pendidikan yang sama dengan kaum lelaki
- kaum wanita juga mencari rezeki dan memikul tanggungjawab yang sama dengan kaum
lelaki dalam keluarga
- pemimpin negara telah menggubal akta untuk membela nasib kaum wanita yang
teraniaya.