Anda di halaman 1dari 4

PROSA TRADISIONAL

PELANDUK MENGAJAR MEMERANG

Sinopsis

Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri: manusia, jin ifrit, unggas, landak
dan pelanduk. Perdana menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam di Rimba
(SAR). Suatu hari SAR terjumpa lubang memerang dengan 7 ekor anak yang ditinggalkan ibu
bapa yang keluar mencari ikan. Kebetulan Sang Bubut memukul gendang perang, lalu SAR
membuka pencak silat sehingga terpijak semua anak memerang hingga mati belaka. Apabila
ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas tapak kaki SAR, lantas berpakat
menghadap Nabi Sulaiman.

Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan belatuk memanggil SAR


menghadap, lalu ditanyakan motif tindakan itu. SAR menjelaskan dia menyangka Sang Bubut
memukul gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak anak memerang. Sang Bubut
yang dipanggil memberitahu dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa pedang terhunus.
Sang biawak pula memberitahu dia melihat labi-labi berenang secara senget sambil membawa
perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Sang udang berbuat
demikian kerana melihat Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung.

Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman perihal anak bininya dianiaya Sang
Memerang. Baginda murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah. Nabi Sulaiman
membuat keputusan bahawa tindakan SAR sebagai diat (nyawa dobalas nyawa) dan pesalah
sebenar ialah memerang.

Tema: Perbicaraan yang adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Watak dan perwatakan

1 Nabi Sulaiman: adil, teliti

2 Syah Alam di Rimba / pelanduk / perdana menteri: bijaksana

3 Sang Memerang: tamak / mementingkan diri

4 Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang: peka / prihatin / setia kawan

5 Sang Seberau: penyayang

6 belatuk / unggas suruhan: akur / taat / setia

Latar masyarakat

1 masyarakat ketua kerajaan: Nabi Sulaiman sebagai pemimpin sekalian makhluk

2 masyarakat rakyat jelata

3 masyarakat yang adil / teliti

4 masyarakat yang bijaksana

5 masyarakat yang tamak

6 masyarakat yang peka / prihatin / setia kawan

7 masyarakat yang penyayang

8 masyarakat yang akur / taat / setia


Nilai murni

keadilan / ketelitian

kebijaksanaan

kepekaan / keprihatinan / kesetiakawanan

kasih sayang

keakuran / ketaatan / kesetiaan

Persoalan

...kebijaksanaan pemimpin

...pertimbangan yang waras

...balasan bagi perbuatan yang jahat

Pengajaran

...kita hendaklah sentiasa menghormati pemimpin

...kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang adil dan saksama

...kita hendaklah sentiasa hidup bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain.
CERPEN BANJIR DI MATA MAK

Sinopsis

Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh
suara wanita tua di hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi
menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa sangat teruja kerana dihubungi. Talian
diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya' tidak bimbang.
Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa
ingin untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang
sudah tiada. 'Saya' berdoa agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi
kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor tersalah dail itu.

Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah
paras leher. Mak Piah ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang
disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan dia tidak ke pusat pemindahan kerana
masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk 'saya' sebaik berjanji
untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah
masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima
hari sebelum boleh ke rumah Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang
diusung setelah dia tergelincir ketika membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana
yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi saya hanya membiarkan Nana
meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...

Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia

Watak utama

1 'Saya' : pencerita, baik hati dan peramah, gadis muda, suka membantu orang susah

2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk, tabah
dan sabar, peramah dan berhati mulia

3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah, sudah berkahwin dan mempunyai anak, takut
kepada suami

Latar tempat: rumah Mak Piah


: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan

Perwatakan

1 bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada
hakikatnnya Nana mengabaikannya

2 penyayang: 'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang

3 prihatin / peka: 'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di
rumah Mak Piah yang dilanda banjir
Nilai murni
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)

1 baik hati:

2 kasih sayang

3 keprihatinan / kepekaan

Persoalan
(huraian sama)

1 Bersangka baik dalam keluarga

2 Kasih sayang ibu sepanjang hayat


Mak Piah sayang akan anak-anaknya walaupun anaknya mengabaikan dirinya, malah Mak
Piah sentiasa bersangka baik terhadap mereka.

3 Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua


Penulis ingin membantu Nek Piah bukan kerana ingin akan sanjungan, tetapi atas dasar
prihatin terhadap nasib malang dan kesusahan wanita itu semasa banjir.

Pengajaran

1 Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga

2 Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat

3 Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Anda mungkin juga menyukai