Anda di halaman 1dari 3

Seteguh Karang

Sinopsis:
Hidup di dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Banyak perkara yang
tidak diduga berlaku bagaikan dalam mimpi. Ajal, maut, rezeki dan jodoh adalah
takdir yang sudah ditetapkan oleh Ilahi. Justeru itu, manusia hrus besabar dalam
menghadapi segala dugaan. Seteguh Karang membawakan kita kisah tragik
sebuah keluarga yang selama ini hidup bahagia dan sentosa. Kematian dalam
keluarga telah menghancurkan impian tiga orang anak gadis yang telah
ditinggalkan ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Anis,
Maysarah dan Anita terpaksa berhadapan dengan seribu satu masalah yang tidak
terduga. Kuatkah hati mereka dalam menempuh badai kehidupan? Peristiwa ini
telah diungkapkan oleh penulisnya dalam novel ini dengan olahan yang menarik
dan meyakinkan.

Komen:
Buku ini pernah jadi manifestasi peribadi achik awal remaja dulu. Banyak titik
persamaan yang achik jumpa, buat achik selalu belek buku ini sampai kusam.
Bukan novel remaja biasa seperti yang selalu disumbatkan kepada kita, penuh
bunga. Dari isu rendah diri, berdikari, percaya manusia sekeliling dan faham adat
budaya. Buku ini pakej lengkap untuk ingatkan kita akan hidup memang selalu
bersama ujian. Terpulang pada kita mahu hadapinya bagaimana.

Seteguh Karang ialah sebuah novel remaja yang telah dikarangkan oleh Tuan Faridah
Syed Abdullah.[1] Novel ini berceritakan tentang kehidupan Awanis, seorang remaja
perempuan yang telah kehilangan kedua ibu bapa dan cuma mempunyai seorang Pak Cik
dan dua orang adik beradiknya yang lain; Maisara (Kak Mai) dan Anita.

Novel ini telah disertakan di dalam Komsas untuk SPM bagi negeri Pahang, Terengganu,
Sabah dan Sarawak.[2] Ia juga telah diadaptasikan ke sebuah drama TV dengan tajuk yang
sama pada tahun 2005.

Watak dan perwatakan

Watak Perwatakan

Seorang remaja perempuan yang berkulit sawo matang, seorang yang


Awanis tabah. Awanis merupakan seorang pelajar di ITM Cawangan Perlis
mengikuti kursus Diploma Pengurusan Ladang.

Maysarah/Kak Seorang yang pendiam, berkulit cerah. Kakak kepada Awanis dan Anita.
May

Seorang yang berkulit cerah dan merupakan seorang pelajar sekolah


Anita
menengah. Anita adalah adik angkat kepada Maysarah dan Awanis.

Seteguh Karang’: Novel yang saya kaji ialah ‘Seteguh Karang’, karya Tuan Faridah Syed
Abdullah.

Saya amat tertarik mengikuti konflik yang dihadapi oleh tiga orang gadis adik-beradik dalam
novel ini. Yang tua, Maysarah. mengalami konflik dalam jiwa kerana tidak dapat menerima
hakikat kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan. Dia juga diseksa rasa
bersalah kerana yakin bahawa dialah yang menyebabkan mereka terbunuh. Dia
menyalahkan dirinya kerana degil dan sombong sehingga mengecewakan ibu bapa yang
sangat menyayanginya serta memanjakannya; dia percaya nahas itu berlaku kerana ibu
bapanya dalam keadaan sedih dan hampa.

Rasa kehilangan dan bersalah ini telah menenggelamkan sifat Maysarah yang riang lagi
penyayang dalam konflik dalaman tersebut. Maysarah telah menjadi murung, hidup dalam
dunianya sendiri, dan menyebabkan adik-adiknya juga turut muram. Walaupun saya
mengerti mengapa Maysarah berkelakuan demikian, namun saya insaf bahawa sikapnya
yang seolah-olah menolak takdir itu salah serta tidak bertimbang rasa.

Sikap itu juga mencetuskan konflik dengan adiknya Anita. Maysarah mendedahkan rahsia
bahawa Anita sebenarnya adik angkat kepada dia dan Awanis, bukan adik kandung, lalu
menghalau Anita keluar dari rumah. Kemudiannya sikap tidak menerima takdir itu
mendorong Maysarah menelan pil tidur berlebihan; mujurlah dia sempat diselamatkan.
Saspens di bahagian ini membuat saya mengikuti cerita dengan asyik.

Konflik jiwa yang dihadapi oleh Anita sungguh hebat, tambahan pula setelah dapat mencari
ibu bapa kandungnya tetapi ditolak kerana dipercayai membawa nasib malang kepada
mereka. Namun demikian, konflik dalaman dan luaran telah menguatkan serta
mematangkan peribadi Anita: dia membuat keputusan hidup berdikari. Hal ini mengajar saya
bahawa konflik boleh membawa kesan yang baik. Sikap Anita yang tetap menyayangi dan
memaafkan kakaknya Maysarah sungguh mengagumkan serta mengharukan saya.

Awanis juga semakin gigih, matang dan penyayang setelah menghadapi konflik batin akibat
kehilangan ibu bapa serta kerunsingan tentang kakak dan adiknya. Di samping itu Awanis
menerima perlakuan yang mencabar kesabaran dan keyakinan dirinya daripada Encik
Johari, seorang pegawai di tempat gadis itu mejalani kursus praktikal pengurusan ladang.
Masalah di rumah Kak Nor tempat dia menumpang serta usikan Kak Maznah dan Kak Sofia
menambahkan kerisauannya. Tragedi kematian Budi, pekerja Indonesia yang dianggap
seperti adiknya, sungguh memilukan hati Awanis. Kejayaan Awanis menangani segala
dugaan dan konflik ini memberi inspirasi kepada saya dalam menghadapi hidup.

Anda mungkin juga menyukai