Anda di halaman 1dari 8

NOVEL SETEGUH KARANG 1 1103/2 (KAJIAN TEKS)

SINOPSIS
Novel ini mengisahkan ketabahan hati seorang gadis dalam mengharungi liku-liku kehidupan setelah
kematian kedua-dua ibu bapa mereka. Gadis yang dimaksudkan itu ialah Awanis. Awanis ialah seorang penuntut di
ITM, Cawangan Arau, Perlis dalam bidang Pengurusan Ladang. Awanis mempunyai seorang kakak yang bernama
Maysarah dan seorang adik angkat iaitu Anita. Mereka dijaga oleh bapa saudaranya, Pak Oni setelah ibu bapa mereka
terkorban dalam nahas jalan raya.
Kak Maysarah menjadi pemurung dan tidak bersemangat untuk hidup kerana tidak dapat menerima
kenyataan kematian ibu bapanya dan menganggap dialah punca segalanya. Hal ini menyebabkan Anita berasa amat
sunyi kerana tiada sesiapa yang dapat diajak berbual kerana Awanis jarang-jarang berada di rumah kerana masih
belajar di ITM.
Awanis menjalani latihan praktikal di Hulu Paka, Terengganu. Di sana, Awanis telah menumpang di rumah
Kak Nor yang agak sesak dengan kerenah anak-anaknya serta sikap suami Kak Nor yang pendiam. Hal ini agak
merimaskan Awanis. Namun begitu, Awanis dapat menyesuaikannya dan mampu membantu Kak Nor melakukan
kerja-keraja di dapur.
Di Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka, Awanis menghadapi beberapa masalah dengan beberapa
kakitangan pejabat itu yang selalu mengambil tahu tentang hal peribadinya seperti Kak Sofia dan Kak Maznah. Awanis
juga sering berkonflik dengan penyelianya, Encik Johari yang selalu membulinya. Awanis juga sempat berkenalan
dengan Wan Asri yang sering membantu dan mengajaknya bersiar-siar di sekitar Terengganu pada hujung minggu.
Di ladang kelapa sawit, Awanis sering dimarahi dan dicabar oleh Encik Johari supaya melakukan kerja-kerja
seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki. Namun, Awanis dapat melakukannya dengan sebaik mungkin kerana
Awanis memang seorang yang pantang dicabar. Awanis juga sempat berkenalan dengan seorang buruh remaja
Indonesia yang bernama Budi. Namun, hayat Budi tidak panjang kerana dia meninggal dunia dipatuk oleh seekor ular
hitam.
Semasa di pejabat, Awanis mendapat panggilan telefon daripada Anita yang memarahinya dan menangis
kerana menganggap Awanis cuba menipunya iaitu tidak menceritakan hal sebenar tentangnya. Anita mengetahui
bahawa dirinya hanya anak angkat keluarga Awanis. Kak Maysarah mendedahkan rahsia tersebut setelah berlaku
pertengkaran antara dia dengan Anita. Oleh itu, Awanis telah meminta kebenaran daripada pengurus ladang, Encik
Basri agar membenarnya menamatkan praktikalnya lebih awal untuk menyelesaikan masalah keluarganya. Permohonan
Awanis diluluskan.
Di rumahnya, Awanis memarahi Kak Maysarah kerana Kak Maysarah sudah melampau kerana menghalau
keluar Anita dari rumah. Awanis pergi mendapatkan Anita yang tinggal di rumah Cikgu Rushda bagi mencari keluarga
kandung Anita. Tetapi sayang, keluarga kandung Anita (Swee Ling) iaitu Encil Lee dan Puan Mary enggan menerima
Anita kerana masih menganggap Anita sebagai pembawa sial dan sudah pasti perniagaannya akan merosot. Hal ini
telah mengecewakan Anita dengan sikap ibu bapanya itu. Pada keesokannya, Awanis pulang ke rumah dan bergaduh
dengan Kak Maysarah dan bertindak meninggalkan rumah.
Setelah dua minggu Awanis di kampus, dia mendapat panggilan kecemasan bahawa Kak maysarah telah
terlantar di hospital kerana menelan pil tidur berlebihan. Awanis bersama Anita pergi melawat Kak Maysarah di
hospital. Awanis menegur perbuatan kakaknya itu yang menyalahi ajaran agama. Kak Maysarah amat menyesal dengan
tindakannya selama itu. Di hospital, Kak Maysarah, Awanis, dan Anita saling bermaafan dan berjanji akan hidup
bahagia seperti dahulu. Namun, Anita tidak mahu lagi tinggal sebumbung dengan mereka kerana dia mahu hidup
berdikari.

CONTOH JAWAPAN SINOPSIS


Novel ini mengisahkan kehidupan Awanis yang telah kematian ibu bapa tetapi bersikap tabah meneruskan
pengajiannya di ITM cawangan Perlis. Dia telah menjalani praktikal di Terengganu dan terpaksa menumpang di rumah
Kak Nor. Ketika menjalani latihan ini, di terpaksa melakukan kerja dapur yang tidak pernah dilakukan, berhadapan
Kak Sofia dan Kak Maznah yang suka mengusik, dan menghadapi kematian Budi akibat dipatuk ular. Pada suatu hari,
Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita yang telah mengetahui kedudukan dirinya sebagai anak angkat.
Awanis menamatkan praktikalnya dan membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Ayah kandung Anita, Encik
Lee tidak dapat menerima Anita sebagai anaknya kerana menganggap pembawa sial. Awanis bertengkar dengan
kakaknya, Maysarah kerana menghalau Anita. Kak Maysarah terlantar di hospital kerana menelan pil tidur berlebihan.
Di hospital, Maysarah sedar akan kesilapannya yang adik-adiknya masih lagi memerlukannya. Kehidupan mereka
kembali mesra, namun Anita tetap mahu berdikari dan tidak mahu tinggal sebumbung.

Soalan :
1. Tulis sinopsis novel yang telah anda baca. (SPM Jun 2002)
[7 markah]

© HAK CIPTA CZUL77 1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 2 1103/2 (KAJIAN TEKS)

TEMA (Persoalan Utama)


Novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis dalam menempuh kehidupan yang mencabar.

Bukti/Contoh/Huraian:
1. Awanis tabah menempuh kehidupan selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya.

2. Awanis sanggup pergi seorang diri untuk mendaftar diri di ITM cawangan Perlis bagi mengikuti
kursus pengurusan ladang.

3. Awanis belajar menimba pengalaman ketika menjalani praktikal di Terengganu walau terpaksa
berhadapan dengan Encik Johari yang suka membuli.

4. Awanis tabah dengan sikap Kak Sofia dan Kak Maznah yang sering mengusiknya.

5. Awanis sanggup bertahan dengan sikap murung kakaknya, Maysarah yang membosankan.

6. Awanis terpaksa membantu Kak Nor di dapur walaupun dia tidak pernah melakukannya sebelum
ini.

Soalan :
1. Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari. (SPM November 2002)
[7 markah]

PERSOALAN
1. Persoalan tentang kegigihan dalam menuntut ilmu – Awanis yang gagal dalam peperiksaan SPM
sanggup mengambil sekali lagi. Akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajarannya di ITM.

2. Persoalan tentang kehidupan yang berlandaskan agama dan keyakinan kepada Tuhan – Awanis
sentiasa menyebut nama Tuhan dan tidask lupa untuk berdoa apabila berhadapan dengan sebarang
kesulitan dan kesusahan.

3. Persoalan tentang pentingnya sikap berdikari dalam kehidupan– selepas kematian ibu dan ayah,
Awanis cuba hidup berdikari dan mendaftar sendiri di ITM cawangan Perlis tanpa meminta bantuan
dariapda sesiapa.

4. Persoalan tentang kepercayaan karut dalam masyarakat – Encik Lee percaya anaknya Swee Ling
(Anita) pembawa sial dalam perniagaanya.

5. Persoalan tentang ikatan kasih sayang yang erat dalam sesebuah keluarga – Awanis menyayangi
Anita seperti adik kandungnya sendiri. Awanis sanggup mencari keluarga kandung Anita iaitu Encik
Lee dan Puan Mary.

Soalan : (SPM November 2001)


2. Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]

2. Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan
pernyataan tersebut. (SPM November 2003)
[7 markah]

© HAK CIPTA CZUL77 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 3 1103/2 (KAJIAN TEKS)

WATAK DAN PERWATAKAN


Awanis
Watak:
Watak utama, watak protagonis, watak bundar/bulat, watak penting, pelajar pengurusan ladang di ITM
Cawangan Arau, Perlis, berkulit sawo matang, mempunyai seorang kakak, Maysarah dan adik angkat iaitu
Anita serta seorang bapa saudara, Pak Oni.

Perwatakan:
1. Tabah – tabah menempuh kehidupan selepas kematian kedua-dua ibu bapanya akibat kemalangan
jalan raya.

2. Pandai menyesuaikan diri di tempat orang – membantu Kak Nor menyiang ikan dan udang
walaupun sebelum ini dia tidak pernah melakukannya.

3. Penyayang - sayang akan adik angkatnya, Anita. Dia sanggup meninggalkan latihan ladang di
Terengganu dan pulang ke Ipoh semata-mata untuk mencari Anita yang lari dari rumah kerana
bergaduh dengan Kak May.

4. Pantang dicabar – menyahut cabaran Encik Johari untuk menjatuhkan setandang kelapa sawit. Dia
bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan setandang kelapa sawit dan akhirnya dia berjaya.

5. Gemar memendam rasa dan perahsia – Awanis tidak pernah memberitahu sesiapa tentang perasaan
hatinya yang berkecamuk dan hatinya yangbergeloran

6. Tabah – tabah menghadapi dugaan hidup seperti kematian abah dan mama serta sikap Encik Johari
yang selalu memperlekehkannya.

Soalan :
1. Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari. (SPM November 2003)
[8 markah]

Encik Johari
Watak:
Watak sampingan, watak antagonis, watak statik, penyelia di ladang kelapa sawit Hulu Paka, Terengganu,
bertubuh sasa dan tegap.

Perwatakan:
1. Bertanggungjawab – dapat mengurus ladang kelapa sawit denganbaik,menjaga kebajikan pekerja,
dan memastikan semua kerja dapat diselesaikan dengan baik.

2. Memandang rendah terhadap kemampuan pelatih perempuan – memandang rendah terhadap


kemampuan Awanis semasa Awanis mendaftar diri di sana.

3. Suka berterus terang – mengatakan kepada Awanis bahawa dia tidak suka kepada pelatih perempuan
yang dianggap menyusahkan.

4. Tegas – dia tegas apabila mengeluarkan arahan anak-anak buahnya. Tiada istilah simpati dalam
hidupnya apabila dia mengeluarkan arahan.

5. Pantang pendapatnya dibangkang – memarahi Awanis kerana mengkritik ladang seliaannya yang
semak dan menjadi tempat pembiakan tikus.

© HAK CIPTA CZUL77 3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 4 1103/2 (KAJIAN TEKS)

Kak Maysarah
Watak:
Watak sampingan / antagonis / dinamik kerana mengalami perubahan sikap pada akhir cerita, cantik dan berkulit cerah,
berkelulusan luar negeri, kakak kepada Awanis.

Perwatakan:
1. Tidak tabah menghadapi dugaan hidup – sikapnya berubah menjadi pemurung, pendiam dan tidak dapat
mengurus diri dengan baik setelah kematian abah dan mama.

2. Degil – tidak mendengar nasihat abah dan mama supaya dia pulang ke rumah – tidak mahu berkahwin dengan
lelaki pilihan abah dan mama.

3. Mementingkan diri sendiri – dia hanya mengutamakan perasaan sedihnya kerana dia menyebabkan kematian ibu
bapanya tanpa mempedulikan hati dan perasaan adik-adiknya yang bimbang akan keadaan dirinya itu.

4. Bertindak terburu-buru – menelan pil tidur berlebihan (hampir terbunuh) untuk menghilangkan segala masalah
yang dihadapinya.

5. Terlalu mengikut perasaan – menghalau Anita keluar dari rumah selepas bertengkar dengannya.

6. Mudah merajuk – melarikan diri ke Pulau Pinang kerana tidak bersetuju dia ditunangkan dengan Roslan iaitu
pekerja bawahan abah.

Anita
Watak:
Watak sampingan, adik angkat Awanis dan Kak Maysarah, berusia 16 tahun, cantik dan berwajah kecinaan dengan
matanya yang sepet, anak kandung Encik Lee dan Puan Mary.

Perwatakan:
1. Berpendirin tegas – tidak mahu pulang ke rumah walaupun dipujuk oleh Awanis kerana mendapat tahu bahawa
dia sebenarnya anak angkat keluarga Awanis.

2. Berani – meninggalkan rumah setelah mendapat tahu bahawa dia sebenarnya anak angkat.

3. Bertindak terburu-buru – menelefon dan memarahi Awanis kerana menyangka Awanis menipunya kerana tidak
memberitahunya bahawa dia sebenarnya anak angkat keluarga Awanis.

4. Penyayang – dia amat menyayangi kakak angkatnya, Awanis.

5. Berdikari – mahu hidup berdikari dan tidak mahu tinggal di rumah Awanis selepas dia mengetahui status dirinya
yang hanya anak angkat.

6. Mudah memaafkan kesalahan orang lain – meskipun Kak Maysarah telah menghalaunya keluar dari rumah,
namun Anita tetap menerima kakak angkatnya dengan baik.

7. Mudah kecewa – amat kecewa dengan sikap keluarga kandungnya yang masih menganggap dia anak sial.

WATAK-WATAK LAIN
1) Pak Oni – watak pipih kerana tidak mengalami sebarang perkembangan, suka bergurau, mengambil berat tentang
kebajikan anak-anak saudaranya, memahami perasaan anak saudaranya, mudah menghulurkan pertolongan.

2) Kak Nor – watak statik, kerani akaun di Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka, ibu yang bertanggungjawab dan
penyayang, berhati-hati ketika memandu kereta, isteri yang baik, memahami hati naluri remaja.

3) Wan Asri – watak statik, menepati janji, mudah berkongsi masalah dengan orang lain, jujur dan baik.

© HAK CIPTA CZUL77 4 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 5 1103/2 (KAJIAN TEKS)

4) Kak Sofia dan Kak Maznah – gemar mengusik, mudah mem[percayai khabar angin, suka mengambil tahu hal
peribadi orang lain.

BINAAN PLOT
Jalinan cerita disusun secara tidak kronologi.
1. Bahagian Permulaan
 Watak Awanis diperkenalkan sebagai penuntut ITM cawangan Perlis dan kakaknya Maysarah
serta adik angkatnya Anita.
 Awanis terpaksa meninggalkan Maysarah, Anita dan Pak Oni untuk menjalani praktikal di
Terengganu.

2. Bahagian Pertengahan
 Awanis berhadapan dengan sikap masyarakat di tempat barunya iaitu sikap Kak Sofia dan Kak
Maznah yang suka mengambil tahu akan hal orang.
 Awanis berhadapan dengan Encik Johari yang suka membulinya.
 Awanis menghadapi peristiwa kematian Budi yang dipatuk ular iaitu pekerja muda Indonesia yang
dianggap sebagai adik angkatnya.
 Awanis menerima panggilan telefon daripada adiknya, Anita yang kecewa dengan berita yang
baru diterimanya iaitu dia hanyalah anak angkat keluarga Awanis.
 Awanis terpaksa menamatkan praktikalnya lebih awal untuk menyelesaikan masalah keluarganya.

3. Bahagian Kemuncak / klimaks


 Awanis bertengkar dengan kakaknya, Maysarah kerana menghalau Anita dari rumah.
 Kak Maysarah terlantar di hospital kerana menelan pil tidur berlebihan.

4. Bahagian Peleraian
 Kak Maysarah insaf akan kesilapannya melayan Anita dengan buruk.
 Kak May, Awanis dan Anita bersatu hati dan berjanji untuk membina kehidupan baru dengan
melupakan kisah silam.
 Anita tidak mahu tinggal di rumah Awanis kerana dia mahu hidup berdikari.

Soalan:
1. Pada pendapat anda, sama ada wajar atau tidak pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam
novel yang telah anda pelajari. (SPM Nov 2001)
[7 markah]

2. Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda
pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan
cerita. (SPM Jun 2003)
[7 markah]

TEKNIK PLOT/PENCERITAAN
1. Imbas kembali - Awanis teringat semasa remaja Kak May merupakan seorang gadis yang sempurna,
cantik dan pandai.

2. Dialog - dialog / percakapan antara Awanis dengan Encik Johari, Awanis dengan Kak Nor, Awanis
dengan Kak May dll.

3. Saspens - pembaca tertanya-tanya sebab sebenar yang berlaku antara Kak May dengan Anita yang
menyebabkan Anita dihalau keluar dari rumah.

4. Kejutan - peristiwa kemunculan ular hitam di hadapan Awanis dan peristiwa Budi dipatuk ular.

© HAK CIPTA CZUL77 5 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 6 1103/2 (KAJIAN TEKS)

5. Pemerian - pengarang sendiri menceritakan perasaan Awanis malu dan bengang apabila diketawakan
oleh kakitangan pejabat di Hulu Paka.

LATAR TEMPAT
1. Di Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka – Awanis telah menjalani latihan di situ di bawah
seliaan Encik Johari.

2. Di ladang kelapa sawit – di situ merupakan tempat pekerja dari Indonesia bekerja dan tempat Awanis
menjalani praktikal.

3. Di Jalan Garland, Ipoh – di situ merupakan tempat tinggal Awanis dan tempat Awanis bertengkar
dengan Kak Maysarah.

4. Di hospital Ipoh - peristiwa Kak May dirawat Di situ juga Awanis, Kak May serta Anita berbaik
kembali.

5. Di rumah Encik Lee - peristiwa Awanis membawa Anita untuk bertemu dengan ayah dan ibu
kandungnya. Di situ juga Awanis bertengkar dengan Encik Lee.

6. Di rumah Kak Nor - peristiwa Awanis menumpang semasa dia menjalani praktikal dan membantu
Kak Nor memasak di dapur.

Soalan :
1. Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. (SPM Jun 2003)
[8 markah]

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang gigih mencari rezeki - belia Indonesia seperti Budi yang sanggup berhijrah ke
Malaysia untuk bekerja mencari rezeki.

2. Masyarakat yang masih percaya kepada unsur khurafat – keluarga Encik Lee dan Mary Lee yang
merupakan keluarga sebenar Anita tetapi tergamak menyatakan bahawa Anita membawa sial dalam
keluarganya.

3. Masyarakat yang suka tolong-menolong - Pak Oni, bapa saudara Awanis yang sanggup membantu
keluarga Awanis setelah kematian kedua-dua ibu bapa gadis itu.

4. Masyarakat wanita yang bersifat bantu-membantu dalam mengukuhkan ekonomi keluarga -


Kak Nor sanggup bekerja walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil.

5. Masyarakat yang mudah berputus asa – Maysarah berubah menjadi pemurung dan pendiam kerana
tidak dapat menerima kenyataan kematian ibu bapanya akibat nahas jalan raya.

Soalan:
1. Bincangkan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari. (SPM NOV 2002)
[8 markah]

LATAR MASA
1. Pada zaman sekarang atau pada masa terbinanya ITM Perlis.

2. Pada waktu malam – Awanis menaiki bas untuk pergi Terengganu.

3. Pada waktu pagi – Awanis tiba di Kuala Terengganu.

© HAK CIPTA CZUL77 6 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 7 1103/2 (KAJIAN TEKS)

4. Latar masa mengikut waktu pejabat – waktu kerja di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawanan Hulu
Paka bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.

GAYA BAHASA
1. Dialek - pengarang menggunakan dialek Jawa untuk menyesuaikan dengan watak buruh Indonesia yang bekerja di ladang
seperti ngombe banyu, mangan, wes, urun, Jenengmu sapo, mbak dll.

2. Bahasa asing – pengarang memasukkan unsur bahasa Inggeris dengan banyak untuk menyesuaikan dengan pendidikan watak
seperti jeans, cream cracker, best, special, cashier dll.

3. Inversi - “sudah jemu menanti memang” sepatutnya memang sudah jemu menanti.

4. Simile - “Aku rasa seperti disimbah air lumpur ke muka”, “…perangai macam syaitan..”

5. Metefora - “Di dada langit”, “lorong hidupnya”, khazanah pengalamanku”

6. Peribahasa – “…seperti terlepas dari mulut harimau masuk ke cabang buaya…”, “…sambil menyelam sambil minum air.”

NILAI MURNI / KEMANUSIAAN / KEMASYARAKATAN


1. Kasih sayang – Awanis sekeluarga telah bersatu semula akibat wujudnya nilai kasih sayang. Awanis amat menyayangi adik
angkatnya, Anita.

2. Baik hati – Pak Oni sedia membantu Awanis adik-beradik setelah ibu bapa mereka meningal dunia.

3. Kerajinan – Awanis rajin belajar hingga dapat melanjutkan pelajaran di ITM cawangan Arau, Perlis.

4. Keberanian – Awanis berani menghadapi cabaran hidup terutama dalam hal pekerjaan di ladang kelapa sawit, apatah lagi
setelah kematian kedua-dua ibu bapanya.

5. Simpati - Awanis bersimpati kepada Budi hingga sanggup membiayai tambang penerbangan jenazah Budi ke Indonesia.

6. Berpendirian tegas - Awanis tetap menerima cabaran daripada Encik Johari yang mahu Awanis bersifat lasak seperti lelaki.

7. Tolong-menolong - Cikgu Rushda menolong Anita dengan membenarkan Anita tinggal di rumahnya.

Soalan :
1. Tulis empat nilai murni daripada novel yang anda pelajari. (SPM Jun 2002)
[8 markah]

PENGAJARAN / MESEJ / IKTIBAR / AMANAT


1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan - Awanis menerima peristiwa kematian ibu bapanya dengan hati yang tabah.

2. Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang - Awanis dapat menyesuaikan diri dengan
keluarga Kak Nor dengan mengubah sikapnya sendiri. Dia rajin menolong Kak Nor di dapur walaupun sebelum ini dia tidak
pernah melakukannya.

3. Kita hendaklah bersimpati kepada orang yang bernasib malang - Awanis bersimpati terhadap Budi yang mati di patuk ular.
Awanis sanggup membiayai tambang penerbangan jenazah Budi ke Indonesia.

4. Kita hendaklah berani bertindak untuk menegakkan kebenaran - Awanis berani menentang pendapat Encik Lee yang
menyatakan bahawa Anita anak sial sedangkan semasa Anita tinggal bersama dengannya selama 16 tahun, perniagaan bapanya
semakin maju.

5. Kita jangan mudah terpengaruh oleh kepercayaan karut - Encik Lee menganggap bahawa anaknya Anita ( Swee Ling )
pembawa anak sial dalam perniagaannya.

© HAK CIPTA CZUL77 7 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


NOVEL SETEGUH KARANG 8 1103/2 (KAJIAN TEKS)

BIODATA PENGARANG
1. Latar belakang:
 Nama : Tuan Faridah Syed Abdullah
 Tarikh lahir : 21 November 1967
 Tempat lahir : Dungun, Terengganu.

2. Pendidikan:
 Pendidikan rendah di Dungun
 Memperoleh Diploma Pengurusan ladang di ITM Cawangan Perlis.
 Memperoleh Sarjana Muda Perakaunan di ITM, Shah Alam pada tahun 1995.

3. Karya-karya:
 Novel – Pada Garis Perkenalan, Indarti, Harapan Masih Bersemi, Bunga Mimpi
Berguguran, Seteguh Karang

4. Anugerah yang diterima:


 Memenangi tempat kedua Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 menerusi
novel Seteguh Karang.
 Memenangi Hadiah Penghargaan dalam Peraduan Menulis Sajak Remaja DBP
1986 menerusi sajaknya, Balada Seekor Kucing.

KAJIAN TEKS TAMAT

HAK MILIK:

MOHD. ZULKAFLI BIN CHE


IBRAHIM
GURU BAHASA MELAYU
SMK BINTULU, SARAWAK.
23 FEBRUARI 2004

© HAK CIPTA CZUL77 8 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai