Anda di halaman 1dari 5

Latihan Sajak Laut

1. Berdasarkan sajak laut, huraikan persoalan-persoalan yang cuba disampaikan oleh


penulis.
2. Apakah nada bagi sajak laut ini?
3. Nyatakan nilai yang terkandung dalam sajak ini.
4. Kemukakan tema yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam Sajak Laut.
5. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar?
Latihan Pemahaman Cerpen II: "Mutiara Bonda"
Mencari hari kelmarin yang tercicir, lalu mengutipnya sebagai pedoman berharga.
1. Frasa dalam petikan cerpen ini membawa maksud
2. Cerpen "Mutiara Bonda" dimulakan dengan
3. Nyatakan jasa-jasa watak Bonda dalam cerpen "Mutiara Bonda"

MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan luas terbentang terlalu indah
dipandang.

Rangkap 2
Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan ketenangan kepada penyajak.

Rangkap 3
Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti terdapat kulit kerang dan pasir
pantai yang putih.

Rangkap 4
Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang nelayan berdiri seorang diri
di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki
menyara keluaraga.

Rangkap 5
Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas ke sana dan ke sini diiringi
dengan bunyi deruan ombak.

Rangkap 6
Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut.

TEMA

Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat
menenangkan jiwa seseorang.

PERSOALAN

1. Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa penyajak dapat berasakan
ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut.
2. Persoalan kegigihan mencari rezeki nelayan gigih menangkap ikan bagi menyara kehidupan
keluarganya.
3. Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan suasana kawasan laut menandakan betapa
indahnya alam ciptaan tuhan.

BENTUK
1. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
2. Rima akhir adalah bebas.
3. Jumlah baris serangkap bebas.
Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 4 baris dan sebagainya.
4. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan.
5. Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.

GAYA BAHASA
1. Anafora
Contoh: Laut ini begitu biru
Laut ini begitu luas
Laut ini begitu indah
2. Personifikasi
Contoh: Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki.
3. Sinkope
Contoh: membuatku bahagia.
4. Simile
Contoh: begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba
5. Asonansi
Contoh: Betapa bahagianya hati.

6. Aliterasi Contoh: dengan nyanyian ombak.

NADA
Sajak ini bernada romantis.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan keindahan dan ketenangan
di kawasan laut dapat memberi ketenangan.
2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki nelayan berusaha gigih bagi
mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.
3. Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

NILAI
1. Nilai kesyukuran
Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup
kita.
2. Nilai kegigihan
Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Watak Utama
Hartini
1. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.
2. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.
3. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.
4. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya
bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.
5. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya
dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
6. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah.
Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan
diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah
meninggal dunia.
7. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang
bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR
iaitu 7A 1B.

Anda mungkin juga menyukai