Anda di halaman 1dari 1

SAJAK SAJAK LAUT

Tema
Menghayati keindahan laut yang dapat memberi ketenangan jiwa. Buktinya, penyajak kagum akan laut yang
indah
Maksud Rangkap
Rangkap 1 Penyajak menggambarkan keadaan laut yang biru, luas dan indah.
Rangkap 2 Penyajak berasa gembira dan tenang apabila melihat laut. Laut yang luas membayangkan
kekayaan.
Rangkap 3 Penyajak melihat pasir yang berwarna putih dan kerang. Ombak terkena pada kakinya. Angin
pantai pula mengenai tubuhnya.
Rangkap 4 Penyajak juga memerhati nelayan yang mencari rezeki di laut untuk keluarga mereka.
Rangkap 5 Burung burung terbang dan bernyanyi gembira seiring dengan bunyi ombak.
Rangkap 6 Penyajak melihat matahari yang hanya kelihatan separuh tetapi masih memberikan sinarnya.
Rangkap 7 Penyajak merasakan bahawa laut dan dirinya amat akrab bagaikan bersaudara.
Gaya Bahasa
1] Simile. Misalnya, bagai berlumba dengan nyanyian ombak.
2] Personifikasi. Misalnya, ombak menyapa kaki.
3] Anafora. Misalnya, kulihat pasir putih,
kulihat kerang.
4] Sinkope. Misalnya, membuatku bahagia.
Bentuk
1] Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2] Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama dan rangkap ketujuh mempunyai tiga
baris,rangkap kedua dan rangkap keempat mempunyai empat baris, manakala rangkap ketiga, kelima dan
keenam mempunyai lima baris.
3] Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga lima patah kata atau lima hingga empat belas
suku kata sebaris.
4] Sajak ini berbentuk bebas.
PERSOALAN 1
- Kasih sayang terhadap
alam.
- Buktinya, penulis
menyatakan bahawa
dirinya dan laut adalah
bersaudara dan saling
memerlukan.
NILAI 1
- Kasih sayang
- Buktinya, sda
PENGAJARAN 1
- Kita haruslah
mempunyai perasaan
kasih sayang sesama
makhluk tuhan yang
terdapat di muka bumi
ini.
- Buktinya, sda

PERSOALAN 2

PERSOALAN 3

PERSOALAN 4

- Kegigihan dalam
menjalankan pekerjaan.
- Buktinya, nelayan yang
sentiasa gigih dan
berusaha mencari rezeki
untuk menampung
keluarganya.
NILAI 2
- Kegigihan
- Buktinya, sda
PENGAJARAN 2
- Kita mestilah sentiasa
gigih dalam menjalankan
sesuatu pekerjaan.
- Buktinya, sda

- Mesra terhadap hidupan


laut.
- Buktinya, penyajak
merasakan bahawa
dirinya amat mesra
dengan hidupan laut.

- Setia dalam
melaksanakan
tanggungjawab.
- Buktinya, matahari yang
setia memberi sinar dan
cahaya kepada makhluk di
dunia ini.
NILAI 4
- Kesetiaan
- Buktinya, sda
PENGAJARAN 4
- Kita hendaklah sentiasa
setia dalam menjalankan
tanggungjawab dan
amanah yang diberi.
- Buktinya, sda

NILAI 3
- Kemesraan
- Buktinya, sda
PENGAJARAN 3
- Kita perlulah mesra
dengan alam semulajadi
dan hidupan laut.
- Buktinya, sda

Anda mungkin juga menyukai