Anda di halaman 1dari 6

SAJAK LAUT

~Ismail Sharif~

-Chia Teng Teng -Chia Wen Hui -Chong Yee Xin -Kok Zie Loo -Wong Peg Gie

Maksud sajak Rangkap 1: Penyajak menggambarkan keadaan laut yang biru, luas dan indah. Rangkap 2: Peyajak berasa bahagia dan tenang apabila memerhatikan laut. Laut yang luas membayangkan kakayaan. Rangkap 3: Penyajak melihat pasir yang berwarna putih dan kerang. Ombak terkena pada kakiya. Angin pantai pula mengenai tubuhnya. Rangkap 4: Penyajak juga memerhatikan nelayan yang mencari rezeki di laut untuk keluarga mereka.

Rangkap 5: Burung- burung terbang dan bernyanyi gembira seiring dengan bunyi ombak.
Rangkap 6: Penyajak melihat matahari yang hanya kelihatan separuh tetapi masih meberikan sinarnya. Rangkap 7: Penyajak merasakan bahawa laut dan dirinya amat berakrab bagaikan bersaudara.

* Tema - Mengahayati keindahan laut. *Persoalan - Penghayatan unsur alam. - Nalayan mencari rezeki di laut. - Keakraban manusia dengan alam. *Nada - Romantik.

* Bentuk -Sajak ini terdiri daripada 7 rangkap. -Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama dan rangkap ketujuh mempunyai tiga baris, rangkap kedua dan rangkap keempat mempunyai empat baris, manakala rangkap ketiga, kelima, dan keenam mempuyai lima baris. -Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga lima patah kata atau lima hingga empat belas suku kata sebaris. Contohnya:

Hai, laut biru (3 patah kata/ 5 suku kata) Hari ini juga aku nyatakan ( 5 patah kata/ 11 suku kata)
- Sajak ini berbentuk bebas.

Unsur-unsur Bunyi A. Asonansi. Contohnya, Betupa bahagianya hati (pengulangan vokal a) B. Aliterasi. Contohnya, burung laut menari-nari di sana (pengulangan konsonan n) C. Rima akhirnya bebas. Contohnya: ---Rangkap 1: abc; ---Rangkap 2: abcb; ---Rangkap 3: abcde; ---Rangkap 4: abaa; ---Rangkap 5: aabac; ---Rangkap 6: abcdd; ---Rangkap 7: aba.

Gaya Bahasa A. Repetisi. Contohnya, frasa Laut ini begitu diulang pada beris pertama, baris kedua dan baris ketiga rangkap pertama. B. Anafora. Contohnya, Kulihat pasir putih Kulihat kerang. C. Simile. Contohnya, bagai berlumba dengan nyanyian ombak, bagai malu-malu ia mengintip. D. Personifikasi. Contohnya, ombak menyapa kaki, angin pantai membelai, burung laut menari-nari. E. Sinkope. Contohnya, ku,kau.

Nilai A. Kesyukuran. Contohnya, penyajak mensyukuri nikmat Tuhan dengan adanya laut yang dapat memberikan ketenangan kepadanya. B. Mencintai alam sekitar. Contohnya, penyajak mencintai keindahan laut dan hidupannya. C. Kerajinan. Contohnya, nelayan rajion menangkap ikan di laut untuk keluarga mereka. D. Kemesraan. Contohnya, penyajak merasakan bahawa dirinya amay mesra dengan hidupan liar. Pengajaran A. Kita hendaklah menghargai alam. B. Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki.

Anda mungkin juga menyukai