Anda di halaman 1dari 1

AYAT AKTIF DAN PASIF

AYAT AKTIF DAN PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan
ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini
mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata
sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.


Ayat Aktif
1.Saya
sudah
menyiapkan
semua kerja sekolah.
2. Ayah membelah kayu api
itu.
3.Mereka sedang menganyam
tikar mengkuang itu.

Ayat Pasif
1. Semua kerja sekolah telah
saya siapkan.
2. Kayu api itu dibelah oleh
ayah.
3. Tikar mengkuang itu sedang
dianyam oleh mereka.

MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF YANG MELIBATKAN KATA GANTI
NAMA DIRI (KGND) PERTAMA DAN KEDUA.
Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif
apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri
kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. TIDAK BOLEH menggunakan kata oleh,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca ,
sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya
membaca.

Anda mungkin juga menyukai