Anda di halaman 1dari 1

LANGKAH 4 : MENULIS KESIMPULAN/ PENUTUP

Untuk menulis bahagian kesimpulan rumusan, pelajar dicadangkan:


• Mulakan dengan perkataan – Kesimpulannya…
• Menyatakan siapa yang perlu bertindak ?
• Menyatakan tindakan yang berkaitan dengan arahan soalan
• Gunakan penanda wacana – agar atau supaya
• Menyatakan apakah hasil tindakan itu?

Contoh bahagian kesimpulan :


Kesimpulannya,
Semua pihak – ( siapa)
hendaklah menjaga kebersihan sungai - (tindakan)
agar ( penanda wacana)
kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih. ( hasil tindakan )

Contoh ayat lengkap.

1. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menjaga kebersihan


sungai agar kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih.

2. Kesimpulannya semua pihak hendaklah bekerjasama menangani


masalah ponteng dalam kalangan pelajar agar dapat melahirkan
remaja yang bertanggungjawab.

3. Kesimpulannya semua pihak hendaklah menjaga keindahan alam


sekitar supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih.

4. Kesimpulannya semua pihak hendaklah mengalakkan pelajar


mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum agar dapat
melahirkan pelajar yang berdisiplin.

5. Kesimpulannnya semua pihak hendaklah mengalakkan


penggunaan Teknologi Maklumat agar kita dapat melahirkan
anggota masyarakat yang bermaklumat.

(1) (2) (3) (4)


Penanda wacana Cadangan/Harapan/ Kata hubung Kesan/akibat/hasil
Siapa yang harus tindakan
bertindak/fokus soalan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah agar/supaya rakyat dapat hidup


bekerjasama menangani dengan selesa dan
isu air bersih harmoni

Anda mungkin juga menyukai