Anda di halaman 1dari 3

SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP

 Persoalan kegigihan
 Peristiwa bahagian klimaks
 Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai tanggungjawab
 Cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya
 Pengajaran
 Konflik dan cara penyelesaian

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua


persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel karya Khairuddin Ayip yang bertajuk Songket


Berbenang Emas yang saya pelajari ketika di tingkatan 5, novel ini memaparkan
pelbagai persoalan yang menyentuh nilai kegigihan dalam kehidupan.

Persoalan kegigihan melahirkan anak-anak yang berilmu. Contohnya,


Embong gigih berusaha memastikan anaknya, Dahlia berjaya dalam pelajaran
dalam pelajaran. Embong tidak membenarkan Dahlia berhento sekolah semara-
mata untuk menjaga adik-adiknya apabila Dahlia mengutarakan hasratnya itu.

Seterusnya, persoalan kegigihan mencari rezeki. Sebagai contoh, Embong


gigih bekerja keras dari pagi hingga malam bagi mencari wang demi membela
kehidupannya ketika isterinya dirawat di hospital. Embong juga telah menjaga
anak-anaknya yang masih kecil ketika ketiadaan isterinya.

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa


bahagian klimaks penceritaan bagi setiap novel tersebut.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya


telah dapat mengenal pasti peristiwa bahagian klimaks yang begitu menarik dalam
novel ini.

Peristiwa klimaks yang berlaku ialah penduduk kampung bersatu padu


membina rumah Embong. Setelah banjir surut, penduduk kampung telah
dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Namun begitu, malang menimpa
keluarga Embong sekali lagi apabila mendapati rumahnya telah runtuh akibat
banjir. Atas nasihat ketua kampung iaitu Haji Sulaiman, penduduk kampung telah
bekerjasama untuk bergotong-royong membina semula rumah Embong sebaik-
baik sahaja banjir surut.
SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua
peristiwa bagi setiap novel yang dapat dikaitkan nilai tanggungjawab.

Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah novel Songket Berbenang Emas
tulisan Khairuddin Ayip. Dalam novel ini, saya telah mengenal pasti dua peristiwa
yang dapat dikaitkan dengan nilai tanggungjawab.

Peristiwa yang dikaitkan dengan nilai tanggungjawab telah ditunjukkan


dengan jelas dalam diri Embong. Sebagai seorang bapa, Embong
bertanggungjawab mencari wang bagi memastikan nasib isteri dan anak-anaknya
terbela. Dia telah membanting tulang dengan melakukan pelbagai pekerjaan
seperti bekerja di estet, mengambil upah memotong buah kelapa sawit di kebun
orang dan membela kambing demi mencari sesuap nasi buat keluarganya. Melalui
berwatakan Embong, jelaslah nilai tanggungjawab ketua keluarga terhadap isteri
dan anak-anak terdapat dalam dirinya.

Selain itu, Haji Sulaiman sebagai Ketua Kampung Parit Haji Rais turut
memaparkan nilai tanggunjawab. Haji Sulaiman telah menghantar isteri Embong,
Saleha ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan untuk mengatasi
masalah mental yang dihadapinya. Watak Haji Sulaiman telah menunjukkan nilai
tanggungjawab seorang ketua masyarakat terhadap penduduk kampung.

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak
utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

Berdasarkan novel karya Khairuddin Ayip yang berjudul Songket


Berbenang Emas, terdapat pelbagai konflik yang begitu rumit telah dihadapi oleh
watak utama novel ini iaitu Dahlia. Namun begitu, Dahlia berjaya menyelesaikan
konflik itu dengan mengambil langkah yang bijak.

Konflik dalam dirnya sendiri. Dia berkira-kira dan tidak tahu sama ada dia
patut meninggalkan asrama untuk pulang menjaga adik-adiknya ataupun tinggal
sahaja di asrama. Sekiranya dia tinggal sahaja di asrama, adik-adiknya pasti tidak
akan diuruskan dengan sempurna memandangkan Embong, ayah Dahlia terpaksa
bekerja untuk mencari wang dan ibunya, Saleha berada di hospital untuk
mendapatkan rawatan.

Bagi menyelesaikan konflik dalam dirinya itu, Dahlia telah mengambil


keputusan untuk meninggalkan asrama demi menjaga adik-adiknya. Dia
bercadang untuk kembali semula ke asrama apabila ibunya sembuh dan dapat
keluar dari hospital.

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua


pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel yang saya kaji semasa di tingkatan lima berjudul
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, terdapat beberapa pengajaran
yang dapat saya pelajari.

Antaranya, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan.


Misalnya, Haki Sulaiman iaitu Ketua Kampung Parit Haji Rais telah menghulurkan
tangan dengan membantu keluarga Embong. Beliau telah menghantar isteri
Embong iaitu Saleha ke Hospital Batu Pahat agar penyakit tekanan mental yang
dihidapiny dapat dirawat dengan segera.

Selain itu, kita haruslah gigih menuntut ilmu. Pengajaran ini telah
ditonjolkan melalui perwatakan Dahlia yang gigih menuntut ilmu walaupun
menghadapi kesukaran dalam kehidupannya. Hasil daripada kerajinannya, Dahlia
telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun selama empat tahun.

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu konflik
dan cara penyelesaian yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel karya Khairuddin Ayip yang berjudul Songket


Berbenang Emas, terdapat pelbagai konflik yang ditonjolkan dalam novel ini
menyebabkan novel ini berjaya menambat minat membaca untuk terus
mengetahui cara watak-watak dalam novel menyelesaikan permasalahan yang
berlaku.

Konflik dalam keluarga. Sebagai contoh, Embong berkonflik dengan ibu


mertuanya, Nek Kiah.Dalam novel ini, Nek Kiah telah menunjukkan rasa benci
terhadap keluarga Embong dan mengambil keputusan untuk menjual tanah
pusaka yang telah lama diduduki oleh Embong sekeluarga. Buktinya, Nek Kiah
ingin menjual tanah itu adalah apabila dua orang pekerja datang mengukur tanah
di kawasan rumahnya.

Bagi menyelesaikan konflik ini, Embong telah cuba menakut-nakutkan Nek


Kiah dengan sebilah parang apabila Nek Kiah membangkitkan isu penjualan
tanah. Tambahan pula, Tauke Lim yakni sahabat Embong telah berjanji untuk
menolong Embong menyelesaikan masalah itu walaupun mereka berdua daripada
kaum yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai