Anda di halaman 1dari 20

FOLIO BAHASA MELAYU

SINOPSIS NOVEL PAPA


(AKHIRNYA KAU TEWAS JUA)

HAZIQAH BT ZAINUDIN

4 AWAM 1(2010)

PN. AINA

BAB 1
Ju sedang berbual dengan Mak Cik Noraini yang
sedang menggoreng karipap di dapur . Tiba-tiba dia
terlihat mamanya , Lia dengan papanya , Jeffri yang
berada di kebun kecil berhampiran rumahnya untuk
memetik kacang panjang . Jeffri meminta Lia
supaya memasak sayur itu kerana baginya masakan
Lia paling sedap . Hubungan yang terlalu mesra
antara mereka berdua kurang disenangi oleh Ju
kerana Ju mengatakan dirinya sudah dewasa dan
tidak sepatutnya mereka berbuat demikian . Mak
Cik Noraini mengatakan kemesraan antara ibu bapa
Ju disebabkan oleh kasih sayang yang amat utuh .

BAB 2
Dua minggu kemudian , Ju terpaksa pulang ke rumah
menaiki bas kerana mamanya telah dijemput oleh
papanya terlebih awal kerana Lia pening dan tidak
sedap badan . Petang itu , Ju ditinggalkan berdua
dengan Mak Cik Noraini kerana mama dan papanya
ke hospital . Semasa Mak Cik Noraini
menghidangkan bubur jagung kepada Ju , Dia
mengenangkan tentang kemesraan mama dan
papanya . Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan
Ju yang suka berangan . Menurut Mak Cik Noraini ,
papanya pernah mencintai seorang doctor tetapi
hubungan mereka tidak berjaya kerana doctor
tersebut sudah menjadi tunangan orang . Akhirnya
papa Ju berkahwin dengan mamanya dalam keadaan
terpaksa . Namun lama kelamaan , hubungan mereka
semakin erat . Mama dan papa Ju pulang dari
hospital dalam keadaan yang gembira kerana
mereka mendapati bahawa mama Ju sedang
mengandung . Walau bagaimanapun , Mak Cik
Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu
kerana mama Ju pernah mengalami komplikasi
semasa mengandungkan Ju dahulu . Jeffri
memberitahu Mak Cik Noraini bahawa apa yang
telah dan akan berlaku bergantung pada ketentuan
Tuhan . Mereka hanya mampu berserah .
BAB 3
Suatu hari , Ju pulang lewat ke rumah . Apabila
sampai di rumah , Ju terdengar perbualan antara
Mak Cik Noraini dengan mamanya . Mak Cik Noraini
yang bimbang tentang Lia menasihatinya untuk
memikirkan tentang keadaan anak yang akan
dilahirkannya kerana Lia pernah tidak sedarkan diri
ketika melahirkan Ju . Anak yang dilahirkan pula
terlalu kecil , menghidap demam kuning serta alah
kepada susu tepung . Lia menegaskan bahawa dia
tidak akan menggugurkan kandungan itu kerana itu
adalah permintaan Jeffri . Dia amat menyayangi
Jeffri dan tidak akan kecewakan Jeffri .

Ju mengajak bapanya bermain tennis di Kelana Jaya


tetapi Jeffri menolak kerana terlalu penat . Ju
mengatakan kepada papanya bahawa dia akan
mengajak mamanya jika Jeffri enggan . Jeffri
menghalang Ju untuk berbuat demikian kerana Lia
sedang mengandung dan memerlukan rehat yang
banyak . Akhirnya Jeffri mengalah dengan
anaknya . Semasa bermain tennis , Ju terkenang
tentang kehebatan papanya dalam bermain tennis
sehingga diminati oleh ramai gadis . Semasa
mengelamun , tiba-tiba muka Ju terkena bola yang
dipukul oleh papanya . Seorang gadis menegur
mereka berdua . Papa Ju dan gadis berbual dengan
ramah . Ju berasa tidak senang dengan perbuatan
papa dan akhirnya Jeffri memperkenalkan gadis itu
sebagai Aisyah iaitu pelajar kolejnya . Mereka
bertiga minum di sebuah kedai . Ju yang berasa
kurang senang akhirnya mengajak papanya pulang
dengan alasan mamanya yang berada di rumah .

BAB 4
Ju bertemu dengan mamanya yang sedang
menunggu di luar kereta . Mamanya memarahinya
kerana dia lewat . Dia mengatakan bahawa rakan-
rakannya meminjam nota Geografinya kerana
notanya lebih lengkap . Lia meminta Ju untuk duduk
di kerusi belakang kereta kerana rakannya , Cikgu
Suzie ingin menumpang kereta mamanya ke bengkel
untuk mengambil keretanya .

Dalam perjalanan , Suzie menasihati Lia supaya


memikirkan keadaan dirinya yang mengandung .
Suzie bimbang kerana Lia pernah mengalami
kesukaran semasa melahirkan Ju . Lia memberitahu
bahawa dia sanggup berkorban untuk suaminya yang
inginkan anak . Lia yang berasa kurang senang
setelah diasak oleh Suzie mengatakan bahawa dia
amat menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak
pernah tahu akan nilai kasih sayang kerana dia
belum berkahwin .

BAB 5
Empat bulan lagi , Lia akan melahirkan
kandungannya . Semasa di kebun kecilnya , Lia
memberitahu Jeffri bahawa dia bimbang sekiranya
sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya . Jeffri
menenangkan isterinya dengan berharap Lia akan
tabah dan menerima ketentuan Tuhan . Walau
bagaimanapun , Lia mengatakan dia tidak pernah
menyesal dengan perbuatannya kerana dia sayang
akan Jeffri .

Perbuatan mereka dilihat oleh Ju . Ju merasakan


mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kerana
Ju telah dewasa . Dia bertanyakan Mak Cik Noraini
tentang keadaannya semasa dilahirkan . Mak Cik
Noraini mengatakan bahawa saiz Ju semasa
dilahirkan hanyalah sebesar anak kucing dan sering
menangis . Dia juga mengatakan bahawa Ju susah
untuk dijaga kerana alah kepada susu tepung dan
terpaksa minum susu yang diperah dari mamanya .
Disebabkan kesukaran itu , Mak Cik Noraini
menyayangi Ju seperti anak sendiri .

BAB 6
Di kolej , Aisyah sering berjumpa dan bertanya
tentang pelajaran kepada Jeffri . Dia juga pernah
mengajak Jeffri untuk minum bersama tetapi
Jeffri menolaknya . Dalam kereta , Ju menyindir
papanya supaya berkahwin lagi sebagai cara
menduga hati papanya . Jeffri mengatakan dia
tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu
melukakan hati mamanya .

BAB 7
Ju telah masuk ke tingkatan 5. Saat ibunya
melahirkan anak kedua juga telah tiba . Jeffri
sibuk membeli barang keperluan bayi .
Perbuatannya ditegur oleh Mak Cik Noraini kerana
perbuatan membeli barang sebelum kelahiran
adalah tidak baik dan boleh mendatangkan
bencana . Jeffri memberitahu bahawa segala yang
akan berlaku adalah ketentuan tuhan .

Kira-kira pukul 4 pagi , Jud an Mak Cik Noraini


dikejutkan oleh Jeffri kerana Lia telah sampai
waktu untuk melahirkan anaknya . Jeffri membawa
mereka ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
di Cheras . Sebelum masuk ke wad bersalin , Lia
meminta ampun kepada Jeffri dan meminta dia
merelakan serta meredhakan apa yang bakal
berlaku .

BAB 8
Pagi itu , doctor memberitahu Jeffri bahawa Lia
menghadapi komplikasi dan perlu dibedah . Selepas
menunggu , Jeffri diberitahu bahawa Lia telah
selamat melahirkan bayi kembar siam tetapi
bayinya mati dalam kandungan manakala Lia pula
dalam keadaan koma . Ju dan Mak Cik Noraini
menangis tetapi sebagai seorang lelaki , Jeffri
langsung tidak mengalirkan air mata . Selepas
menguruskan pengebumian anaknya , Jeffri
membawa Ju dan Mak Cik Noraini melihat keadaan
Lia . Timbul kekesalan di hati Jeffri kerana
mahukan Lia mengandungkan anak lagi .

Jeffri memaklumkan perkara itu kepada rakan-


rakannya di kolej serta rakan Lia di Sekolah Seri
Gading . Mereka datang memberikan penghormatan
untuk anak Jeffri yang dinamakan Ahmad dan
Muhammad . Mereka menasihati Jeffri supaya
bersabar dan kuatkan iman . Aisyah turut
menziarahi dan memberitahu bahawa perkara yang
berlaku ada hikmah di sebaliknya .

BAB 9
Lia masih lagi koma dan terlantar di hospital . Ju
dihantar oleh papanya ke sekolah . Sebelum
meninggalkan sekolah , Jeffri mencium pipi anaknya
dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan Ju .

Rasylan seorang pelajar baru yang mempunyai wajah


Pan Asian menegurnya dan memberitahu bahawa dia
sangat beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang
penyayang . Semasa kelas matematik , Cikgu Suzie
mengatakan hasratnya ingin mengikut Ju dan
ayahnya untuk melawat Lia di hospital .

Sebelum balik , Rasylan menemui Ju dan


mengajaknya keluar bersama . Tujuannya hanyalah
untuk mengenali Ju dengan lebih rapat lagi . Ju
menolak perlawaannya dengan alasan dia ingin
melawat ibunya di hospital .

BAB 10
Ju dan papanya menaiki kereta untuk melawat
mamanya di hospital . Cikgu Suzie mengikut dengan
keretanya di belakang . Sesampainya di hospital ,
Jeffri sempat bercakap dengan Lia bahawa dia
datang bersama Ju dan Suzie .

Pada hari yang lain semasa bapanya lewat


pulang kerana ada sesi kaunseling dengan pelajarnya
di kolej, Ju mengulang kaji di bilik bacaan bapanya.
Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar ibu dan
bapanya semasa baru berkahwin. Wajah ibunya
sungguh manis dan bapanya pula sangat kacak. Ju
juga terjumpa album bapanya yang mengandungi
surat Jeffri kepada Lia. Surat itu menyebut
bahawa Jeffri amat berterima kasih kepada Lia
yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya. Ju
turut melihat gambar bapanya mendokongnya
semasa berusia 3 bulan dan gambar ketika hari jadi
Ju yang pertama.

Mak Cik Noraini mengajaknya makan bersama


tetapi Ju memberitahu bahawa dia ingin berehat.
Mak Cik Noraini ialah sepupu bapanya. Suami dan
anaknya meninggal dunia akibat kemalangan ketika
dalam perjalanan dari Johor ke Bidor manakala dia
terselamat. Mak Cik Noraini diambil bekerja
dengan Jeffri dan apabila Ju dilahirkan, dialah
yang menjaga Ju sehingga dewasa. Akibatnya Mak
Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya
sendiri.

Ju terkenangkan rakannya, Murni yang


memusuhinya sejak ibunya koma dan tidak datang
mengajar. Murni juga menghasut rakan-rakan lain
supaya membenci Ju. Puncanya ialah Murni pernah
dimarahi oleh Lia kerana tidak menyiapkan tugas
yang diberinya. Rasylan memujuk Ju supaya
bersabar dengan perkara yang berlaku. Ju menangis
kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh
ayah dan ibunya. Rasylan menjelaskan bahawa Ju
masih belum matang dan pengalaman akan mengajar
Ju menjadi tabah apabila dewasa kelak.

Mak Cik Noraini masuk dan mengajak Ju makan. Ju


menjelaskan bahawa dia amat merindui ibunya. Mak
Cik Noraini sedih dan memeluk ju. Apabila bapanya
balik, bapa Ju menasihati Ju supaya tabah dan
tidak mengikutkan perasaan. Jeff memberitahu
anaknya itu bahawa dia lebih merindui Lia dan
terasa kehilangan kawan yang paling rapat dalam
hidupnya. Petang itu Ju mengajak bapanya, Jeffri
untuk melawat ibunya di hospital. Jeffri
memberitahu bahawa dia telah melawat ibunya
kerana sesi kaunseling telah dibatalkan.

Semasa sedang makan bersama, Azizah menelefon


Jeffri dan bertanyakan keadaan Lia. Keadaan ini
menyebabkan Ju berasa kurang senang tetapi hanya
memendamkan perasaannya.
.
BAB 11

Ketika baru balik dari menduduki peperiksaan, Ju


terdengar perbualan Jeffri dengan Mak Cik
Noraini. Mak Cin Noraini mengesyorkan supaya
Jeff berkahwin lain kerana Lia koma dan tidak
dapat berbuat apa-apa lagi. Jeffri menolak
cadangan itu kerana baginya Lia tiada penggantinya
di samping hendak menjaga hati Ju.

Ketika duduk di sofa, Ju dan bapanya berbual


tentang peperiksaan yang telah diduduki oleh Ju.
Jeff percaya anaknya akan lulus dengan cemerlang.
Ju juga meminta kebenaran bapanya untuk
mengikut Rasylan ke rumahnya yang terletak di
Andalas, Kelang. Jeff agak keberatan kerana
berasakan Ju masih terlalu mentah tentang
pesangannya. Sebaliknya Jeff mencadangkan
supaya Ju mengajak Rasylan datang ke rumahnya
untuk berkenalan dengannya dahulu. Ju setuju
dengan cadangan bapanya.
Bab 12

Sudah 8 bulan Lia koma. Semasa Aisyah menelefon


Jeff yang sedang sembahyang, Ju sempat berbual
dengan Aisyah tentang keadaan ibunya. Aisyah
mengajak Jeff bermain tenis tetapi ditolak oleh
Jeff dengan alasan terlalu sibuk. Jeff
mengesyorkan Aisyah bermain tenis dengan Ju.

Balik daripada menduduki peperiksaan terakhir, Ju


terperanjat melihat ambulans di depan rumah.
Ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik
khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih
koma. Tujuan Jeff adalah supaya mereka dapat
menjaga Lia dengan lebih baik dan menemani Lia
dengan lebih kerap.

Aisyah datang mengajak Ju bermain tenis tetapi


ditolak oleh Ju dengan alas an ingin menjaga ibunya.
Jeff menasihati Ju agar tidak mungkir janji.
Akhirnya Ju pergi juga. Dalam perjalanan, Ju serta
Aisyah berbual tentang perancangan masa depan
Ju. Aisyah menasihati Ju supaya belajar manakala
tugas menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya,
Jeff. Selepas bermain tenis, Ju mengikut Aisyah
ke rumah Aisyah kerana Aisyah ingin mandi dan
menukar pakaian. Ju sempat berkenalan dengan ibu
dan bapa Aisyah yang merupakan orang kaya.

Ju dan Aisyah sampai ke rumah pada waktu malam.


Ju telah dimarahi oleh bapanya kerana tidak
menepati masa yang dijanjikan. Malam itu Jeff
berbicara lagi dengan Lia yang masih koma tentang
tujuan dia membawa Lia balik ke rumah. Dia juga
berbual tentang harapannya melihat Ju Berjaya
mendapat ijazah seperti yang diimpikan oleh Lia
dahulu.

BAB 13
Malam itu Jeff dan keluarganya hanya makan bubur
dengan alasan agar mereka dapat merasakan
kehidupan golongan yang hidup susah. Ju pula
memberitahu bapanya bahawa makanan itu hanya
sesuai untuk orang sakit seperti ibunya. Ju juga
hairan bagaimana ibunya akan sembuh jika tidak
diberi sebarang makanan. Jeff menjelaskan bahawa
segala-galanya adalah bergantung kepada Tuhan.
Malam itu, sekali lagi Jeff berbicara dengan Lia
seolah-olah Lia dalam keadaan sedar. Ju dapat
merasakan bapanya sedang menghadapi tekanan
yang amat hebat tetapi kagum dengan sikap
bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan
mengambil berat.

Rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai


anak Datuk Mustakim Bahadur. Jeffri mengungkit
bahawa Jeff ialah anak angkat Datuk Mustakim dan
sebelum itu telah menjadi anak angkat JKM. Jeffri
juga menceritakan bahawa Datuk Mustakim telah
melanggar ibu dan bapanya semasa dalam
perjalanan balik daripada sembahyang terawih.
Bapanya meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Datuk
Mustakim takut untuk bertemu dengan Jeffri
tetapi ada memberi wang perubatan ibunya
sehinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan
mencadangkan untuk mempertemukan Datuk
Mustakim dengan Jeff tetapi ditolak oleh Jeff
dengan alasan bahawa segala-galanya telah
terlambat.

Anda mungkin juga menyukai