Anda di halaman 1dari 3

NOVEL TINGKATAN 4 ; PAPA..

AKHIRNYA KAU
TEWAS JUA!
SINOPSIS:
Kehidupan Intan Julia (Ju) bersama-sama dengan papa
(Jeffri), mama ( Intan Maliana) dan Mak Cik Noraini.
Semasa di rumah, Mak Cik Noraini sering bercerita
tentang sejarah percintaan antara mama dengan papa Ju.
Perbualan mereka terputus apabila Jeffri memberitahu
bahawa Intan Maliana mengandung anak kedua. Mak Cik
Noraini berasa bimbang kerana dia mengetahui akan risiko
yang bakal dihadapi oleh Intan Maliana. Intan Maliana
bertekad untuk meneruskan kandungannya demi kasih
akan suaminya.
Jeffri sibuk menyediakan keperluan bayi yang bakal
dilahirkan. Dia memberli dua buah katil kerana
dikhabarkan bahawa Intan Maliana mengandung anak
kembar. Intan Maliana dibawa ke Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia. Intan Maliana melahirkan dua
orang anak lelaki yang melekat dari bahagian kepala
hingga punggung. Namun, kedua-dua bayi itu meninggal
dunia, manakala Intan Maliana koma.
Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana. Ju yang
meningkat dewasa mula rapat dengan Rasylan, rakan
sebayanya. Hubungan itu ditentang oleh papanya kerana
asal usual Rasylan. Ju dan Rasylan berjaya memperoleh
keputusan cemerlang dalam SPM dan melanjutkan
pelajarannya di Pusat Matrikulasi UIA. Julia beberapa
kali terserempak dengan Aisyah dan papanya berbual-bual
di kedai makanan segera.
Julia terdengar akan perbualan antara Mak Cik Noraini
dengan papa tentang hasratnya untuk berkahwin lagi.
Konflik berlaku apabila Julia mengeluarkan kata-kata yang
menimbulkan kemarahan papanya sehingga ditampar oleh
Jeffri. Konflik berakhir apabila papa berbincang dengan Ju
dan akhirnya Ju bersetuju dengan hasrat papa yang ingin
berkahwin lagi. Ju kasihan melihat papanya yang

kesunyian. Jeffri berkahwin dengan Aisyah. Ju pula berjaya


menamatkan kursusnya.
Selepas solat, Jeffri dan Ju menjenguk Intan Maliana di
biliknya. Ju terkejut dan berasa gembira, manakala Jeffri
kelihatan tenang. Suasana gembira bertukar sepi apabila
Aisyah masuk ke bilik sambil memegang bahu Jeffri. Intan
Maliana kelihatan marah. Jeffri menceritakan perkara
sebenar. Akhirnya, Intan Maliana meninggal dunia.
TEMA:
- Sayang yang mendalam dalam ikatan kekeluargaan.
- Ikatan kasih saying dilahir daripada hati yang suci &
ikhlas terhadap seseorang yang dicintai.
- Ikatan itu adalah kunci kepada nikmat kebahagiaan &
keharmonian dalam sebuah keluarga.
PERSOALAN:
1. Pengorbanan suami & isteri demi kebahagiaan
pasangan masing-masing.
- Intan Maliana sanggup berkorban mengandung buat
kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya.
Walaupun tindakannya itu mendatangakan risiko
yang tinggi.
- Jeffri mengorbankan masa dan tenaga untuk
menjaga isterinya yang koma selama lebih 3 tahun.
2. Kesetiaan seorang suami terhadap isteri.
- Jeffri setia menemani isternya yang koma selepas
kehilangan sepasang anak kember.
- Jeffri enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh
Mak Cik Noraini.
- Jeffri akhirnya tewas dan berkahwin semula selepas
bertahun-tahun hidup keseorangan.
3. Ketabahan menghadapi ujian daripada Tuhan.

- Jeffri yang tabah berhadapan dengan ujian Tuhan


apabila isternya koma dan anak kembarnya
meninggal dunia.
- Intan Maliana tabah menghadapi tekanan ketika
mengandung anak kedua dan kemudian koma lebih 3
tahun.

Anda mungkin juga menyukai