Anda di halaman 1dari 22

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 4

PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)


Oleh: Deana Yusof

NAMA

: NADIAH NOOR

TINGKATAN

: 4 AL-BIRUNI

NO. KAD PENGENALAN

TANDATANGAN IBU BAPA :

TANDATANGAN GURU :

..............................................

.......................................

sinopsis
Novel ini mengisahkan tentang kehidupan Julia yang berusia 16 tahun. Bapanya, Encik Jeffri merupakan seorang guru Sains Pertanian di sekolah Julia tetapi bertukar kepada pensyarah ekonomi di Kolej Ikhtisas tidak lama kemudian. Ibu Julia, Intan Maliana pula seorang guru Matematik di sekolah Julia. Pada suatu hari, Julia dikhabarkan dengan satu berita gembira oleh ibu bapanya.Julia bakal mendapat adik. Mak Cik Noraini, sepupu Encik Jeffri yang tinggal bersama mereka menasihati Intan Maliana supaya tidak meneruskan kandungannya apabila terimbas komplikasi yang dihadapi Intan Maliana, ibu Julia ketika melahirkan Julia. Namun, Intan Maliana berdegil atas dasar cintanya kepada Jeffri. Berita gembira itu turut dikhabarkan kepada kawan baik Intan Maliana namun dibalas dengan nasihat agar membatalkan niatnya untuk mengandung kali kedua. Walaubagaimanapun, Intan Malia masih meneruskan niatnya itu. Beberapa bulan telah berlalu. Encik Jeffri diberitahu bahawa anak yang bakal lahir adalah anak kembar lelaki. Justeru, beliau telah mempersiapkan segala peralatan bayi. Tibalah saat yang dinantikan. Intan Maliana melahirkan kembar siam lelaki yang melekat daripada bahagian belakang kepala sehingga ke punggung, Ahmad dan Muhamad. Malangnya, bayi tersebut meninggal, manakala Intan Maliana koma. Detik demi detik telah berlalu. Namun, Intan Maliana masih belum sedar dari koma. Julia menginjak dewasa dan mula rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Encik Jeffri pula menentang hubungan mereka disebabkan Rasylan tidak diketahui asal-usulnya. Mereka akhirnya, memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke UIA. Dalam masa yang sama, Encik Jeffri mula rapat dengan Aishah, anak muridnya. Lama kelamaan, Encik Jeffri mula menyukai Aisyah dan ingin memperisterinya. Hajat hatinya disampaikan kepada Mak Cik Noraini. Perbualan tersebut didengari Julia menyebabkan timbul konflik antara dia dan Encik Jeffri memandangkan Julia tidak setuju dengan tindakan

ayahnya yang ingin berkahwin lain. Akhirnya, dia terpaksa mengalah kerana kasihan melihat ayahnya yang sendirian sepanjang Intan Maliana koma. Encik Jeffri selamat diijabkabul dengan Aishah. Tidak beberapa lama selepas itu, Aisyah mengandung. Suatu hari, keluarga Julia dikejutkan dengan berita yang amat gembira. Intan Maliana yang sudah bertahun-tahun koma, akhirnya membuka mata. Sedang Encik Jeffri dan Julia gembira melihat Intan Maliana, tiba-tiba, Aisyah yang sarat mengandung masuk ke dalam bilik tersebut dan memegang bahu Encik Jeffri. Melihatkan keadaan itu, Intan Maliana mendengus kuat dan melepaskan genggaman tangan Encik Jeffri. Akhirnya, Intan Maliana menghembuskan nafas yang terakhir setelah lebih kurang tiga tahun koma. Pada fikiran Julia, ayahnya tewas dengan perasaan sendiri kerana tidak pernah mengalirkan air mata tetapi akhirnya menitis jua air matanya mengiringi pemergian ibunya.

Tema
Kasih sayang dan pengorbanan dalam keluarga Intan Maliana sanggup meneruskan kandungannya kerana cintanya yang mendalam terhadap Jeffri walaupun tahu risiko yang mungkin dialaminya.

Jeffri sentiasa meluangkan sebahagian besar masanya untuk menjaga Intan Maliana dengan berbual-bual dengannya walaupun tahu bahawa Intan Maliana koma.

Jeffri sentiasa berdoa supaya Intan Maliana segera sedar dari koma.

Julia membenarkan Jeffri berkahwin lagi demi kebahagiaan ayahnya walaupun dalam hati, dia masih menentang.

Kegagalan seorang suami untuk mempertahankan cintanya. Jeffri berkahwin kali kedua semasa Intan Maliana koma.

Persoalan
Pengorbanan seorang isteri untuk suaminya Intan Maliana sanggup meneruskan kandungannya walaupun dia tahu bahawa risikonya tinggi demi cintanya yang mendalam kepada Jeffri Pengorbanan seorang suami untuk isterinya Sebahagian besar masa Jeffri dihabiskan untuk menjaga dan bersama-sama dengan isterinya serta mendoakan Intan Maliana agar segera sembuh. Pengorbanan seorang anak untuk ayahnya Julia sanggup mengenepikan perasaan sendiri dengan membenarkan ayahnya berkahwin lagi walaupun secara batinnya dia menentang. Kesetiaan suami pada isteri tercinta Jeffri setia menemani isterinya yang koma akibat terlalu banyak kehilangan darah selepas melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Jeffri enggan berkahwin lain walaupun didesak Mak Cik Noraini tetapi akhirnya berkahwin juga buat kali kedua selepas kebosanan hidu berseorangan selama bertahun-tahun.

Ketabahan dalam menghadapi ujian hidup Keluarga Julia redha dengan pemergian Intan Maliana dan kedua-dua kembar, Ahmad dan Muhamad Keprihatinan terhadap orang lain Aisyah sering bertanyakan khabar dan mengambil tahu tentang keadaan keluarga Jeffri.

Jeffri mengambil Mak Cik Noraini untuk tinggal bersama keluarganya setelah Mak Cik Noraini kesepian selepas kematian anak-anaknya dan suaminya.

Cikgu Suzie dan Mak Cik Noraini menasihati Intan Maliana agar tidak meneruskan kandungannya kerana membawa risiko yang sangat tinggi.

Kesungguhan dalam menuntut ilmu Julia dan Rasylan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka, lantas, berjaya dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke UIA.

Watak dan perwatakan


Intan Julia

KETERANGAN

PERWATAKAN

BUKTI

Anak kepada Jeffri dan Intan Maliana Bekas pelajar Sekolah Seri Gading (m/s 8) Pelajar UIA Gombak (m/s 194) Rapat dengan Rasylan

Sanggup berkorban dan bertoleransi

Membenarkan Jeffri untuk berkahwin lagi demi kebahagiaan ayahnya. (m/s 174)

Belajar bersungguhsungguh

Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. (m/s 125)

Tabah Lahir tidak cukup bulan. (m/s 46-47) Merendah diri Anak tunggal Sekarang, 18 tahun Tinggal di asrama Siti Khadijah. (m/s 132) Suka berdikari

Julia redha dengan kehilangan adik kembarnya yang amat dinanti-nantikan.

Tidak pernah menunjuk-nunjuk kepandaiannya. (m/s 72) Ingin tinggal di asrama walaupun pusat pengajiannya dekat dengan rumahnya. (m/s 131-132)

Jeffri / Papa

KETERANGAN Ayah kepada Intan Julia Suami Intan Maliana dan Aisyah

PERWATAKAN

BUKTI

Bertanggungjawab

Mengambil tugas menguruskan kehidupan Julia semasa Intan Maliana koma. -hantar ke sekolah (m/s 65)

Pensyarah Ekonomi di Kolej Ikhtisas (Bidang Sejarah) (m/s 20) Sepupu Mak Cik Noraini. (m/s 79)

Suka membantu

Mengambil Mak Cik Noraini untuk tinggal di rumahnya selepas Mak Cik Noraini kematian seluruh ahli keluarganya 17 tahun lalu. (m/s 79)

Rajin Bekas guru Sains Pertanian di Sekolah Seri Gading (m/s 14 & 127) Kini, 47 tahun (m/s 30) Berpendirian tegas

Mengusahakan kebun sayur-sayuran walaupun sibuk bekerja sebagai pensyarah. (m/s 30)

Masih melarang Julia berkawan dengan Rasylan walaupun telah diberitahu bahawa Rasylan itu orang baik. (m/s 123)

Prihatin

Segera membawa Intan Maliana ke klinik kerana tangannya cedera terhiris pisau.
(m/s 10-12)

Setia

Tidak jemu-jemu menjaga Intan Maliana yang koma. (m/s 131)

Intan Maliana / Mama

KETERANGAN Isteri pertama Jeffri

PERWATAKAN Sanggup berkorban

BUKTI Meneruskan kandungannya demi cintanya kepada Jeffri walaupun membahayakan diri. (m/s 39- 40) Masih meneruskan kandungannya walaupun dinasihati kerana hanya membahayakan diri.

Ibu Intan Julia

Koma lebih kurang 3 tahun selepas melahirkan kembar Guru Matematik di Sekolah Seri Gading

Tegas pendirian

Berdedikasi

Sanggup mengulangi pelajaran yang telah diajarnya sehingga muridmuridnya betul-betul faham. (m/s 80-81)

Tidak rela dimadukan

Mendengus marah ketika mengetahui Jeffri berkahwin lagi. (m/s 221-222)

Berbudi- bahasa

Tidak pernah meninggikan suara ketika bertutur. (m/s 19)

Aisyah

KETERANGAN Isteri kedua Jeffri

PERWATAKAN Menjaga penampilan

BUKTI Baju bersih dan gigi putih. (m/s 28)

Mengandung selepas berkahwin dengan Jefrri. (m/s 200) Prihatin Anak Datuk Mahazar bin Sheikh Mohammed (m/s 177) Anak orang kaya (m/s 32) Lulusan dalam bidang Sains Sosial dan kemasyarakatan . (m/s 214) Mempunyai raut wajah yang manis. (m/s 33 & 195)

Bertanya kepada Julia tentang masalah yang sedang dihadapinya. (m/s 214)

Penyayang

Mengusap kepala Julia. (m/s 203)

Mak Cik Noraini


KETERANGAN PERWATAKAN BUKTI

Sepupu Jeffri Penyayang Pembantu rumah Jeffri Amat mengasihi Julia seperti anaknya sendiri. (m/s 15)

Tinggal di Johor sebelum tinggal bersama-sama Jeffri. Suami dan anakanaknya meninggal dalam kemalangan dalam perjalanan dari JB ke Bidor 17 tahun lalu. (m/s 79) Berusia 50-an (m/s 8) Dianggap sebagai ibu kedua Intan Julia

Suka menasihati

Menasihati Julia yang mencuri dengar perbualan Jeffri dan Aisyah. (m/s 201)

Rasylan
KETERANGAN PERWATAKAN BUKTI

Rapat dengan Julia Mudah cemburu Pelajar UIA Gombak (m/s 194) Tinggal di asrama Usman bin Affan. (m/s 133) Anak angkat Datuk Mustakim bin Bahadar. (m/113) Anak kandung Encik Muaz bin Khalibi dan seorang warga Indonesia. (m/s 175) Berkulit cerah. (m/s 168) Pandai menasihati

Cemburu apabila Julia ditegur oleh pelajar lelaki senior. (m/s 205)

Menasihati Julia supaya memikirkan semasak-masaknya untuk Jeffri berkahwin lagi. (m/s 163-164)

Pemurah

Membelanja Julia minum di Starbucks Coffee. (m/s 137/ 138)

Gaya bahasa
Penggunaan bahasa Cina Macam kata orang Cina, car beh liau, iaitu dimakan tak akan habis. (m/s 48) Penggunaan bahasa Inggeris Ju tak boleh complain sebab keadaan belum terjadi ke atas diri Ju sendiri ! (m/s 6) Betullah mama ni ... nak sakit tak mahu beri signal langsung ! Rungutku yang berasa serik dan tidak suka berjalan sendirian. (m/s 7)

Kulihat di dalam porch, hanya ada kereta mama sahaja. (m/s 20) Sorrylah ma, Ju terlewat sikit tadi sebab budak-budak kelas pinjam nota Geografi Ju, kataku bila sudah menghampirinya. (m/s 35)

Have you think it over? (m/s 38) Julia... I want you to remember one thing, I LOVE YOU! kata papa dengan muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Sinkof Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak ditangguh-tangguhkan lagi! (m/s 51) Tak payahlah Ju, kita dah tak sempat ni, mama dah sakit sangat tu!(m/s 54)

Simile Sebagai anak, kadang-kadang aku berasa bosan juga melihat telatah insan berdua ini, macam belangkas, tak boleh berenggang langsung ! (m/s 5) Aku rasa kulit mukaku sudah menjadi merah seperti udang yang digoreng. (m/s 9)

Aku lihat papa juga berjalan sama macam orang sakit. (m/s 13)

Sesudah itu, aku pun berlari-lari untuk mendapatkan mereka persis seorang anak kecil berlari untuk mendapatkan habuan daripada ayah dan ibunya yang baru pulang dari kerja. (m/s 16) Mama tersenyum dan membaling pandangannya ke arah papa yang masih tersengih macam nak terkoyak bibirnya. ( m/s 17)

Aku seperti terkena histeria, melompat dan terus memeluk papa dan kemudian mencium pula mama yang memerhatikan sahaja gelagatku. (m/s 18) Sosek-sosek daripada mulut Mak Cik Noraini yang tajam macam pedang samurai. (m/s 20)

Papa menjelaskan secara terperinci seperti seorang doktor. (m/s 25)

Personafikasi Pandangan mataku liar mencari. (m/s 1) Bibirnya melukiskan sebuah senyuman yang mesra. (m/s 2)

Di tangannya pula terdapat segenggam kacang panjang yang berjuntai dan melambai-lambai. ( m/s 2) Matahari sudah mula menunjukkan wajahnya yang garang.(m/s 34)

Anafora Aku lihat papa begitu tangkas dengan kerjanya. Aku lihat juga wajah mama sudah pucat dan tidak berdaya lagi. (m/s 11) Peribahasa Entahlah kak... Lia sendiri pun kadang-kadang tak tahu apa-apa yang Lia buat, ditelan mati emak dan kalau diluahkan pulak, mati bapak! (m/s 23) Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. (m/s 29)

Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah mereka macam cicak berak kapur! (m/s 34)

Aku lihat Mak Cik Noraini , pembantu di rumahku sedang sibuk macam lipas kudung membancuh kopi dan menggoreng karipap yang dibelinya dari pasar raya pada petang minggu yang lalu. (m/s 1) Memang dasar baling batu sorok tangan ! ( m/s 71)

Istilah sains Dia nyaris-nyaris maut apabila dijangkiti jaundice , apa you tak kasihan ke melihatnya yang terlalu kecil sebab tak cukup bulan? (m/s 39)

Plot
Kehidupan keluarga Julia digambarkan sebagai keluarga yang bahagia PERMULAAN

PERKEMBANGAN

Julia dan Mak Cik Noraini dikhabarkan tentang kandungan Intan Maliana. -Mak Cik Noraini menasihatkan Intan Maliana agar tidak meneruskan kandungannya. Perkenalan Rasylan dan Julia bermula. Kelahiran kembar siam Ahmad dan Muhamad yang akhirnya meninggal dunia. Intan Maliana mula koma hubungan Jeffri dan Aisyah semakin rapat.

Julia menentang hasrat Jeffri untuh menikah lagi dengan Aisyah Jeffri melarang Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana tidak diketahui asal-usul dan keturunannya. KONFLIK

Intan Maliana sedar dari koma lalu meminta pizza. Jeffri memperkenalkan Aisyah sebagai isteri barunya kepada Intan Maliana KLIMAKS

PELERAIAN

Intan Maliana tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan Intan Maliana mengehembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertahun-tahun koma Jeffri menangis buat pertama kali

Teknik Plot
Dialog Perbualan antara dua watak

Julia Rasylan SEBAGAI seorang lelaki, semestinya dia mempunyai naluri dan keinginan untuk berbual, berbincang, ketawa dan sebagainya. Tapi dia ada saya! Awak hanya anaknya, apa yang awak boleh buat? Sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi pendapat, hobi dan sebagainya. Huh! Rasylan ketawa apabila aku memberikan alasan akan kejadian yang menimpa semalam. (m/s 163)

Jeffri- Julia Kak Aisyah tu tinggal di mana, pa? Entah...katanya tadi di Jalan SS 7/15, Kelana Jaya! Ooo...itu deretan rumah orang kaya! Ayah dan emak Kak Aisyah tu, kaya ke pa? (m/s 32) Pemerian -menggambarkan dengan jelas tentang sesuatu Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika ditemani angin petang yang bertiup lembut. (m/s 3)

Monolog dalaman -menyatakan perasaan atau fikiran ketika berdepan dengan sesuatu situasi. Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu. Oh, tidak! Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya. (m/s 154)

Imbas kembali -Mengingati peristiwa lampau

Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja sewenang-wenangnya. Betullah apa yang you kata, tapi duit itu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan, kata papa membidas alasan mama. (m/s 138)

Mak Cik Noraini menceritakan kisah percintaan Jeffri. (m/s 14 16)

Mak Cik Noraini menceritakan keadaan Julia selepas dilahirkan kepada Julia. (m/s 46-47)

Kejutan -Peristiwa yang berlaku tanpa diduga Mama yang koma tiba-tiba sedar, membuatkan Julia dan Jeffri terkejut. (m/s 220) Saspens -peristiwa yang mencemaskan, membuatkan pembaca tertanya-tanya. Intan Maliana sakit hendak bersalin. Jeffri, Julia dan Mak Cik Noraini segera membawanya ke HUKM - Pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana akan selamat atau tidak. (m/s 56)

Latar
LATAR MASA
Zaman moden Sudah wujud pelbagai kemudahan perubatan Sekitar tahun 2000-an

Tempoh masa Lebih kurang 3 tahun Bermula dari Julia di tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA

16 tahun dahulu Intan Maliana mengimbas semula saat kelahiran Julia

LATAR MASYARAKAT Masyarakat moden Wujud permainan seperti tenis dan kelengkaan canggih Masyarakat pendidik Jeffri bekerja sebagai pensyarah dalam bidang Sejarah di salah sebuah IPTA Intan Maliana bekerja sebagai guru Matematik di Sekolah Seri Gading Masyarakat anak angkat Rasylan merupakan anak angkat Datuk Mustakim Masyarakat berpoligami Jeffri berkahwin dengan Aisyah semasa Intan Maliana koma Masyarakat pelajar Rasylan dan Julia merupakan pelajar UIA

LATAR TEMPAT Sekolah Menengah Seri Gading Tempat Intan Maliana mengajar Tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Tempat Rasylan dan Julia sering berkunjung Tempat Julia terserempak dengan Aisyah dan Jeffri

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras Tempat pembedahan Intan Maliana dan kembar meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa , Gombak Tempat belajar Julia dan Rasylan setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai Tempat Jeffri memujuk Julia untuk berkahwin lagi

Seksyen 7, Kelana Jaya Rumah Aisyah Tempat Aisyah membawa Julia selepas bermain tenis bersama-sama

Restoran A & W , Jalan Sultan (berdekatan bangunan Amcorp ) Julia terserempak Jeffri bersama-sama dengan Aisyah ketika keluar bersama-sama Rasylan. Kelab Kelana Jaya Tempat Julia dan Aisyah bermain tenis bersama-sama.

Nilai murni dan pengajaran


KETABAHAN Kita hendaklah tabah dalam menghadapi rintangan hidup. Keluarga Julia pasrah dengan keadaan Intan Maliana yang koma selepas melahirkan kandungannya. Julia tabah menghadapi realiti bahawa dia kehilangan adik yang sudah lama diinginkan. KASIH SAYANG Kita seharusnya menanamkan kasih sayang dalam keluarga Jeffri sentiasa menjaga kebajikan Julia dengan baik sekali semasa Intan Maliana koma. PENGORBANAN Kita seharusnya berkorban demi kebahagiaan diri dan orang lain Intan Maliana sanggup meneruskan kandungannya kerana cintanya yang mendalam terhadap Jeffri walaupun tahu risiko yang mungkin dialaminya Julia membenarkan Jeffri berkahwin lagi demi kebahagiaan ayahnya walaupun dalam hati, dia masih menentang. KEGIGIHAN Kita mestilah gigih berusaha bagi mencapai sesuatu matlamat Julia dan Rasylan saling belajar bersama-sama setiap petang supaya berjaya dalam peperiksaan semester universiti. Julia sering mengulang kaji pelajaran supaya berjaya dalam SPM. SALING MEMBANTU Kita haruslah saling membantu antara satu sama lain Jeffri mengambil Mak Cik Noraini untuk tinggal bersama-samanya selepas Mak Cik Noraini kehilangan seluruh ahli keluarganya. Intan Maliana menumpangkan Cikgu Suzie ke bengkel kereta kerana keretanya rosak.

Anda mungkin juga menyukai