Anda di halaman 1dari 9

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Pihak berkuasa telah berjaya ________ sindiket pengedaran dadah yang terbesar itu.

A menumbangkan C menewaskan

B menundukkan D menumpaskan

2. Adik ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.

A mencapai C menggarap

B menduduki D merangkul

3. Pasukan penyelamat telah ____________ pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung
Ledang di kawasan hutan tebal di kaki bukit.

A bertemu C menemukan

B ditemui D mempertemukan

4. Pak Long Amin ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.

A mengikis C meraut

B menarah D mengupas

5. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara
sungai.

A menghulurkan C meletakkan

B melontarkan D melabuhkan

6. Kejadian tanah runtuh dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.

A penghapusan C penerokaan

B pembersihan D pembasmian
Soalan 7 dan 8. Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.

7. A Najhan tendang bola itu.

B Farah suka membaca buku.

C Abang pancing ikan di sungai.

D Aiman dan Fahmi baca cerita di perpustakaan.

8. A Adik saya suka menangis.

B Air sungai itu mengalir deras.

C Puan Rahayu seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

D Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Istanbul.

Soalan 9 dan 10. Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul.

9. A Kakak sedang memasak kuih.

B Tok Man sedang membelah kayu.

C Nenek sedang tidur dengan nyenyak.

D Alia sedang makan buah rambutan.

10. A Amin lompat jauh.

B Jangan melompat.

C Dia senyum kepada saya.

D Aliya bersalam dengan saya.


Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Pada hujung minggu, abang akan ________ sotong di Laut China Selatan.

A memancing C menangkap

B mencandat D menyauk

12. Nabilah sekeluarga sering ________ ke luar negara pada setiap tahun.

A melancong C menziarahi

B mendatangi D menemui

13. Anjing peliharaan Chong ________ seketul tulang.

A mengonggong C menjamah

B mengepit D memakan

14. Marina sangat kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.

A ditipu C ditegur

B disapa D dikunjungi

15. Peniaga sate itu ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.

A menjolok C mencucuk

B meraut D memasuk

16. Sekawan itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.

A menyodok C menyudu

B meminum D mencedok

17. Mak Melah kelihatan asyik ________ tikar mengkuang di atas pangkin di tepi rumahnya.

A menenun C menyirat

B menganyam D menyulam

18. Azmi _________ batang kelapa itu untuk memudahkannya memanjat pokok kelapa
tersebut.

A memotong C menghiris

B mencantas D menakik
19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar
seekor gajah.

A tergelincir C terbabas

B tersangkut D tersangkut

20. Piala kejohanan sukan tahunan itu ________ oleh beberapa atlet rumah Kuning.

A disambut C dipegang

B diangkat D dijulang

Anda mungkin juga menyukai