Anda di halaman 1dari 5

Latihan Bahasa Istana

1. “Mengapakah ____________bersedih”? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.A. tuan hamba

B. beta

C. hamba

D. patik

2. “ _____akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.

A. Patik

B. Baginda

C. Hamba

D. Beta

3. “Izinkan __________menumpang di rumah tuan hamba,” kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam.

A. patik

B. hamba

C. beta

D. tuanku

4. Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

A. Beta

B. Tuanku

C. Baginda

D. Patik

5. “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini,” titah Sultan Sulaiman.

A. Baginda

B. Hamba

C. Beta

D. Patik
6. “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.

A. beta

B. tuan hamba

C. tuanku

D. hamba

7. Baginda Sultan Perak telah __________ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.

A. beradu

B. bertitah

C. berkenan

D. berangkat

8. Baginda telah _____________ untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di

Kompleks Rakan Muda Bera esok.

A. berkenan

B. bersiram

C. bersemayam

D. bertitah

9. Baginda akan _______di Istana Kayangan mulai tahun 2020.

A. beradu

B. bersantap

C. bersemayam

D. berangkat

10. Raja akan _________sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.

A. gering

B. murka

C. masyghul

D. mangkat
11. Yang Dipertuan Agong telah __________________ untuk merasmikan Tilawah Al-
Quran Peringkat Kebangsaan.

A. menjunjung kasih
B. merafak sembah
C. mencemar duli
D. memohon perkenan

12. “Tarian yang _______________ persembahkan di hadapan _______________ merupakan


tarian istana Melayu zaman silam,” kata Norli kepada pemberita.

A. aku …tuanku
B. patik…tuanku
C. saya …baginda
D. hamba …baginda

13. Tuanku Permaisuri ada di kamarnya? Saya ingin berjumpa dengan


_____________.” tanya Amran kepada pengawal istana.

A. baginda
B. beliau
C. beta
D. hamba

14. “Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga _______________, “ kata


dayang kepada Laksamana.

A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda

15. “Beta ingin _________ sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan
kepada pegawai istana baginda.

A. bersantap
B. bersiram
C. beradu
D. bersemayam
16. Sultan Alauddin yang mangkat itu akan ____________dengan penuh adat istiadat
diraja.

A. dimakamkan
B. disemadikan
C. dikebumikan
D. dikuburkan

17. “__________ setinggi tahniah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah


Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena diperkenan
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16″.

A. Merafak Sembah
B. Menjunjung kasih
C. Menjunjung duli
D. Menjunjung titah

18. Raja Ahmad berasa badannya melekit setelah pulang berburu. Justeru,
baginda perlu _____________.

A. beradu
B. bersiram
C. bersantap
D. bersemayam

19. Sultan Kelantan ____________ gelaran Datuk Kelana sebutir pingat kerana jasa-
jasanya.

A. menganugerahkan
B. menganugerahi
C. menghadiahkan
D. menghadiahi
20. “Sultan amatlah risau akan ancaman lanun di Persiaran Selat Melaka. ________
menitahkan _________ menangkap lanun-lanun itu segera,”Kata Bendahara Tun
Perak kepada Laksamana Hang Tuah.

A. Hamba….. tuan hamba


B. Baginda….. tuan hamba
C. Beta ……… tuanku
D. Patik ……… tuanku

Anda mungkin juga menyukai