Anda di halaman 1dari 7

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJING

Disusun oleh : Muzani Anh Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif

Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Anjing merupakan najis ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu. Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu disamak,seperti Sabda nabi Saw : Dari Abu Hurairah radliyallahu anhu berkata : Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)

tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu, sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan NonMuslim, m/s 61) Air liur anjing 2 keadaan keturunan anjing: - anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir juga. - anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.

Muzani Anh 30 Jun 2013

Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim). Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib : Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan ainnya dan kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak. BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAK Najis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh Manhaji m/s 47 Jilid 1). 1. Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :

- 7 kali basuhan pertama dicampur dengan tanah. (Rujuk Nailul Authar, m/s 75)

2. Bilangan basuhan air ketika samak ialah :

- 7 kali basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah. (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

Basuhan pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya. Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satusatunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun. (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)

Muzani Anh 30 Jun 2013

Maksud air yang dicampurkan dengan tanah Dalam Furu Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata: Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya hanya dengan melalukan air pada tanah. Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah

ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak cucu Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail , m/s 165)

Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)

BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).

Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata , tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali) dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.

Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika susah megelakkannya. (Fathul Muin, 1/105 bersama Ianah Tolibin)

Muzani Anh 30 Jun 2013

PERSOALAN DAN JAWAPAN Soalan salam ustaz. saya sangat musykil mengenai hukum menyentuh anjing dan najisnya. terdapat pendapat bahawa hukum menyentuh anjing yang kering bulunya tidak perlu disamak. begitu juga dengan hukum menyentuh najisnya yang kering walaupun. namun terdapat juga pendapat bahawa menyentuh anjing dan najisnya yang kering walaupun tangan kering perlu disamak. apa pendapat ustaz mengenai kedua pendapat yang saya nyatakan? Jawapan Waalaikumusalam, Menurut pandangan ulamak fekah dan para sarjana dalam bidang berkaitan hukum menyentuh anjing dan babi adalah seperti berikut: 1.Sekiranya anggota badan anda kering dan benda (ain binatang) itu pun kering,anda tidak perlu menyamaknya. 2.Jika anggota anda kering dan benda itu (ain binantang) basah atau sebaliknya tangan anda basah dan benda tersebut kering,anda wajib samak. Berbalik kepada soalan yang dikemukakan jika kedua-duanya berada dalam kering iaitu tangan dan binatang tersebut kering mengikut hukum fekah berdasarkan perbincangan yang panjang lebar oleh para sarjana dalam bidang berkaitan memutuskan bahawa anda tidak wajib menyamaknya.Wallahu a'lam. (rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53571 )

Muzani Anh 30 Jun 2013

Persoalan 1: Apakah yang harus dilakukan jika kulit badan Muslim atau pakaiannya bersentuhan dengan anjing?

Jawapan Perbahasan:

Menurut hukum kenajisan anjing, mazhab Syafi'i mewajibkan basuhan tujuh kali kepada jilatan anjing. Imam Nawawi berkata:

"Dan ketahuilah bahawa tiada beza di sisi kami antara jilatan anjing dan lainnya daripada komponen-komponennya. Maka apabila mengena oleh kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya dan satu anggota daripada anggotanya akan sesuatu yang suci pada keadaan kelembapan/ basah salah satunya, wajiblah basuhannya tujuh kali, salah satunya dengan tanah....". (Rujuk Syarah Sahih Muslim, jilid 1, kitab At-Taharah, bab jilatan anjing, hal. 521)

Manakala Mazhab Maliki tidak mewajibkan demikian. Sebaliknya kalau dijilat (air liur) oleh anjing, barulah wajib dibasuh.

Oleh itu kalau sekadar bergesel, tersentuh dan seumpamanya tanpa melibatkan jilatan dan mulut anjing, masayarakat Muslim ada dua pilihan: 1) Mazhab Syafi'i iaitu WAJIB disamak 2) Mazhab Maliki iaitu TIDAK WAJIIB disamak Walau bagaimanapun, jika badan anjing tersebut basah maka hendaklah dibasuh. Ini kerana kebasahan kulit/ bulu anjing berkemungkinan besar berpunca daripada jilatan anjing kerana anjing memang menjilat tubuhnya.

Dalam suasana hari ini, kebanyakan ulama kontemporari berpendapat bahawa pendapat Mazhab Maliki lebih praktikal. Ini kerana suasana hari ini mneyaksikan hubungan masyarakat Muslim dan non-Muslim makin luas. Masyarakat non-Muslim memelihara anjing. Jika berdasarkan fiqah mazhab Syafi'i sahaja, masyarakat akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan non-Muslim kerana takut dan khuatir dijilat atau bersentuhan dengan anjing.

Muzani Anh 30 Jun 2013

Persoalan 2: Jika Muslim berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menggosokkan anjing, adakah wajib disamak tangannya?

Jawapan perbahasan:

Konsepnya masih sama seperti di atas. Jika menurut Mazhab Syafi'i, menyentuh tubuh anjing yang basah atau bendalir daripada badannya mewajibkan samak. Namun Mazhab Maliki tidak mewajibkannya. Namun, ia bukanlah perkara yang wajib(ikut pendapat Mazhab Maliki). Jika nyata cairan itu air liur maka wajib disamak ketika itu.

Maka jika menyentuh tempat seperti berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menyentuh anjing, eloklah dibasuh.

Persoalan 3: Sebuah rumah dibeli atau disewa oleh seorang Muslim. Pemilik sebelumnya ialah seorang non-Muslim yang memelihara anjing di rumah tersebut. Persoalannya, adakah wajib disamak satu rumah?

Jawapan perbahasan:

Persoalan hendaklah difahami berdasarkan kepada beberapa konsep"

1) Keyakinan Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita yakin bahawa seluruh rumah tersebut telah dijilat oleh anjing?

2) Tidak nampak Benda yang berada di luar ilmu dan pengetahuan kita adalah dimaafkan. Kita tidak tahu di mana anjing tersebut berada dan di mana pula tempat yang telah dijilat oleh anjing.

3) Perbezaan pendapat ulama Wujud perbezaan ulama tentang kenajisan anjing. Maka pilihlah pendapat yang mudah dan sesuai untuk diamalkan.

Berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita bersihkan rumah. Lagipun memang rumah yang baru nak diduduki perlu dibersihkan bukan? Maka ambillah kesempatan itu untuk membersihkan rumah. Kalau perlu dibasuh tempat-tempat yang mungkin menjadi jilatan anjing, sila kenal pasti berdasarkan ilmu dan juga logik. Muzani Anh 30 Jun 2013

Kesimpulan: Kesepakatan ulama ialah jika tersentuh atau terkena jilatan anjing (mengandungi air liur) maka perlu dibasuh tujuh kali, salah satunya air tanah.

Tetapi jika bergesel dengan bulu anjing (atau apa-apa situasi selain terkena jilatan), boleh ikut Mazhab Syafi'i ataupun Maliki.

PENUTUP Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua insyaAllah. Jika ada silap dan salah pada perkongsian ini, sila maklumkan kepada saya. Syukran.

RUJUKAN - Fiqh Islam Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhaili - Fiqh Manhaji, Dr Mustofa Bugho, Dr Mustofa Khin, Ali Syarbiji - Furu Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud Al-Fathoni - Nailul Author , Imam Syaukani - Nihayah al-Muhtaj, Sheikh Ramli (Ulama Mazhab Syafie) - Fiqh Berinteraksi dengan Non Muslim, Ust Mohd Nizam Abdul Kadir - Soal Jawab Remeh Temeh berkenaan Toharah.
http://www.ustazshauqi.com/2011/04/hukum-memelihara-anjing.html http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/10/fiqah-berkaitan-anjing.html http://majelisfiqih.wordpress.com/2011/11/10/fawaid-hadits-faedah-hadits-jilatan-anjing-bangkai-dandarah/

Muzani Anh 30 Jun 2013

Anda mungkin juga menyukai