Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1 - 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Perdana Menteri memberikan _________ keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan berita berbau fitnah. A peringatan B penghargaan C penghormatan D pembalasan 2 Hari Sabtu pertama dan ketiga bagi setiap bulan _______ sebagai hari kelepasan bagi kakitangan sektor awam. A dikatakan B dihebahkan C diisytiharkan D dianugerahkan 3 Penduduk kawasan itu semakin ________ apabila air mulai melimpah masuk ke dalam rumah mereka. A culas B cemas C lemas D panas 4 Ayah selalu berulang-alik ________ Kuala Terengganu ke Johor Bahru pada setiap hujung minggu kerana urusan perniagaan. A ke B untuk C daripada D dari 5 Para peserta dalam acara tarik tali itu ________ untuk menumpaskan lawan masing-masing. A berebut-rebutan B bertarik-tarikan C bertolak-tolakan D berasak-asakan 6 Berbekalkan ilmu yang ada dan daya saing yang tinggi, adik menerima ________ untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. A ajakan B jemputan

C undangan D tawaran 7 Kakitangan awam tidak sepatutnya bertindak sebagai __________ kepada pihak tertentu dalam hal-hal pentadbiran negara.. A juruulas B juruhebah C jurucakap D juruacara Soalan 1 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Pertemuan itu diadakan bagi menghuraikan segala _________ yang melanda ahli-ahli persatuan itu. A kekusutan B ketegangan C kesuraman D keserabutan 2 Undang-undang tentang pendatang asing telah __________ agar masalah yang timbul daripada isu tidak berlarutan pada masa hadapan. A dibentuk B digubah C diubah D digubal 3 Rumah kedai yang masih dalam pembinaan itu menunjukkan kesan ________ kerana mutu bahan binaan yang rendah. A rapuh B robek C retak D retas 4 Kakak saya sering termenung kerana teringat _________ suaminya yang berada di luar negara. A pada B kepada C dengan D akan

5 Sudah menjadi tabiat Fatin Nabila menyimpan wangnya ______________ sejak kecil lagi. A bersuku-suku B berlambak-lambak C berduyun-duyun D berdikit-dikit 6 Cerpen yang ditulis itu _____________ permasalahan yang timbul dalam kehidupan manusia. A berpandukan B berteraskan C berkisarkan D berpaksikan 7 Tindakan ___________ akan dikenakan terhadap kakitangan awam yang mengabaikan tanggungjawab sebagai penjawat awam. A tatacara B tatatertib C tatasusila D tataadab Soalan 1 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Ibu sedang _________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya. A memasak B merebus C menjerang D mengukur 2 Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG _______ sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. A dimansuhkan B Dihentikan C Dibubarkan D Ditangguhkan 3 Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu ________ dengan senyuman. A Banyak B murah C Mewah D Subur

4 Sila lekatkan setem ________ sebelah kanan sampul surat awak, kata posmen kepada budak itu. A Di B Atas C Pada D Ke 5 Budaya ________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. A kunjung-mengunjung B masak-memasak C datang-mendatang D kata-mengata 6 Nelayan tua itu tidur ________tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut. A Bertilamkan B bersandarkan C Berbantalkan D Beralaskan 7 Kejayaan cemerlang segelintir pelajar di luar negara membuktikan bahawa keupayaan dan _______ yang tinggi dalam kalangan mereka. A daya cipta B daya maju C daya saing D daya tarikan

Anda mungkin juga menyukai