Anda di halaman 1dari 6

Latihan Bahasa Melayu Tahun 6 :

Tatabahasa

A Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ______ yang dipakai oleh Encik Amir diperbuat daripada kulit buaya.

A Tali tangsi
B Baju kebaya
C Tali pinggang
D Baju kurung

2. Ibu selalu mengajak saya pergi ke ______ setiap malam minggu.

A pasar malam
B pasar raya
C pasar mini
D pasar tani

3. Datuk memelihara beberapa ekor ayam di dalam____ di belakang rumah.

A reban ayam
B kandang kambing
C rumah ayam
D rumah api

4. Perlawanan ______yang akan diadakan di padang sekolah dibatalkan kerana


hujan.

A bola keranjang
B pingpong
C badminton
D bola sepak

5. kami tiba agak lewat di sekolah kerana _____yang kami naiki rosak.

A bas ekspress
B bas sekolah
C bas mini
D bas kilang

6. Di dalam bilik bacaan itu ada sebuah ____untuk kegunaan ayah.

A meja tulis
B alat tulis
C meja makan
D meja kopi

7. Ali tidak hadir ke sekolah semenjak minggu lalu kerana mendapat____.


A baju panas
B air panas
C demam panas
D berita panas

8. Nenek saya dimasukkan ke sebuah ______ di Kuala Lumpur kerana


menghidap kencing manis.
A pusat rawatan
B pusat pemulihan
C pusat komuniti
D pusat sehenti

9. Kesesakan di Jalan Imbi pada pagi tadi adalah disebabkan _____tidak


berfungsi.

A lampu suluh
B lampu merah
C lampu panjang
D lampu isyarat

10. Encik Ramu makan dua biji ubat kerana berasa ____.
A sakit hati
B sakit kepala
C rumah sakit
D sakit jiwa

Jawapan:1.C 2.A 3.A 4.D 5.B 6.A 7.C 8.A 9.D 10.B

Latihan 2

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang paling sesuai.

1 Ali selalu membantu kami dengan _______.


A tabah
B setia
C ikhlas
D gembira

2 Peserta-peserta ekspedisi ke Gua Niah itu membawa lampu suluh kerana


keadaan di dalam gua itu sangat _______.
A gelap
B cerah
C jernih
D segar

3 Penduduk kampung Siti memandang _____ akan perbuatan tidak bermoral


yang dilakukan oleh pemuda-pemuda yang suka melepak itu.
A serius
B serong
C rendah
D cendong

4 Masyarakat yang berfikiran ______ tidak akan mewujudkan rancangan yang


baik untuk memajukan negara.
A sesak
B sempit
C kecil
D ketat

5 Siti berasa ______ ketika berada dalam majlis yang dihadiri oleh orang
kenamaan.
A pelik
B ganjil
C kekok
D gerun

Jawapan :
1. B
2. A
3. D
4. B
5. D
Koleksi Soalan-soalan objektif 5 – Kata
Hubung
Latihan bertubi 5

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A tetapi
B bahawa
C supaya
D kerana

2 Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.


A atau
B hingga
C dan
D kecuali

3 Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti


kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
A sementara
B manakala
C jika
D kerana

4 Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.


A kerana
B agar
C tetapi
D kalau

5 Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.


A dan
B lalu
C sambil
D serta

6 Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.


A sambil
B manakala
C atau
D hingga

7 Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi
kebenaran.
A jika
B tetapi
C walaupun
D meskipun

8 Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia


masih tidak berpuas hati.
A tetapi
B kerana
C kalau
D malahan

9 Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.


A jikalau
B ketika
C lalu
D agar

10 Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di
sesetengah negara.
A seraya
B dan
C hingga
D kecuali

11 Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapat kad pengenalannya


hilang.
A sebelum
B setelah
C sungguhpun
D kecuali

12 Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____
Kelab Olahraga sebagai aktiviti kokurikulum mereka.
A dan
B atau
C serta
D tatkala

13 Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah
tangga yang baik.
A malahan
B dan
C bahawa
D kerana

14 Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.


A kecuali
B atau
C dan
D selepas

15 Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.


A meskipun
B tetapi
C kerana
D supaya

16 Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang


melayan pelanggan.
A bahawa
B manakala
C atau
D sambil

17 Mesyuarat tergempal itu berlanjutan ______ ke tengah malam.


A selepas
B sebelum
C lalu
D hingga

18 _______ Ji Han miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-


sungguh demi mencapai cita-citanya.
A Sungguhpun
B sekiranya
C Selepas
D Ketika

19 John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____
mereka belum menjelaskan ticket bayaran.
A selagi
B lalu
C selepas
D atau

20 Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.


A melainkan
B semasa
C seraya
D agar

Jawapan :

1D
2C
3A
4A
5B
6A
7A
8A
9D
10B
11B
12B
13A
14A
15C
16B
17D
18D
19A
20B

Anda mungkin juga menyukai