Anda di halaman 1dari 2

Latihan Bahasa Melayu Tahun 6 : Tatabahasa

A Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ______ yang dipakai oleh Encik Amir diperbuat daripada kulit buaya.

A Tali tangsi
B Baju kebaya
C Tali pinggang
D Baju kurung

2. Ibu selalu mengajak saya pergi ke ______ setiap malam minggu.

A pasar malam
B pasar raya
C pasar mini
D pasar tani

3. Datuk memelihara beberapa ekor ayam di dalam____ di belakang rumah.

A reban ayam
B kandang kambing
C rumah ayam
D rumah api

4. Perlawanan ______yang akan diadakan di padang sekolah dibatalkan kerana hujan.

A bola keranjang
B pingpong
C badminton
D bola sepak

5. kami tiba agak lewat di sekolah kerana _____yang kami naiki rosak.

A bas ekspress
B bas sekolah
C bas mini
D bas kilang

6. Di dalam bilik bacaan itu ada sebuah ____untuk kegunaan ayah.

A meja tulis
B alat tulis
C meja makan
D meja kopi
7. Ali tidak hadir ke sekolah semenjak minggu lalu kerana mendapat____.

A baju panas
B air panas
C demam panas
D berita panas

8. Nenek saya dimasukkan ke sebuah ______ di Kuala Lumpur kerana menghidap


kencing manis.
A pusat rawatan
B pusat pemulihan
C pusat komuniti
D pusat sehenti

9. Kesesakan di Jalan Imbi pada pagi tadi adalah disebabkan _____tidak berfungsi.

A lampu suluh
B lampu merah
C lampu panjang
D lampu isyarat

10. Encik Ramu makan dua biji ubat kerana berasa ____.
A sakit hati
B sakit kepala
C rumah sakit
D sakit jiwa

Anda mungkin juga menyukai