Anda di halaman 1dari 4

UJILARI PENGUASAAN BAHASA MELAYU

Soalan 1 – 20 (Umum Tatabahasa)

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Kejadian _____________ gas itu telah disedari oleh ibu setelah terhidu bau yang menusuk
hidung.

A kebocoran
B ketirisan
C ketumpahan
D kepancitan

2 Kecantikan wajah Natalia semakin _____________ sejak menggunakan krim pencerah kulit.

A terserlah
B terpancar
C teranggun
D terpampang

3 Syafiq baru _______________ dalam bidang perniagaan setelah mendapat pinjaman modal
daripada bank.

A berura-ura
B bertatih-tatih
C beriya-iya
D berengsot-engsot

4 Dengan suara yang ______________ Naqib menceritakan pengalamannya berhari raya


kepada rakan-rakan sekelasnya.

A gagah
B gaduh
C gugup
D gagap

5 Para penduduk ______________ pembinaan kilang papan berhampiran dengan petempatan


mereka.

A Memulau
B membantah
C memboikot
D menyangkal

6 _______________ yang terdapat pada bumbung rumah Pak Busu telah reput dimakan anai-
anai.

A Kisi-kisi
B Tupai-tupai
C Kuda-kuda
D Alang-alang

1
7 Cara Owi menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh gurunya lain ____________
yang lain.

A dari
B demi
C daripada
D antara

8 Walaupun Kamal sekeluarga hidup dalam kemiskinan namun begitu dia _____________
menghadapi dugaan.

A cekal
B reda
C tekun
D tulus

9 Masalah kekurangan gula di dalam negara kita semakin _____________apabila terdapat


penjual yang menyorokkannya.

A mendadak
B menjunam
C meruncing
D melambung

10 Pasukan keselamatan akan menjalankan _____________ yang ketat terhadap setiap


penumpang kapal terbang yang datang ke negara ini.

A penelitian
B pemerhatian
C pemeriksaan
D penyemakan

Soalan 11 – 15 (Peribahasa)

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

11 Loyrna Masuntang mempunyai ilmu dalam bidang perubatan tetapi sayangnya dia tidak
memanfaatkan ilmu itu dengan sebaik-baiknya. Hal ini boleh dikaitkan dengan peribahasa

A laut ditimba akan kering


B menjerat leher sendiri
C laksana pohon kayu tiada berbuah
D manikam sudah menjadi sekam

12

Encik Yezza : Kamu hendaklah menyimpan separuh


daripada pendapatan kamu itu untuk
persediaan menghadapi musibah.

Yezzri : Terima kasih atas nasihat ayah, saya


akan selalu beringat-ingat.

2
Berikan peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas.

A Sediakan payung sebelum hujan


B Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
C Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
D Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

13 Antara peribahasa di bawah yang tidak berkaitan dengan nilai kasih sayang dan setia kawan
adalah

A bagai isi dengan kuku


B bagai aur dengan tebing
C bagai dakwat dengan kertas
D bagai bulan dipagar bintang

14 Pelajar sangat segan untuk bertanya walaupun mereka tidak faham. Perasaan ini perlu
dibuang jauh-jauh kerana tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada diri mereka.
Apakah peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas?

A Malu tak bertempat.


B Malu bertanya sesat jalan.
C Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
D Kalau hendak, semua jadi.

15
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung,
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.

Semua peribahasa di bawah dapat menjelaskan maksud pantun di atas kecuali

A ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


B bagai aur dengan tebing.
C cubit paha kanan, peha kiri terasa.
D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Soalan 16 – 20 (Berkaitan DSKP)

16 Apakah yang dimaksudkan dengan DSKP?

A Dokumen Standard Kokurikulum dan Pentaksiran


B Dokumen Standard Kokurikulum Pengajaran
C Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
D Dokumen Standard Kurikulum Pengajaran

17 Standard Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang utama.
Berdasarkan jawapan di bawah yang manakah bukan tunjang utama dalam KSSM?

A Kemanusiaan
B Perkembangan emosi dan rohani
C Sains dan teknologi
D Komunikasi

3
18 Maklumat di bawah adalah tahap pemikiran dalam KBAT kecuali

A Menganalisis
B Mencipta
C Mengaplikasi
D Menaakul

19 Terdapat berapa tema dan cakupan tema yang ditekankan dalam Pendekatan Bertema?

A 13
B 16
C 18
D 20

20 Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut kecuali

A Nasionalisme
B Teknologi maklumat dan komunikasi
C Bahasa
D Kelestarian alam sekitar

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai