Anda di halaman 1dari 10

PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ

SDN.BHD
SET 1 : TATABAHASA
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga soalan 7


Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1. Gelak ketawa yang bercampur dengan _____________ suara orang bernyanyi telah
memecahkan kesunyian malam itu.
A jerit-pekik C hingar-bingar
B hiruk-pikuk D riuh-rendah

2. Pendekar itu ______________ perut penjahat itu dengan sebilah keris.


A mencucuk C menghunus
B mencolok D merodok

3. Kerajaan akan _____________ cukai import ke atas beberapa jenis barang elektrik
dan alat-alat gantian kereta mulai tahun depan.
A membasmikan C membubarkan
B membatalkan D memansuhkan

4. Budak-budak lelaki itu kelihatan ______________ sambil berkejar-kejaran di taman


permainan.
A tercungap-cungap C terkial-kial
B terkinja-kinja D terhegeh-hegeh

5. Cikgu Noraz _____________ tetikus untuk mendapatkan maklumat yang tertera di


skrin komputer.
A menggerak C mengeklik
B menggerakkan D mengklik

6. Pelajar yang pengsan dalam acara larian itu ______________ ke bilik rawatan oleh
dua orang petugas.
A dihela C ditandu
B dijinjit D dikendong

7. Tidak ____________ oleh kami baju itu kerana harganya agak mahal.
A beli C terbeli
B dibeli D membeli

Soalan 8 hingga soalan 14


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.

8. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula, baginda bersemayam di


A B

atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke 65-tahun. Tiada kesalahan

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 1


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
C D

9. Encik Hafiz selalu mengirimkan anaknya duit poket pada setiap akhir bulan bagi
A B
menampung perbelanjaan di kolej. Tiada kesalahan
C D

10. Perhubungan antara Malaysia dan Indonesia bertambah baik sejak akhir-akhir ini
A B
setelah perjanjian dibuat antara kedua-dua pemimpin negara. Tiada kesalahan
C D

11. Tingkahan gendang dan gong yang mengiringi kemerduan suara penyanyi itu
A B

berjaya memukau audiens. Tiada kesalahan


C D

12. Jika sekiranya dasar ini berjaya, ekonomi negara dijangka pulih pada awal tahun
A B C
hadapan. Tiada kesalahan
D

13. Datuk Rahim mempersetujui untuk membiayai perusahaan ternakan ayam organik
A B
menantunya dengan meminjam wang daripada bank. Tiada kesalahan
C B

14. Kartina berasa amat kecewa kerana kedua-dua orang tuanya tidak faham masalah
A B C
yang sedang dihadapinya. Tiada kesalahan
D

Soalan 15 hingga Soalan 17


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Syimir mengupas keruping pada luka di kakinya.


II Amira mengupas kuih itu sebelum menyuapkannya ke mulut adik.
III Mak Andam mengupas wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan.
IV Forum itu diadakan untuk mengupas permasalahan remaja pada masa ini.
A I sahaja
B I dan II sahaja
C I dan IV sahaja
D I,II, dan III sahaja

16. I Papan tanda lalu lintas itu penting sebagai panduan


kepada semua pengguna
jalan raya.
II Nasihat ibu bapanya itu akan dijadikannya panduan semasa berada di luar

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 2


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
negeri nanti.
III Panduan yang berbahaya oleh sebilangan pemandu akan meningkatkan kadar
kemalangan di jalan raya.
IV Lagu yang merdu itu adalah daripada panduan suara Ajai dengan Nurul.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja

17. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika


perlanggaran tentera Jepun ke
atas Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu.
II Motosikal yang ditunggangi Chee Hock terbabas lalu perlanggaran tiang elektrik
berlaku.
III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakin
membimbangkan pihak sekolah dan ibu bapa.
IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kita akibat
kecuaian pemandu.
A IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21


Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

18. Rambut Erisya yang kerinting menjadi daya tarikan dan


tanda tanya kepada siapa sahaja yang bertemunya.
A sesiapa sahaja yang bertemunya
B siapa sahaja yang bertemu dengannya
C siapa-siapa sahaja yang bertemu dengannya
D siapa sahaja yang bertemunya

19. Program itu dilaksanakan demi untuk mengeratkan


hubungan antara kaum di Malaysia
A demi mengeratkan
B demi mempereratkan
C demi untuk mempereratkan
D demi untuk mengeratkan

20. Perkara itu telah dibincangkan oleh kami dalam satu


mesyuarat khas yang telah diadakan pada minggu lepas.
A kami bincangkan dalam
B dibincangkan kami dalam
C dibincangkan oleh kami di dalam
D dibincangkan oleh kami dalam

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 3


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
21. Kerjasama serantau di kalangan negara-negara Asia telah berlangsung di
Vietnam.
A dalam kalangan negara
B di kalangan negara
C dalam kalangan negara-negara
D di kalangan negara-negara

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22. Sektor pertanian telah diberikan penekanan oleh kerajaan untuk


memastikan stok bekalan makanan di negara kita tidak terjejas pada masa
hadapan.
A Industri pertanian turut diberikan keutamaan oleh kerajaan untuk menentukan
bekalan makanan di Malaysia tidak terputus pada masa akan datang.
B Kerajaan akan menitikberatkan bidang pertanian pada masa akan datang bagi
menjamin bekalan makanan di negara ini tidak mengalami masalah selepas ini.
C Kerajaan memberikan perhatian yang lebih terhadap bidang pertanian bagi
menentukan simpanan bahan makanan di Malaysia sentiasa mencukupi pada
masa akan datang.
D Industri pertanian sering diberikan keistimewaan oleh kerajaan untuk
memastikan simpanan bahan makanan dapat menampung keperluan di
negara kita kelak.

23. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggih


pada masa ini mampu membawa kita meneroka pelbagai jenis ilmu
dengan berkesan.
A Dengan menggunakan pelbagai jenis ilmu yang lebih berkesan kita mampu
mengembangkan teknologi yang serba canggih pada masa ini.
B Kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat terkini telah berjaya meneroka
pemikiran kita agar celik dengan pelbagai jenis ilmu.
C Kini, kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba moden
membolehkan kita menguasai berbagai-bagai jenis pengetahuan dengan lebih
berkesan.
D Pelbagai jenis ilmu yang boleh didapati melalui kecanggihan pada masa ini
berupaya untuk mengembangkan fikiran kita.

24. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos
rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah.
A Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah
kos rendah dengan lebih banyak.
B Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana
diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah.
C Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang
banyak dibina oleh pihak pemaju perumahan.
D Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan
diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah.

Soalan 25 hingga Soalan 27

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 4


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih
cadangan jawapan yang paling sesuai.

25. I Puan Shiela mengambilkan anaknya ubat demam untuk dimakan.


II Petani itu sedang mengisi padi ke dalam guni untuk dibawa pulang.
III Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih.
IV Pelajar yang baik hati itu membawakan gurunya hadiah pada hari guru.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

26. I Saya tulis surat kepada abang


II Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri.
III Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru.
IV Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan
di
sekolahnya.
A I sahaja
B I dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

27. I Kerajaan senantiasa mengambil berat terhadap nasib anak-anak yatim.


II Tangannya yang luka itu terasa perit apabila terkena air.
III Ikhwan alah dengan orang yang suka mengampu dan bercakap besar
IV Berita yang didengarinya itu mengenai kes penculikan semalam.
A II dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang sesuai bagi pernyataan-pernyataan


yang berikut.

28. Saya harap awak fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan kerana belum
tentu
awak akan dapat kerja di tempat itu nanti,” kata Hazuan kepada Izrar. Keadaan ini
ibarat
A untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
B yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
C malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
D kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 5


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
29. Pada waktu pagi, suasana di pasar besar sangat bising. Hal ini kerana orang ramai
ke sana
untuk membeli barang-barang keperluan. Peribahasa yang tepat menggambarkan
keadaan seperti pernyataan di atas ialah
A anak kucing menjadi harimau
B seperti bertih goreng
C seperti ular kena palu
D ada gula ada semut

Wilson : Perlawanan hanya tinggal lima minit


lagi, Faidi! Bolehkah kita memenangi
perlawanan ini?
Faidi : Saya yakin ita mesti menang, lagipun
perlawanan masih belum tamat. Kita mesti
terus berusaha Wilson!
30. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
A sediakan payung sebelum hujan
B hidup segan mati tidak mahu
C harapkan pagar, pagar makan padi
D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka beberapa pula perkataan buaya itu yang lemah lembut memujuk kera itu. Maka
lembutlah hati kera itu hendak pergi bersama-sama dengan buaya sahabatnya itu. Hatta, maka
naiklah kera itu ke atas belakang buaya itu, lalu dibawanya berenang ke laut.
Maka adalah beberapa lama antaranya ia berenang itu, maka berfikirlah buaya itu
dalam hatinya, “Apakah dayaku hendak membunuh kera ini, kerana terlalulah kasih hatiku akan
dia?”
Maka sambil berfikir itu maka berenanglah ia perlahan-lahan dengan masygulnya. Maka
setelah dilihat oleh kera itu akan hal buaya itu demikian, maka kata kera, “Hai, sahabatku!
Apakah yang akan tuan hamba masygulkan ini, dan apakah juga sesuatu yang ada dalam hati
tuan hamba? Khabarkanlah kepada hamba!”
Maka kata buaya itu, “Hai sahabatku! Adalah isteri hamba itu terlalu sakit payah; maka
ia menyuruhkan seekor buaya memanggil hamba. Maka beberapa orang tabib mengatakan,
jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakit itu. Maka sebab itulah hamba terlalu
sangat dukacitanya ini.”
Maka apabila didengar oleh kera akan perkataan buaya itu, maka berdebar hatinya,
seraya berfikir, “Wahai, buaya ini hendak menipu aku rupanya.” Maka katanya, “Hai sahabatku!
Mengapakah tiada tuan hamba katakan kepada hamba tadi, supaya boleh hamba bawa hati
hamba itu bersama-sama? Kerana adat sekalian kera itu, apabila hendak berjalan jauh, maka
ditinggalkan hatinya itu di rumah. Maka sekarang pun marilah segera kita berbalik mengambil
hati hamba itu, supaya boleh hasil pekerjaan isteri tuan hamba itu.”
Maka pada sangka buaya itu, benarlah perkataan kera itu; maka ia pun segeralah
kembali. Maka kata kera itu, “Segeralah tuan hamba berenang, kerana hamba takut dimakan
oleh burung-burung hati hamba itu; kerana hamba sangkutkan di pohon kedempung itu.”
Maka berlari-larilah buaya itu. Maka setelah hampirlah ke darat, maka melompatlah kera
itu naik ke atas pohon kedempung itu. Maka kata buaya itu, “Hai sahabatku, segeralah ambil
hati tuan hamba itu, supaya kita pergi!”
©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 6
(Dipetik daripada prosa tradisional Cerita Kera Dengan Buaya, Seuntai Kata
Untuk Dirasa, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD

31. Mengapakah buaya kelihatan sangat bersedih hati?


A. Mengenangkan isterinya yang sakit tenat
B. Kerana terpaksa berpisah dengan sahabatnya
C. Terpaksa berpisah dengan anak-anak serta isterinya
D. Tabib telah menyuruh buaya membunuh sahabatnya

32. Apakah reaksi kera apabila diberitahu oleh buaya tentang kehendaknya?
A. Simpati C. Ketakutan
B. Bersabar D. Berbesar hati

33. Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan cerita?


A. Sentiasa berwaspada dengan sahabatnya yang baik
B. Sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain
C. Sedia membantu sahabat yang menghadapi kesusahan
D. Tidak mudah cemas apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran

34. Berdasarkan petikan cerita, perwatakan kera adalah seperti berikut kecuali
A. Penipu C. Tajam akal
B. Penyayang D. Berpendirian tegas

35. Apakah kesudahannya Cerita Kera dengan Buaya?


A. Buaya berjanji tidak akan menyusahkan kera
B. Kera memutuskan persahabatannya dengan buaya
C. Buaya menyesali perbuatannya dan berpindah ke tempat lain
D. Kera tidak membenarkan buaya makan buah kedempung lagi

Soalan 36 hingga Soalan 40

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 7


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
Baca petikan drama di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang

ANGIN : Kenapa? (Hairan)


MATAHARI : (Ketawa kuat) Buruk nanti akibatnya.
ANGIN : (Berlagak sama) Wahai Matahari, jangan kau bercakap sembarangan. Kau pun
tahu, bukankah aku ini menjadi pujaan manusia pada masa kini? Manusia
mengatakan suaraku merdu, belaianku lembut dan mesra... malah
mengkhayalkan... Tidak macam kau yang dibenci oleh mereka (mencemikkan
mukanya). Mereka kata kau menyebabkan mereka kepanasan! Mereka juga
mendakwa sampai berpeluh-peluh apabila engkau muncul. Memanglah kamu ni
suka sangat menyusahkan orang lain.
MATAHARI : (Ketawa kuat-kuat dan panjang-panjang) Angin! Angin! Sungguh lancang
mulutmu. Tidak ubah seganas tingkah lakumu... Kau juga jangan lupa bahawa
kau menyebabkan manusia marah! Dan mengutukmu! Kata mereka kau
binasakan segala yang tertegak di muka bumi sampai menyembah tanah!
(Mengejek) Itukah yang kamu katakan lembut dan mesra? (Mendabik dada)
Tapi... aku juga banyak memberi jasa kepada manusia. Jika aku tiada, manusia
hidup meraba-raba dalam kegelapan. (Ketawa lagi) Dan bagaimana pakaian
mereka hendak kering di jemuran?
ANGIN : (Tersenyum lebar) Kau ketinggalan zaman rupanya. (Ketawa besar) Bukankah
zaman sekarang orang pakai washing machine yang boleh mengeringkan terus
pakaian? (Mengejek) Dan apa perlunya kau itu lagi?
MATAHARI : (Marah bukan main) Cis, Angin! Kau pun apa kurangnya? Kau seperti lupa
bahawa zaman sekarang tidak perlu ada kau lagi. Untuk mendinginkan tubuh
manusia, mereka telah mencipta kipas angin dan penyaman udara!
ANGIN : Ahhhhhh, bagaimana kalau penyaman udara mereka rosak? (Mengejek sinis)
Tentu mereka akan memanggil aku. “Wahai Angin, datanglah engkau! Duhai
angin, berhembuslah… (Tersenyum lebar) Datanglah bertiup sepoi-sepoi
bahasa, agar kami merasa nikmatnya…”
MATAHARI : Kau hanya berangan-angan Angin! (Mengejek jijik) Kau juga lupa jika pakaian
mereka lembap, mereka juga akan memanggil aku, kau tahu? (Menyindir) Lalu
mereka pun berkata dan merayu kepadaku, “Wahai Matahari, muncullah segera
engkau untuk mengeringkan pakaianku. Muncullah Matahari, Matahariku
tersayang!”
ANGIN : (Gelak-gelak mengejek) Nampaknya antara kita... tidak ada siapa pun yang
mahu mengalah. Kita perlu beradu nasib. Aku cadangkan satu pertandingan
yang khusus perlu dilangsungkan. Dan kita mesti memanggil saksi-saksi serta
panel hakim bagi penentuan. (Tersenyum lebar).

(Dipetik daripada drama Angin, Seuntai Kata Untuk Dirasa,


Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
berikutnya.

36. Mengapakah Angin sangat berbangga terhadap dirinya?


A. Disanjung oleh manusia
B. Lebih baik daripada Matahari
C. Bersifat lembut
D. Dapat membinasakan segala yang tertegak di bumi
37. Sumbangan Matahari kepada manusia adalah untuk
A. menyebabkan manusia kepanasan
B. mengeringkan pakaian yang basah

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 8


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
C. mendinginkan tubuh manusia
D. menerangkan hidup manusia

38. Pada pendapat anda, di manakah latar tempat petikan drama ini?
A. Di atas pentas
B. Di ruang atmosfera
C. Di alam khayalan
D. Di dalam kediaman manusia

ANGIN : … suaraku merdu, belaianku


lembut dan mesra

39. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam petikan drama di atas?
A. Simile C. Metafora
B. Peribahasa D. Personifikasi

40. Yang berikut ialah pengajaran daripada drama Angin kecuali


A. Kita hendaklah mencari penyokong untuk menguatkan kedudukan
B. Kita hendaklah mensyukuri pemberian Tuhan
C. Kita hendaklah menghargai kelebihan diri
D. Kita hendaklah berpendirian tegas dalam membuat keputusan

JAWAPAN SET 1

1. A
2. D
3. A
4. B

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V) 9


PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ
SDN.BHD
5. D
6. C
7. C
8. C
9. A
10. B
11. D
12. A
13. A
14. C
15. C
16. A
17. A
18. C
19. A
20. A
21. B
22. C
23. C
24. D
25. B
26. B
27. A
28. B
29. B
30. D
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.

©PUSAT BAHASA PRIMA PRESTIJ SDN.BHD (847823-V)


10

Anda mungkin juga menyukai