Anda di halaman 1dari 12

SULIT

02/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
LTS 2007
1 jam

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2007’

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

Kertas 1

1 jam

SET 3

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

[Lihat sebelah
SULIT
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Bacalah__________ majalah yang kamu suka.


A apa-apa
B bila-bila
C siapa-siapa
D mana-mana

2. Pak Mail sedang____________sayur-sayuran di kebun sayurnya.


A menjirus
B menyimbah
C merenjis
D mencurah

3. Pekerja-pekerja di ladang koko itu______________bakul semasa memetik buah


koko.
A menjunjung
B menjinjing
C mendukung
D menggalas

4. Harga telefon bimbit biasanya akan mengalami__________apabila dijual semula.


A. susut nilai
B timbang tara
C turun naik
D melambung naik

5. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk membanteras gengsterisme yang


semakin_____________dalam kalangan remaja.
A menyusup
B merayap
C menular
D menjalar

6. Profesor Diraja Ungku Aziz merupakan_____________yang banyak


menyumbangkan buah fikiran terhadap pembangunan negara.
A bangsawan
B sejarawan
C negarawan
D cendekiawan

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 2
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

7. Sejak kejadian itu, ayah enggan bercakap dengan saya walaupun


se____________kata.

A patah
B cebis
C baris
D untai

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau
C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Pihak PIBG tidak dapat memainkan peranannya dengan baik seandainya tidak
A B
mendapat sokongan daripada masyarakat setempat melainkan pihak ibu bapa.
C
Tiada kesalahan.
D

9. Kita hendaklah selalu beringat-ingat dengan kesenangan yang kita nikmati kerana
A B
hidup ini ibarat putaran roda. Tiada kesalahan.
C D

10. Jiran tetangga seharusnya menegur sapa antara satu sama lain agar suasana
A
harmoni dalam kawasan kejiranan tersebut dapat diwujudkan. Tiada kesalahan.
B C D

11. Dokumentari tersebut memaparkan akan kedaifan penduduk di kawasan


A
pedalaman untuk ditonton oleh masyarakat di seluruh negara. Tiada kesalahan.
B C D

12. Pembinaan pagar dawai di sekeliling kawasan sekolah itu ditafsirkan menelan
A B
belanja kira-kira dua ribu lima ratus ringgit. Tiada kesalahan.
C D

13. Rakyat Malaysia turut berasa bangga dengan pencapaian atlet kurang upaya
A B
dalam beberapa acara yang dipertandingkan semasa Sukan Paralimpik yang lalu.
C
Tiada kesalahan.
D

14. Kami membawa buah tangan ketika berziarah Adlin yang terlantar di hospital
A B C
akibat kemalangan jalan raya. Tiada kesalahan.
D

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 3
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul.

15. I Kainnya tidak luntur walaupun telah dicuci berkali-kali.


II Azamnya untuk menjadi juruterbang tentera tidak pernah luntur walaupun
dihalang oleh bapanya.
III Harga kereta terpakai yang luntur memungkinkan orang ramai berminat untuk
membelinya.
IV Kejelitaannya mulai luntur apabila umurnya semakin meningkat.
A I, II, dan IV
B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV

16. I “Orang yang lemah daya ingatannya mungkin sukar untuk memenangi
pertandingan kuiz itu,” kata Fuad.
II Dalam perdebatan itu dia memenangi Razak yang merupakan sepupunya.
III Abang yakin bahawa dia akan dapat memenangi hati ibunya kembali.
IV Cerpen karangannya telah memenangi Peraduan Cerpen Esso Gapena
2007.

A I, II, dan IV
B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV

17. I Siti menukar siaran televisyen kerana sudah muak dengan drama
bersiri tersebut.
II “Saya sudah muak dengan sikapnya yang cukup cerewet dan
berkira,” kata Zarina..
III Adik minum air masak bagi menghilangkan rasa muak.
IV Hari ini saya hanya berlaukkan ikan kering kerana sudah muak dengan kari
ayam.

A I, II, dan IV
B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, III, dan IV

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 4
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 18 hingga Soalan 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

18. Wakil-wakil kedutaan asing mempertunjukkan tarian kebudayaan masing-masing.

A menunjuk
B menunjukkan
C mempertunjuk
D mempertunjukkan

19. Pelajar kelas itu bekerjasama untuk memperindahkan kelas mereka bersempena
dengan sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan.

A bekerjasama untuk mengindahkan


B bekerjasama untuk perindahkan
C bekerjasama untuk memperindah
D bekerjasama untuk memperindahkan

20. Harta peninggalan Datuk Hashim telah diperkacangkan oleh warisnya.

A Datuk Hashim telah dikacang


B Datuk Hashim telah dikacangkan
C Datuk Hashim telah diperkacang
D Datuk Hashim telah diperkacangkan

21. Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya.

A curiga tentang jujur


B curiga terhadap jujur
C curiga tentang kejujuran
D curiga terhadap kejujuran

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 5
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 22 - 24

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Walaupun kempen menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam


dipertingkat, namun usaha tersebut kurang mendapat perhatian dalam
kalangan pengguna jalan raya.

A Sikap pengguna jalan raya yang mengabaikan kempen menaiki kenderaan


awam menyebabkan penggunaan jalan raya tidak mendapat sambutan.
B Jumlah penggunaan kenderaan awam akan meningkat sekiranya kempen
dijalankan terhadap pengguna jalan raya.
C Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai menaiki kenderaan awam
memerlukan perhatian daripada pengguna jalan raya.
D Kempen menggalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam kurang
berkesan akibat sambutan dingin daripada pengguna jalan raya.

23. Ahli perniagaan yang termasyhur itu memiliki rumah besar yang berhalaman
luas di atas bukit.

A Halaman luas rumah besar di atas bukit itu kepunyaan seorang ahli
perniagaan yang terkenal.
B Rumah besar di atas bukit yang berhalaman besar itu ialah milik seorang ahli
perniagaan yang terkenal.
C Rumah besar yang halamannya luas di atas bukit itu ialah milik ahli
perniagaan yang terkenal.
D Di atas bukit itu terdapat sebuah rumah besar yang berhalaman luas yang
termasyhur kepada ahli perniagaan.

24. Pada masa sekarang banyak kawasan hutan dicerobohi dan dimusnahkan
dengan sesuka hati kerana pembangunan.

A Atas alasan pembangunan, pada masa kini hutan dicerobohi dan


dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya.
B Pencerobohan dan kemusnahan hutan berlaku kerana pada masa sekarang
masih banyak terdapat kawasan hutan.
C Sikap memusnahkan dan menceroboh hutan sesuka hati adalah kerana
pembangunan tidak memerlukan kawasan hutan
D Pembangunan yang pesat pada masa kini menghendaki kawasan hutan
dimusnahkan dan dicerobohi dengan sewenang-wenangnya.

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 6
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Angin kencang bertiup daripada arah selatan.


II Berita bencana itu hanya sampai kepada pihak polis setelah dilaporkan oleh
orang awam.
III Terjemahan perkataan demi perkataan sering kali menghasilkan susuk ayat
yang menggelikan hati.
IV Penyata perbelanjaan bagi tahun hadapan sedang dibincangkan di Parlimen.

A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II, III, dan IV

26. I Semenjak peristiwa itu, saya tidak berani lagi keluar pada waktu malam.
II Para pelancong kagum akan keindahan pantai-pantai di Malaysia.
III Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan
syarikat itu.
IV Aduan terhadap kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian.

A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II, III, dan IV

27. I Tuan Pengetua selalu menasihati para-para pelajarnya agar senantiasa


jujur dan ikhlas apabila melakukan sesuatu.
II Ibu angkat saya berhasrat untuk memperbesar rumahnya pada hujung tahun
ini.
III Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menjaga warisan budaya yang
diturunkan oleh generasi terdahulu kepada kita.
IV Ubat sakit pinggang dicarikan Pak Mohsein oleh Zubir.

A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D II, III, dan IV

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 7
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan
yang berikut.

28. Peribahasa yang berikut boleh dikaitkan dengan perbuatan keterlanjuran kata yang
tidak dapat ditarik balik, dan perlu berfikir terlebih dahulu ialah

A orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
B jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
C terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
D terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik

Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi.

29. Peribahasa yang menunjukkan maksud di atas ialah

A umpama hendak menepung tidak berberas


B umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
C umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
D umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan

30. Berikan maksud peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

A Kembali ke tempatnya
B Memperoleh sesuatu yang diinginkan
C Tindakan yang dilakukan melebihi daripada apa yang sepatutnya
D Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenarnya

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 8
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan-soalan yang berikutnya.

Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar di fikirannya rakan-
rakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika
itu dia hanya merenungi bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas
berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati yang penuh terharu.
“Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah? Dia sangat baik
padaku. Dia banyak menolongku. Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya.” Demikian azam
Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa.
Rumah Pak Mustaffa berdekatan benar dengan sebuah bukit. Dia melihat pokok-
pokok menghijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari kayu api,
umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ tanpa diterokai oleh
manusia.
Dia pulang ke rumahnya petang itu dengan perasaan tenteram. Pak Mustaffa
senang sekali memberikan beras yang dipohon oleh ibunya. Betapa penduduk di situ amat
bersimpati terhadap hidup mereka.
Pagi itu, seperti pagi yang lain-lain, setelah sarapan pagi, dia melangkah menuju ke
sekolah dihantar oleh ibu dan adik-adiknya di muka pintu rumahnya.
“Tuhanku, dialah satu-satunya anakku yang kuharap-harapkan. Berkatilah
pelajarannya itu,” doa ibu penuh harapan.

(Dipetik daripada antologi


Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1
Dewan Bahasa dan Pustaka)

31. Tujuan Ramli pergi ke rumah Pak Mustaffa adalah untuk

A mencari idea.
B menziarahinya.
C memohon bantuan.
D menyampaikan pesanan.

32. Apakah maksud perkataan berkati yang terdapat dalam cerpen di atas?

A Menambahkan ilmu
B Satu kemudahan
C Memberikan restu
D Mudah faham

33. Yang berikut merupakan latar masyarakat dalam cerpen di atas.

A masyarakat yang saling membantu.


B masyarakat yang mengutamakan beras.
C masyarakat yang mementingkan hadiah.
D masyarakat yang mengharapkan sumbangan daripada anak.

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 9
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

34. Apakah kesudahan cerita “Hadiah Hari Guru”?

A Cikgu Fatimah menerima pucuk gajus daripada Ramli.


B Cikgu Fatimah mengambil Ramli sebagai anak angkat.
C Cikgu Fatimah menerima sepucuk surat daripada Ramli.
D Cikgu Fatimah membuka hadiah pemberian istimewa Ramli.

35. Ayat “Pak Mustaffa senang sekali memberikan beras” menunjukkan bahawa beliau
seorang yang

A mudah bekerjasama.
B memiliki kekayaan.
C mendengar kata.
D berhati ikhlas.

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 10
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

Soalan 36 hingga Soalan 40.

Baca pantun di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pantun Peribahasa.

Buat bangsal di Pulau Daik,


Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Hendak layari perahu payar,


Angin berpuput di Laut India;
Takkan lari gunung dikejar,
Hilang kabut nampaklah dia.

Hendak belayar ke Teluk Betung,


Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

(Dipetik daripada Antologi


Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

36. Baris “kalau asal benih yang baik” bermaksud

A datang dari tempat yang masyhur.


B memiliki benih kehidupan yang bernilai.
C memiliki ahli keluarga yang baik benihnya.
D lahir daripada keturunan yang mulia.

37. Mengapakah sikap yakin diri mesti ditanam dalam diri setiap individu?

A Sifat ini dicintai individu.


B Sifat ini pemangkin kemajuan.
C Sifat ini amat dikehendaki orang.
D Sifat ini amat mudah dimiliki individu.

38. Baris ”takkan lari gunung dikejar” dalam pantun di atas adalah contoh

A personifikasi.
B metafora.
C inversi.
D sinkof.

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 11
Set 3 Bahasa Melayu 1 PMR

SULIT

39. Mesej utama dalam rangkap ketiga pantun di atas ialah

A masyarakat yang bersatu menjamin kejayaan.


B masyarakat yang suka bekerjasama.
C masyarakat yang harmoni.
D masyarakat yang rajin.

40. Antara yang berikut, yang manakah pengajaran utama yang terdapat dalam pantun di
atas?

A Kita mestilah mengamalkan hidup bermuafakat.


B Kita hendaklah menjadi benih yang baik.
C Kita mestilah lari daripada musibah.
D Kita hendaklah berani mencuba.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE 2007


UNIT KURIKULUM
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK Halaman 12

Anda mungkin juga menyukai