Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU

Salam sejahtera kepada semua. Nama saya Athavan a.l ______________. Saya murid Tahun 3 Surgeon
dari SJKT Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Tajuk ucapan saya pada hari ini ialah Penghargaan kepada Guru.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan sekalung
penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak meluangkan masa dan
berkorban demi mendidik saya selama ini.

Tidak ada perkara dalam dunia ini yang setanding dengan pengorbanan seorang guru. Saya bersyukur
kepada Tuhan dan rasa bertuah kerana telah menjadi salah seorang anak murid kepada guru-guru saya.
Bukan sekadar ilmu yang diberikan oleh guru-guru, akan tetapi mereka telah membentuk diri saya menjadi
seorang murid yang berdisiplin dan berdedikasi.

Akhir bicara, tidak ada yang dapat saya berikan sebagai tanda penghargaan selain daripada ucapan jutaaan terima
kasih. Terima kasih guru-guruku.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai