Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MALURI

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


BAHASA MELAYU TAHUN 5
(PEMAHAMAN)
NAMA : _________________________________ KELAS : _______________

BAHAGIAN A
[ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 16

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Segala pesanan __________ akan patik sampaikan kepada rakyat jelata.


A kau
B kamu
C tuanku
D hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Razman sedang mencari maklumat ___________ penyakit malaria di perpustakaan.

A untuk
B seperti
C sebagai
D tentang
3. Apabila namanya dipanggil oleh guru disiplin , badan Nabilah__________kerana ketakutan
A menggeliat
B menggigil
C menggelupur
D menggelepar

4. Buah jambu batu yang masih muda boleh dimakan tetapi rasanya agak ____________.
A payau
B tawar
C kelat
D pahit

5. Kakak memasukkan tiga __________ telur ayam ke dalam adunan kek.


A ekor
B biji
C ketul
D buah

6. Baju Kamarul ___________ kerana terkena lopak ketika menyertai aktiviti sukan.

A comot-momot
B compang-camping
C porak-peranda
D koyak-rabak
7. Dahi Amirul luka kerana terhantuk pada ______________ meja semasa bermain di dalam
kelas.pangkal

A penjuru
B bucu
C sudut
D pangkal
8. Setelah disapu minyak dan disikat, rambut Kumar menjadi ______________ .
A kasar
B gebu
C licin
D kesat

1
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Rumah yang terletak di _____________ sawah itu milik Pak Talib.


A tepi
B antara
C tengah
D belakang
10. Omar menerima e-mail ________ kawannya yang berada di luar negara.
A di
B ke
C kepada
D daripada
11. Pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya _______ menangkap banduan yang
berjaya melepaskan diri dari Penjara Kajang semalam.
A supaya
B atau
C akan
D untuk
12. Abang Amirun menyimpan wang kerana dia berhasrat hendak ________ beberapa buah
negara di luar negara.
A menyerabut
B menggeletar
C menjelajah
D menggelabah

2
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Budak itu _____________ pakaian yang baru dibasuhnya.


A penyidai
B bersidaian
C tersidai
D menyidai

Soalan 14 dan soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi

14. Penyelam itu dapat melihat dengan jelas keadaan ikan lumba-lumba di dasar laut.
A Ikan lumba-lumba dapat dilihat dengan jelas oleh penyelam itu ketika berada di dasar
laut.
B Penyelam itu dan ikan lumba-lumba dapat melihat keadaan di dasar laut dengan jelas.
C Keadaan di dasar laut jelas kelihatan penyelam itu dengan ikan lumba-lumba.
D Dasar laut yang jelas memudahkan penyelam melihat keadaan ikan lumba-lumba itu.

3
15. Guru kelas memaklumkan program motivasi itu diadakan untuk memantapkan keyakinan
diri murid-murid.

A “Murid-murid perlu tahu bahawa program motivasi diadakan untuk meyakinkan diri
sendiri,” jelas guru kelas kepada murid-murid.
B “Program motivasi ini diadakan untuk mengukuhkan keyakinan diri kamu,” kata guru
kelas kepada murid-murid.
C “Program motivasi ini diadakan untuk menimbulkan kesedaran diri kamu,” jelas guru
kelas kepada murid-murid.
D “Keupayaan kamu dapat ditingkatkan melalui program motivasi ini,” kata guru kelas
kepada murid-murid.

Soalan 16 Pilih ayat yang betul

16. A Sampai bila pun saya tidak akan melupakan peristiwa ini.
B Fauzi telah berjanji untuk jumpa Basri petang nanti.
C Pasu ini dibuat daripada tanah liat.
D Beg ini tidak beg saya, tidak juga beg adik saya.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hang Li Po merupakan salah seorang isteri kepada Sultan Mansor Syah yang memerintah
Melaka dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle,
iaitu Maharaja Wangsa Ming di China.

Menurut Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, Sultan Mansor Syah hendak menjalinkan
hubungan dengan negara China. Oleh yang demikian, baginda menghantar Tun Perpatih Putih
sebagai utusannya dengan membawa sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih Putih
berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. Maharaja China
menghadiahkan puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mansor Syah.

Kemudian, Puteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan.


Selepas memeluk Islam, Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor

4
Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Li Po manakala pengiring-pengiringnya
diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina.

Pengiring-pengiring Puteri Li Po pula ada yang berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan


Mansor Syah. Puteri Li Po kemudiannya dikenali sebagai Puteri Hang Li Po selepas dianugerahi
gelaran ‘Hang’ oleh Sultan Mansor Syah. Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansor Syah dikurniai
seorang anak lelaki bernama Paduka Tun Mamat.

Bukit Cina akhirnya menjadi kawasan perkuburan orang cina tempatan. Kini, perkuburan Bukit
Cina dan Perigi Hang Li Po menjadi tinggalan sejarah di Melaka.
Dipetik dan diubah suai daripada Wikipedia

17. Siapakah yang bersama-sama Puteri Li Po ke Melaka?

A Maharaja Yongle
B PadukaTun Mamat
C Pengiring-pengiringnya
D Pegawai-pegawai Sultan

18. Tun Perpatih Putih berjaya …

A memasyhurkan Kesultanan Melaka.


B menarik hati Maharaja China.
C menghadiahkan Puteri Li Po kepada Sultan.
D membina sebuah istana untuk Puteri Li Po.

19. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah menjalinkan hubungan dengan China?

A Dengan mengahwini Puteri Li Po


B Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po
C Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka
D Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Sultan Mansor Syah menjadi pemerintah Melaka dari tahun 1456 hingga 1477.
B Pengiring-pengiring Puteri Hang Li Po meninggalkan Bukit Cina.
C Kawasan Perkuburan Bukit Cina tidak wujud lagi.
D Tun Perpatih Putih menulis surat kepada Maharaja Yongle untuk menjalinkan
hubungan.

5
BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

daripada untuk kepada dan

seperti di atau dalam

Pokok penting sebagai penyumbang semulajadi oksigen __________ manusia.Pokok juga

penting___________ menghasilkan kertas.Kita menggunakan kertas untuk pelbagai tujuan

seperti membungkus benda, mencetak_________menulis.Tahukah kamu bahawa semakin

banyak kertas kita gunakan, semakin banyak pokok yang akan ditebang? Dengan mengurangkan

penggunaan kertas, kita dapat menyelamatkan banyak pokok_____________ ditebang.

[ 4markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat Tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya: __________________________________________________________

__________________________________________________________

Jawapan: Kita akan pulang ke kampong menziarahi nenek pada hari Sabtu ini.

[ 2markah]

6
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Baiklah, cikgu. Saya


akan hantarkan murid
baharu ini ke kelas 5
Bersih.

Kim Seng

Cikgu Abu

[ 2markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2markah]

7
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur.Kedudukannya


ialah kira-kira 15 kilometer dari tebing kuala Sungai Batu Pahat.
Nama Batu Pahat diambil sempena sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera
Siam.Perigi batu itu dibuat ketika tentera Siam dalam perjalanan hendak menyerang
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456.Perigi itu merupakan satu-satunya
peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lima abad. Perigi itu
terletak di kuala Sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung Minyak Beku yang dahulunya
dikenali sebagai Sungai Kundur.
Dato’ Bentara Luar, iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang memulakan usaha
membangunkan Bandar Batu Pahat pada tahun 1893.Dengan persetujuan Duli Yang
Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Bandar Batu Pahat dibuka
secara rasmi pada 1 Januari 1894.Satu lagi majlis pengisytiharan diadakan bersempena
dengan penamaan Bandar Batu Pahat sebagai Bandar Pengaram pada 1 Disember 1984.

Dipetik dan diubah suai daripada laman sesawang www.pdnj.johor dt.gov.my

a. Nama asal Batu Pahat ialah ____________________________.


[1 markah]

b. Bagaimanakah Batu Pahat mendapat namanya?

[ 2markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Batu Pahat merupakan sebuah bandar di


negeri Johor.

Usaha membangunkan Batu Pahat betul


dimulakan pada tahun 1984.
salah
Kerajaan Kesultanan Melaka telah
diserang oleh tentera Siam pada tahun
1456. 8
Soalan 24

Baca surat dibawah, kemudianjawabsoalan-soalan yang berikutnya.

No. 526, JalanSentosa,


Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor
DarulEhsan.

18 April 2015.

Kehadapan Ahmad Faiz yang berada di Kampung Nibong, semoga berada dalam
keadaan sihat.Bagi diri saya dan keluarga di sini sentiasa sihat.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara sekeluarga bahawa
saya dan keluarga akan menziarahi saudara pada cuti persekolahan nanti, iaitu pada 29
Mei. Kami akan tiba di rumah saudara pada petang tersebut. Setahu saya, keluarga saya
telah memaklumkan tentang hal ini kepada keluarga saudara.

Bagaimanakah dengan pelajaran saudara? Tentu saudara telah banyak membuat


persiapan untuk menghadapi peperiksaan.Saya di sini sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pencapaian saya dalam akademik. Saya berharap semoga saudara akan
Berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan.

Saya amat berharap ketika saya sekeluarga dating menziarahi saudara nanti, saudara
berada di rumah, dapatlah kita berborak panjang.Lagi pun sudah terlalu lama kita tidak
berjumpa.Banyak cerita yang ingin saya bualkan dengan saudara.Jadi, saudara tunggulah
kedatangan kami nanti.

Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini.Semoga kita bersua lagi di
lain lembaran. Sekian, terima kasih.

Sepupumu,

9
(Hafiz Azizi)

a.Perkataan menziarahi dalam petikan boleh juga digantikan dengan


perkataan__________________.
[1 markah]

b.Apakah tujuan penulis menulis surat ini kepada Ahmad Faiz?

[ 2markah]

c.Bilakah penulis dan keluarganya akan datang menziarahi Ahmad Faiz sekeluarga?

[ 2markah]

d.Peperiksaan akhir tahun akan tiba, apakah persiapan kamu untuk menghadapi
peperiksaan?Terangkan?

[ 3markah]

10
Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anakku

Anakku,
Cahaya kasih mama,
Dari kecil kau ku belai dan ku manja,
Tangisanmu meresah jiwa ku,
Ketawa mu penawar hatiku.

Anakku,
Permata hati ibu,
Kau ku beri ilmu buat bekalan,
Agar hidupmu tidak kegelapan,
Jagalah tingkahlaku mu,
Agar kau tidak kesesatan.

Anakku,
Buah hati bonda,
Penat jerih membesarkan mu,
Tidak ku minta balasan.
Bonda doakan semoga kau bahagia dan berjaya

a. Apakah doa ibu terhadap anaknya?

[1 markah]

11
Dari kecil kau ku belai dan ku manja,
Tangisan mu meresah jiwa ku,
Ketawa mu penawar hati ku

b.Apakah maksud sajak di atas?

[2 markah]

c. Tandakan(√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
Berdasarkan sajak tersebut.

Menjaga dan mendidik anaknya dari kecil sehingga dewasa.

Mencari ilmu untuk anaknya.

[1 markah]

d. Sebagai seorang anak, terangkan bagaimana cara untuk membahagiakan


ibu kamu ?

[ 3markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ……………………………… …………………………………

12
13

Anda mungkin juga menyukai