Anda di halaman 1dari 9

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN AKHIR TAHUN


TAHUN 5 2018
BAHASA MELAYU — PEMAHAMAN 011
OKTOBER
50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam kertas ini diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu
A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Bagi satu soalan, hitamkan satu ruang sahaja.
5. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak


1. “Mengapakah tuan puteri bersedih? Katakanlah kepada _____________ ,” kata Mak Inang
Sari Suri kepada Tuan Puteri Mayang Sari.

A beta
B tuanku
C patik
D hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Peserta silat itu begitu _______________ menepis serangan pihak lawan.

A ligat
B laju
C cepat
D tangkas
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Mak Senah bersengkang mata untuk menyiapkan baju kurung itu ______________ larut
malam.

A ke
B dari
C sejak
D hingga

4. Siva berjaya menjaringkan gol. _____________, jaringannya itu dibatalkan kerana bola itu
terlebih dahulu terkena tangannya.

A Justeru
B Kalau begitu
C Tambahan pula
D Walau bagaimanapun
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Nenek _______________ gulai di dalam periuk untuk dihidangkan kepada Tok Ayah.

A mengambil
B mengaut
C mencedok
D menadah

6. Alya terpaksa ______________ air banjir itu untuk menyelamatkan kucingnya.

A melintas
B meranduk
C menempuh
D menyeberang

7. _______________ penduduk Taman Maluri berketurunan Cina.

A Segelintir
B Beberapa
C Segala
D Semua
8. Setiap pagi, Jalan Kemboja akan mengalami kesesakan ___________ kerana orang ramai
hendak ke tempat kerja masing-masing.

A jalan kaki
B lalu lintas
C lintasan belang
D bahu jalan

9. Tukang rumah menggunakan _______________ sebelum memotong bingkai tingkap supaya


tidak senget.

A jejari
B sesiku
C kekuda
D dedekak

10. Ainuddin mengajak rakan-rakannya makan durian di dusun ayahnya.

Pilih perkataan seerti bagi mengajak.

A mempelawa
B menyuruh
C menyokong
D meminta
11. Zailani berasa yakin bahawa pasukan sekolahnya dapat menjuarai perlawanan hoki itu nanti.

Pilih perkataan berlawanan bagi yakin.

A cemas
B resah
C sangsi
D bingung

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

12. I Hampa padi perlu dibakar untuk dijadikan baja.


II Nazilah berasa hampa kerana keputusan peperiksaannya tidak begitu cemerlang.
III Abang pulang dalam keadaan hampa kerana beliau tidak mendapat sebarang
pekerjaan setelah seharian mencarinya.
IV Hampa kelapa menyebabkan bau busuk di kampung itu.

A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D II dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

13. “Gulai kambing ini enak tetapi agak masin,” kata Lili kepada neneknya.

A Lili memberitahu neneknya bahawa gulai kambing itu enak tetapi agak masin.
B Lili diberitahu neneknya bahawa gulai kambing itu enak tetapi agak masin.
C Lili memberitahu neneknya bahawa gulai itu enak tetapi kambing agak masin.
D Lili dan neneknya memberitahu bahawa gulai kambing itu enak tetapi agak masin.
14. Puan Wardah mengundang jirannya supaya datang ke rumahnya pada hujung minggu ini.

A “Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Puan Wardah
kepada jirannya.
B “Bawalah jiran kamu datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” jemput Puan
Wardah.
C “Jemputlah jiran kamu datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Puan
Wardah kepadanya.
D “Jemputlah datang ke rumah jiran saya pada hujung minggu ini,” kata Puan Wardah
kepadanya.

Pilih ayat yang betul.

15. A Aiman bercadang untuk berlanjut pelajarannya ke luar negara pada tahun depan.
B Sektor perindustrian negara sedang mengembangkan dengan pesat.
C Semua murid-murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum.
D Majlis itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia

Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

16. Kedudukan Sarah di syarikat percetakan itu tidak tetap, bila-bila masa boleh dipecat
__________________ .

A bagai wau terputus tali


B bagai abu di atas tunggul
C bagai kacang lupakan kulit
D bagai melepaskan batuk di tangga.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sudah hampir 60 tahun negara kita bebas daripada belenggu penjajah. Namun begitu, tahukah
anda siapakah antara pejuang utama yang menyelamatkan maruah bangsa daripada diperkotak-
katikkan oleh kuasa luar?

Antara pejuang yang dimaksudkan itu termasuklah Tok Janggut. Tok Janggut atau nama
sebenarnya Haji Mat Hassan bin Panglima Munas merupakan anak kelahiran Pasir Puteh,
Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat.

Tok Janggut bangkit menentang Inggeris kerana tidak berpuas hati terhadap peraturan
yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris. Pihak Inggeris telah memaksa penduduk Pasir Puteh
membayar pelbagai cukai baharu. Jika penduduk Pasir Puteh enggan membayar cukai, pihak
Inggeris akan merampas harta mereka.

Tok Janggut mempengaruhi penduduk kampung agar tidak membayar cukai. Sebagai
akibatnya, pihak Inggeris berdendam terhadap Tok Janggut. Pihak Inggeris telah mengarahkan
sepasukan polis ke Kampung Akib untuk menangkap Tok janggut. Namun begitu, Sarjan
Sulaiman yang mengetuai pasukan polis itu telah dibunuh oleh Tok Janggut. Tindakan berani
Tok Janggut mencetuskan kemarahan Inggeris. Malah, kemarahan Inggeris memuncak apabila
Tok Janggut dan anak-anak buahnya menawan Balai Polis Pasir Puteh.

Kebangkitan Tok Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu
berasa terancam. Baginda menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Pihak Inggeris pula
meminta bantuan daripada Singapura lalu melancarkan serangan. Oleh sebab angkatan tentera
Inggeris besar serta dilengkapi senapang dan meriam, kemaraan Inggeris gagal disekat. Tok
Janggut telah terbunuh dalam pertempuran di Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915. Walaupun
tertewas, kebangkitan Tok Janggut telah menyedarkan pihak Inggeris bahawa maruah orang
Melayu tidak boleh dipermain-mainkan.

17. Siapakah Tok Janggut?

A Tokoh penentang Inggeris

B Guru silat yang terkenal di Kelantan

C Orang yang menjadi tali barut Inggeris

D Orang yang berpuas hati terhadap peraturan Inggeris


18. Pihak Inggeris memaksa penduduk Pasir Puteh …

A Menyelamatkan maruah mereka

B bangkit menentang Tok Janggut

C membayar pelbagai cukai baharu

D merampas harta Tok Janggut

19. Mengapakah kemarahan Inggeris terhadap Tok Janggut memuncak?

A Kerana Tok Janggut telah membunuh Sarjan Sulaiman

B Kerana Tok Janggut dan anak-anak buahnya berjaya menawan Balai Polis Pasir Puteh

C Kerana Tok Janggut menderhaka kepada Sultan Kelantan

D Kerana Tok Janggut meminta bantuan Singapura untuk melancarkan serangan terhadap
mereka.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Tok Janggut mendapat pendidikan di Madinah.

B Pihak Inggeris telah mengarahkan sepasukan polis ke Kampung Akib untuk menangkap
Sarjan Sulaiman.

C Kebangkitan Tok Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu
berasa terancam.

D Tok Janggut telah terbunuh dalam pertempuran di Kampung Pupuh pada 26 Mei 1915.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai