Anda di halaman 1dari 11

TUKANG LAMA

SINOPSIS
Pak Talib bekerja sebagai seorang tukang yang mengambil upah membuat rumah untuk menyara keluarganya. Sejak Manas, tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu, rezeki Pak Talib semakin berkurangan. Manas menggunakan cara pertukangan moden. Walaupun hasil kerja tangan Manas menjadi pilihan, namun Pak Talib tidak memusuhi Manas. Malah, Pak Talib kagum dengan hasil kerjanya. Mak Lamah sering meleteri Pak Talib atas kesempitan hidup mereka. Upah yang diterima oleh Pak Talib tidak cukup untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh isterinya. Pada suatu hari, Mak Lamah tidak lagi berleter ketika Pak Talib pulang ke rumah seperti biasa. Pak Talib berasa hairan dengan sikap isterinya itu. Rupa-rupanya Manas telah merisik Si Timah, anak Pak Talib. Pak Talib berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk menerima Manas sebagai menantunya.

TEMA
Kepayahan hidup yang dialami oleh seorang tukang rumah lama kerana kehadiran tukang rumah baru yang moden.

PERSOALAN
Tanggungjawab suami mencari nafkah untuk
menyara keluarganya

Menerima nasib yang telah ditentukan Tuhan Kepayahan hidup masyarakat kampung untuk
mencari rezeki yang halal

Konflik generasi lama untuk meneruskan kehidupan


dalam zaman moden

WATAK & PERWATAKAN


Pak Talib

Suami kepada Mak Lamah Seorang tukang lama Bertanggungjawab menyara keluarga Seorang yang penyabar

WATAK & PERWATAKAN


Mak Lamah

Isteri Pak Talib Kuat berleter Seorang isteri yang setia Tidak faham masalah suaminya

WATAK & PERWATAKAN


Manas

Tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni


Bangunan

Hasil kerjanya menjadi pilihan orang kampung Telah merisik anak gadis Pak Talib, Si Timah

LATAR
Masa: pada zaman moden, waktu pagi dan waktu
petang

Tempat: di rumah Pak Talib, di rumah Che Mamat Masyarakat: masyarakat kampung yang kurang ilmu,
masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup, generasi baru yang moden

GAYA BAHASA
Personifikasi - Kira-kira tak akan mati Metafora - wang masuk Peribahasa - asam garam, orang pingitan, ulat dalam batu
pun rezekinya sentiasa ada

Sinkope - tak, tu Sindiran - Nampaknya awak sekarang jadi tukang reban


ayam saja

NILAI
Bertanggungjawab - Pak Talib mengambil upah
bertukang untuk menyara keluarga

Gigih - Pak Talib gigih mengambil upah bertukang


walaupun upahnya sedikit

Kesabaran - Pak Talib sabar mendengar leteran


isterinya setiap hari

PENGAJARAN
Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan
dalam hidup

Janganlah kita iri hati dengan kejayaan dan


pencapaian orang lain

Kita hendaklah gigih dan cekal dalam mencari rezeki


yang halal

Anda mungkin juga menyukai