Anda di halaman 1dari 7

Sinopsis Tukang Lama ( Komsas )

Rezeki Pak Talib sebagai tukang rumah semakin berkurang sejak Manas,
tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung
itu.Pak Talib dipanggil hanya untuk membetulkan dinding reban ayam atau
membuat pintu pagar. Orang kampung sekarang tidak menyukai rumah berkelepak
dua seganda, cara rumah Pak Talib masih lama dan memakai tunjuk angin yang
ukurannya rata-rata menurut ekor mata. Namun demikian, Pak Talib tidak memusuhi
Manas sekalipun Pak Talib terasa kehilangan tempat pergantungannya. Cuma,
leteran isterinya, Mak Lamah semakin panjang menyalahkan Pak Talib atas
kesempitan hidup mereka. Akan tetapi, telinganya telah majal. Leteran itu dianggap
seperti asam garam olehnya. Tiap-tiap pagi, Mak Limah akan mengucapkan selamat
pagi (gaya bahasa:bahasa sindiris) sambil mengibas-ngibas habuk tahi bubuk yang
bertaburan di atas lantai .Manakala Pak Talib hanya merenungi butir-butir najis
binatang yang melambung-lambung kerana serangan Mak Limah. Sementara anak
dara mereka,Si Timah yang baru berhenti sekolah diam-diam menyudahkan kerjanya
di dapur, tanpa menyokong atau membangkang sesiapa kerana dia sudah mangli
dengan leteran itu yang menjadi hobi ibunya sejak dia kecil lagi. Akan tetapi,
leteran itu belum pernah mencetuskan peperangan antara kedua-dua ibu bapanya.
Dalam pergelutan itu, Pak Talib terus menunaikan kewajipannya, dia mengasah
ketam, ketukan mata ketam ada rentak irama yang seolah-olah mengiringi suara
leteran Mak Limah. (Gaya bahasa:personifikasi).
Sudah lama dia tidak bekerja, ertinya tidak ada wang masuk (metafora)
saki-baki wang simpanannya habis digunakan untuk kelangsungan hidup mereka,
Mak Limah selalu tertanya-tanya,Sekarang semua sudah habis,apa lagi yang nak
dijual?, Pak Talib hanya senyum mengatakan emak bapa boleh mati, tapi kira-
kira(hutang:simbolik)tidak akan mati, iaitu berhutang. Kalau tidak bekerja
berpanjangan, hutang akan berlonggok. Budak-budak nakal pernah mengejek
mereka semasa Si Timah masih kecil, dia akan mengejar budak-budak nakal itu
dengan kayu api, tetapi sebentar sahaja dia sudah terhunggap-hungap. Kini,
nyanyian ini tidak lagi kedengaran kerana Timah sudah menjadi orang pingitan.
Suatu hari, Pak Talib menggilap perkakas tukangnya pada subuh pagi kerana
menyiapkan reban ayam, Mak Lamah tidak lekang menyindir suaminya menjadi
tukang reban. Pak Talib selepas menoleh ke arah isterinya terus memecut basikalnya
dalam kesejukan hawa pagi itu. Dia mengenangkan umurnya yang sudah hampir
setengah abad tetapi masih mengias untuk memenuhi hidupnya. Sungguhpun
rezekinya agak mewah selepas perang dunia kedua tetapi sebelum dia sempat
menimbunkan harta, tiba-tiba musim turun datang.( metafora).
Pak Talib pernah mencuri-curi memandang tukang muda itu, perkakasannya
berpeti-peti cara bekerjanya banyak memakai pensel, lagi mengkagumkan ialah
penyediaan alatan rumah itu secukupnya terlebih dahulu dan beberapa hari sahaja
rumah telah siap dibina. Sedangkan dia sendiri menggunakan masa tidak kurang
daripada setengah tahun. (ironi ) Dia pula tukang dahulu yang mengikut tukang tua
sahaja tanpa belajar di sekolah. Setiap kali semasa Mak lamah meleterkan kelebihan
budak Manas ini, dia akan memadamkan leteran itu kerana tidak menyukai Mak
Timah menjadikan perkara orang lain sebagai bahan leteran (Nilai:hemah tinggi dari
bicara). Untuk memadamkan leteran itu, dia menyindirkan diri patut mengisi
muzium. Dia memujuk Mak Lamah jangan khuatirlah sangat, biar bagaimana pun
tak kan rezeki kita di dunia ini sudah habis, sedangkan ulat dalam batu pun
rezekinya sentiasa ada. Berkali-kali Mak Lamah menyeru suaminya berubah fesyen
tukangnya dan jangan berniat lekas-lekas nak masuk muzium. Mak Lamah melenting
sambil menangis. Kenangan Pal Talib dilayani sehingga sampai di rumah Encik
Mamat. Encik Mamat menyusuli kedatangan dan mengiringinya ke reban ayam,
menurutnya, ayam itu sudah bermalam-malaman kesejukan. Pak Talib mengasihan
ayam itu lalu berkata seperti orang pingitan(simile)Katakan orang ayam bangsa
makanannya gandum, tidur berkelambu. Encik Mamat gelak-gelak terdengar dan
mengejek Pak Talib membuat reban kampung.
Pak Talib seperti orang melatah dan terpegun kerana tidak
menyenangkan telinganyahatinya diketuk paku di dindingRupa-rupanya aku telah
jatuh benar. Ketika sepenampang dinding telah siap, dia berbisik mengejek
dirinya ayam kampung(metafora), tetapi dia tidak putus asa, dia mesti berusaha.
Sambil bertukang sambil membicarakan gambaran yang datang. Hampir petang,
kerjanya baru siap. Dia membenamkan benda yang diberi Encik Mamat ke dalam
sakunya. Dalam perjalanan, dia mengira wang yang diterima upah hanya sepuluh
ringgit dengan menggunakan 4 hari untuk menyiapkan kerja. Dia mulai risau akan
sumpahan isterinya kerana barang-barang yang diperlukan tidak dibeli. Setiba di
rumah, apa yang berlaku senyap-senyap sahaja, baru saja dia menjejaki anak
tangga pertama, kedengaran tapak kaki menyapu lantai. Pak Talib tunduk seperti
membilang anak tangga(simile). Dia mengecutkan hatinya agar mudah menerpa
leteran yang diberi. Tiba-tiba,Mak Lamah tidak lagi berleter dan bersuara lembut
kepada Pak Talib. Pak Talib mendongak dan tersengih kedengaran suara yang
begitu merdu. Dia berasa hairan dengan layanan isterinya yang lain daripada biasa.
mungkin taktik baru suara hatinya(monolog dalaman). Semasa makan malam, Si
Timah merebahkan badannya, tetapi aneh, tiada kedengaran selamat malam. Pak
Talib tersentak apabila isterinya merapatinya. Mak Lamah berbisik dengannya, rupa-
rupanya, Si Timah anak gadis mereka telah dirisik oleh Manas..Pak Talib ternganga,
hati Pak Talib berasa ketenteraman kerana
Tema
Kepayahan hidup yang terpaksa dilalui oleh tukang rumah sebagai akibat peredaran
zaman yang sudah jauh berubah.
Persoalan
(a) Khidmat tukang rumah secara tradisional semakin dipinggirkan.
(b) Kepayahan hidup masyarakat kampung dalam mencari rezeki yang halal.
(c) Selera masyarakat masa kini yang lebih cenderung untuk memilih khidmat
tukang yang menggunakan teknologi moden untuk memperoleh hasil yang cepat
dengan reka bentuk yang cantik.
(d) Kerenah isteri yang suka berleter dan menyalahkan suami atas kesempitan
hidup.
(e) Tanggungjawab seorang suami dan ayah demi mencari sesuap nasi untuk
keluarga.
(f) Pendidikan dan kemahiran dapat menjamin kelangsungan hidup yang lebih baik.
Watak
a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Pak Talib. -
b) Watak sampingan terdiri daripada Mak Lamah dan Che Mamat. Watak sampingan
(tersembunyi) ialah Timah dan Manas.
Perwatakan
Pak Talib
(a) Beliau suami Mak Lamah, bapa kepada Timah.
b) Usianya hampir setengah abad(50)
(c) Beliau belajar pertukangan daripada tukang tua dan tidak pernah pergi ke
sekolah pertukangan moden.
d) Beliau sudah lama menjadi tukang rumah.
(e) Pak Talib penyabar walaupun sering dileteri oleh Mak Lamah.
(f) Beliau tabah menghadapi kepayahan hidup.
Mak Lamah
a) Beliau isteri Pak Talib, ibu Timah.
b) Mak Lamah kuat berleter. Sasaran utamanya ialah Pak Talib.
c) Leteran sudah sebati dengan hidupnya. Ironinya, Pak Talib pula akan berasa
kesepian jika tidak mendengar leteran Mak Lamah.
d) Mak Lamah tidak faham akan masalah yang dihadapi suaminya.
Encik Mamat
( a) Dia pemilik ladang ayam.
(b) Encik Mamat agak berkira tentang duit; membayar upah yang terlalu murah
kepada Pak Talib yang telah membina reban ayam kampungnya.

Si Timah
(a) Dia anak perempuan tunggal Pak Talib dan Mak Lamah.
(b) Dia baru berhenti sekolah.
Manas
(a) Manas berkenan dengan anak Pak Talib lalu merisik Si Timah.
(b) Dia tukang muda yang berkelulusan tinggi dalam bidang pertukangan dari
Sekolah Seni Bangunan.
Plot Binaan
Plot cerpen ini berbentuk _kronologi kerana peristiwa-peristiwanya disusun mengikut
tertib masa.
(a) Permulaan:
Kepulangan tukang muda, Manas, menyebabkan rezeki Pak Talib sebagai tukang
rumah mulai merosot. Leteran Mak Lamah pula semakin menjadi-jadi. Agak lama
juga Pak Talib tidak bekerja kerana tidak ada permintaan untuk khidmat
ketukangannya. Pak Talib terpaksa menggunakan wang simpanan untuk berbelanja.
Dia juga terpaksa menjual barang rumah untuk membayar hutang dan meneruskan
hidup.
(b) Perkembangan:
Pak Talib mendapat tempahan menyiapkan reban ayam di rumah Che Mamat.
Semasa dalam perjalanan ke rumah Che Mamat, Pak Talib mengenangkan hidupnya
yang menghampiri usia 50 tahun. Selama itulah, dia tidak pernah merasai
kesenangan hidup. Semasa selepas perang dulu, hidupnya agak mewah juga, tetapi
sekarang, lebih-lebih lagi selepas kehadiran tukang muda Manas, hidupnya kembali
susah. Pernah berlaku pertengkaran kecil antara Pak Talib dengan Mak Lamah. Mak
Lamah pernah menyuruh Pak Talib menukar cara bertukangnya. Namun, Pak Talib
menyanggah cadangan Mak Lamah dengan mengatakan bahawa kerja itu bukanlah
mudah.
(c) Klimaks (Kemuncak):
Pak Talib hanya dibayar sepuluh ringgit atas khidmatnya menyiapkan reban ayam
Che Mamat. Dia telah meluangkan masa empat hari untuk kerja itu. Oleh itu, Pak
Talib berasa sangat kecewa. Dia memikirkan apa-apa yang dapat dibelinya dengan
wang sebanyak itu. Dia khuatir untuk berhadapan dengan isterinya nanti. Setibanya
di rumah, Pak Talib terkejut melihat perubahan sikap isterinya. Mak Lamah tidak lagi
bising-bising dan suaranya juga lembut.
d) Peleraian:
Mak Lamah memberitahu Pak Talib bahawa anak gadis mereka, Timah telah dirisik
oleh Manas. Pak Talib berasa sangat tenteram mendengar khabar baik itu. Pak Talib
berasa lapang dada bukan kerana anak tunggalnya dilamar orang, tetapi hatinya
senang melihat wajah Mak Lamah yang manis.
Teknik Plot
(a) Teknik pemerian.:
Dalam perjalanan pulang itu Pak Talib menyeluk sakunya.Dikiranya dengan jari,
beberapa helai wang kertas seringgit.
b) Teknik dialog:
Apa khabarnya? Pak Talib sudah mula tenang. Dia mula merapati Mak Lamah.
Awak tahu anak kita telah dirisik, Mak Lamah menambah. Siapa kawannya Pak
Talib ternganga. Si Manas tukang muda itulah!
(c) Teknik monolog:
Rupa-rupanya diri aku ini telah jauh benar," Pak Talib bercakap dalam hatinya
sambil mengetuk paku di dinding.
d) Teknik imbas muka:
Dia menanti sahaja sumpahan yang akan diberi oleh Mak Lamah ketika....
Latar
Latar Masa
Latar masa dalam cerpen ini ialah pada zaman moden. Hal ini terbukti melalui hasil
kerja Manas yang menggunakan teknologi moden yang memberikan hasil yang lebih
cepat dan cantik.
Latar Tempat
a) Cerita ini paling banyak dilatari rumah Pak Talib:
Pak Talib terpaksa mendengar leteran isterinya ketika dia mengasah ketam
rumahnya
b) Di rumah Che Mamat:
Pak Talib mengambil upah menyiapkan reban ayam kampung dalam tempoh empat
hari.
Latar Masyarakat
(a) Tukang generasi lama yang masih menggunakan peralatan dan teknologi lama.
Contohnya, Pak Talib masih bertukang dengan cara lama, cara rumah yang memakai
tunjuk langit, dan kebanyakan ukurannya mengikut ekor mata.
(b) Tukang generasi baru yang menggunakan peralatan dan teknologi moden.
Contohnya: Manas mewakili golongan muda yang belajar pertukangan di sekolah
khas, menggunakan teknologi moden, dan mengeluarkan hasil yang lebih cepat.
(c) Masyarakat yang kurang hormat akan suami.
Contohnya: Mak Lamah sering melepaskan kemarahan dan rasa tidak puas hatinya
kepada Pak Talib tanpa memikirkan kesusahan dan perasaan Pak Talib.
(d) Masyarakat yang beralih selera kepada teknologi dan reka bentuk moden.
Contohnya: Che Mamat memilih Manas untuk menyiapkan reban ayam Eropahnya.
Gaya Bahasa
(a) Paradoks.
Contohnya: Pak Talib berasa kesepian kalau sehari tidak dapat menikmati leteran
isterinya itu.
(b) Simile.
Contohnya: Rumah awak sendiri sarang ayam
Pak Talib cepat-cepat tunduk seperti membilang anak tangga
(c) Personifikasi.
Contohnya: Kira-kira tidak akan mati
(d) Metafora.
Contohnya: wang masuk
(e) Peribahasi Contohnya: orang pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa
asa
f)Sindiran.
Contohnya: nampaknya awak sekarang jadi tukang reban ayam saja.
(g) Puisi (pantun). Contohnya:
Pak Talib gedang-gedang,
Mak Lamah gulai labu;
Pak Talib banyak hutang,
Mak Lamah jual kelambu.


Nilai
a)kesabaran.
Contohnya: Pak Talib sabar mendengar leteran isterinya saban hari.
b)bertanggungjawab.
Contohnya: Pak Talib bertanggungjawab menjaga kebajikan anak dan isterinya.
c)Redha
Contohnya: Pak Talib Redha akan suratan hidupnya dan tetap bersyukur dengan
apa-apa yang ada
d)Gigih
Contohnya: Pak Talib gigih mengambil upah dengan bertukang meskipun upah yang
diterimanya tidak seberapa.
Pengajaran
a) Kita hendaklah senantiasa menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras
dengan perubahan masa.
b) Janganlah kita hanya pandai mengkritik, tetapi berilah idea dan tunjuk cara
bagaimana hendak mengatasi sesuatu masalah.
c)Isteri haruslah memahami perasaan dan kesusahan suami.
d) Kita haruslah cekal dalam menghadapi dugaan dan kepayahan hidup.
e)Kita haruslah rajin dan gigih mencari rezeki yang halal. Janganlah suka berhutang
kerana amalan berhutang buruk padahnya.


Sumber: http://cikguphong.blogspot.com/2010/04/tukang-lama.html

Anda mungkin juga menyukai