Anda di halaman 1dari 13

FOLIO KESUSASTERAAN MELAYU

Nama : Muhammad Alif Aqil Bin Syafizatul Hanif


Kelas : 5 Cekal
Tajuk : Cerpen Anak Gembala dan Sajak Di Dada Mereka Ada Khalid
Guru Sasteraku : Pn. Azlina Binti

CERPEN ANAK GEMBALA


(KARYA ZAHARI
AFFANDI)

TEMA
-

Cerpen ini bertemakan kegigihan dalam mempertahankan hak dan


maruah diri. Mat Seman digambarkan gigih mempertahankan
haknya untuk memelihara kerbaunya di Lembah Bilut walaupun
diarahkan oleh Penghulu Isa supaya berpindah. Mat Seman
berusaha keras untuk mempertahankan haknya sebagai anak watan
yang dibesarkan dalam keluarga yang pekerjaannya sebagai
gembala kerbau daripada ditindas oleh pembangunan yang akan
dijalankan di Lembah Bilut.

PERSOALAN
1) Persoalan pengorbanan seorang ketua keluarga .
-Mat Seman yang berkaki sebelah sanggup bersusah payah
memelihara 70 ekor kerbau sebagai punca rezeki setelah berhenti
sebagai askar.

1) Kecintaan terhadap ilmu.


-Sutinah berhasrat untuk menghantar kesemua anak- anaknya ke
universiti. Mat Seman pula berpandangan bahawa universiti
adalah tempat untuk mendapatkan ilmu.Setelah berilmu mereka
sendiri akan mewujudkan kerja.

2) Keberanian seorang lelaki.


-Tidak mudah menyerah kalah walaupun kakinya dipotong. Mat
Seman juga berani melepaskan kerbau peliharaannya bagi
menghalang kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut.

3) Pemodenan dan pembangunan yang mengancam budaya hidup di


desa.
-Bagi Mat Seman, pembangunan di Lembah Bilut akan
mencemarkan kesucian akhlah muda mudi di desa.

WATAK DAN PERWATAKAN


1) Mat Seman
a) Suami kepada Sutinah dan ayah kepada Sehak, Milah, Kiah dan Semah.
Bekas seorang tentera yang memilih untuk menjadi gembala kerbau.
-Memiliki ilmu memelihara kerbau.
-Diperolehi daripada arwah ayahnya dan datuknya.
-Bekas seorang tentera.
-Mat Seman pernah berkhidmat sebagai tentera. Namun diamemohon
berhenti kerana kakinya kudung disebabkan terkena jerangkap samar.

b) Mementingkan maruah diri.

-Baginya kerja menjaga stor merendahkan maruah dirinya. Oleh itu dia
berhenti menjadi askar.
Mencintai ilmu.
-Mat Seman bercita-cita supaya semua anak-anaknya belajar hinggake
university.
Berpandangan jauh.
-Bagi Mat Seman pelajar lulusan universiti haruslah menjadi penternak
moden seperti gembala lembu yang berkelulusan tinggi di Amerika
Syarikat dan Australia.
Tabah.
-Walaupun kakinya putus dan bapanya meninggal dunia, Mat Seman
tidak pernah mengalirkan air mata. Arwah bapanya dan datuknya telah
mengasuh Mat Seman menjadi kuat.
Pemurah.
-Mat Seman akan memberikan baja tahi kerbau kepada orang kampong
sebagai baja tanaman sayur-sayuran. Dia juga akan menyembelih
kerbau setiap tahun pada setiap Hari Raya Haji.

2) Sutinah
a) Isteri kepada Mat Seman. Di awal perkahwinan dia seorang yang
pemalu, pendiam dan takut berhadapan dengan orang ramai.
b) Mementingkan pendidikan anak-anak. Sutinah mahu anak-anaknya
masuk universitidan bekerja di bandar . Sutinah tidak mahu anakanaknya mewarisi kemunduran dan kemiskinan.
-Memahami sikap suami. Semasa suaminya pulang dari kerja dia
menyediakan minuman kopi untuk menenangkan perasaan suaminya
yang sedang marah. Dia juga berdoa supaya kemarahan suaminya
tidak melarat.

3) Penghula Isa
a) Ketua Kampung Desa Anggun Batu Sebutir di Lembah Bilut.
b) Berhasrat untuk memajukan Lembah Bilut sebagai sebuah pusat
c)

peranginan
Tidak berdiplomasi kerana mengambil keputuan untuk memugar
Lembah Bilut tanpa bebincang dahulu dengan Mat
Seman.

PLOT
1) Permulaan
Cerita dimulakan dengan menggambarkan watak Mat Seman sedang menunggu
kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah Bilut. Pada waktu itu dia
terkenangkan kepakaran ilu kerbau yang dimiliki oleh datuk dan bapanya. Dia
juga terkenangkan nasib dirinya yang terpaksa berhenti menjadi askar kerana
terkena jerangkap samar.. Paling merunsingkan hatinya ialah permintaan ketua
kampong supaya memindahkan kerbaunya daripada Lembah Bilut.

2) Perkembangan
Cerita dikembangkan lagi dengan kehadiran ketua kampong untuk
membincangkan perkara yang sama dan memaklumkan bahawa kerja-kerja
pembangun akan bermula di Lembah Bilut. Mat Seman merancang supaya
kerbaunya tidak dilepaskan makan di Lembah Bilut keesokan harinya

3) Klimaks
Keesokan harinya sekumpulan pekerja bersama-sama dengan jentera penyodok
telah datang untuk memulakan kerja.Mat Seman telah melepaskan kerbaunya
dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pekerja-pekerja tersebut.

4) Penurunan
Kerbau-kerbau Mat Seman meluru ke arah pekerja-pekerja tersebut. Namun
deruman kereta penyodok yang dikuatkan telah mengejutkan kumpulan kerbau
tersebut menyebabkan kerbau-kerbau tersebut berpatah balik lalu memijak Mat
Seman yang jatuh kerana tersadung akar pokok kelapa.

5) Peleraian
Akhirnya kerja-kerja pembangunan di Lembah Bilut tetap diteruskan.

LATAR TEMPAT
1) Di lembah Bilut.
Contoh : Tempat Mat Seman melepaskan kerbaunya untuk meragut
rumput. Arwah datuk dan ayahnya juga menjadikan Lembah Bilut
sebagai tempat meragut rumput bagi kerbau peliharaan mereka.
2) Di Desa Anggun Batu Sebutir.
Contoh : Tempat tinggal kelurga Mat Seman setelah berpindah dari
kem askar di Perak.
3) Kem askar di Perak. Tempat Mat Seman sekeluarga tinggal ketika
dia berkhidmat sebagai askar.
4) Rumah Mat Seman. Penghulu Isa datang memohon supaya Mat
Seman memindahkan kerbau-kerbaunya daripada Lembah Bilut.

LATAR MASA
1) Waktu petang.
Contoh : Mat Seman duduk di bawah pokok jambu air sambil
mengawasi kerbaunya yang sedang meragut rumput di Lembah
Bilut. Selepas itu dia mengarahkan kerbaunya ke kandang apabila
hamper senja.
1) Waktu pagi.
Contoh : Sutinah dan anaknya keluar ke kandang untuk memberi
makan batang-batang pisang kepada kerbau mereka.

LATAR MASYARAKAT
1) Masyarakat yang gigih bekerja walaupun kurang .
Contoh : Walaupun kakinya putus sebelah, namun Mat Seman tetap
bersemangat waja untuk mencari rezeki.

2) Masyarakat yang dahagakan pemodenan.


Contoh : Penghulu Isa menginginkan pembangunan dilaksanakan di
kampungnya.akan
3) Masyarakat yang mencintai kesucian desa.

Contoh : Mat Seman beranggapan pembangunan yang dilaksanakan


akan mencemarkan akhlak remaja kampung.

NILAI

1) Mementingkan maruah diri.


-Mat seman sanggup berhenti kerja kerana tugasannya sebagai penjaga
stor dianggap merendahkan maruah dirinya.

2) Kepentingan memiliki ilmu.


-Mat seman dan Sutinah mempunyai keinginan yang kuat supaya anakanaknya dapat menjejakkan kakike universiti.

3) Berpandangan jauh.
-Mahu supaya lepasan universiti menceburkan diri dalam dunia
penternakan secara moden seeperti di Amerika dan Australia.

4) Ketaatan seorang isteri.


-Sutinah taat dengan suruhan suaminya dan memahami sikap suaminya.

5) Mempertahankan budaya tradisi.


-Mat seman menolak pembangunan di Lembah Bilut kerana ingin
mempertahankan budaya tradisi di kampung tersebut.

6) Berkorban.
-Mat Seman sanggup mengorbankan nyawanya sendiri sehingga dirempuh
oleh kerbau-kerbaunya untuk menghalang kerja-kerja pembanhunan di
Lembah Bilut.

PENGAJARAN

1. Kita janganlah menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak


gigih berusaha dalam hidup.

2. Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan kerana ilmu


pengetahuan dapat menjadikan seseorang inividu itu mengubah taraf
hidupnya.

3. Kita hendaklah mempertahankan budaya tradisi daripada dicemari kerana


budaya tradisi merupakan cerminan kehidupan masyarakat.

4. Kita hendaklah berpandangan jauh dan tidak terikat dengan pemikiran


lama.

5. Kita hendalah bertimbangrasa semasa menjalanka tanggungjawab


sebagai seorang ketua atau pemimpin.

Gaya Bahasa

1) Repitisi.
Contoh : Kerbau demam dia tahu, kerbau cerah perut dia tahu,
kerbau bunting seminggu pun dia sudah tahu, sampai kerbau
hendak berbini pun dia tahu. (Halaman 80)

2) Simile.
Contoh : Ketika inilah Mat seman berasa puas, dia jadi macam
seorang jeneral. (Halaman 81)

3) Hiperbola.
Contoh : Hati Mat Seman sudah dibancuh dengan batu bukit sejak
kecil. (Halaman 84)

4) Personifikasi.
Contoh : Malasnya kian menebal membungkus hatinya. (Halaman
86)

5) Singkope. Dahlah Tinah, aku taulah apa nak buat.

TEKNIK PLOT
1) Pemerian.
Contoh: Sudah lama Mat Seman tersandar disitu, tidak bergerak-gerak sejak pagi.

2) Dialog.
Contoh: Inilah salahnya, orang Tinah. Mak Seman memotong cakap isterinya
dengan tiba-tiba.
3) Monolog Dalaman.
Contoh: Ini soal maruah! Mana-mana dia pergi apa-apa sahaja dia buat, tengah
buang air besar, tengah kencing, tengah susun tayar buruk dia teringat, berbisik
halus diulu hatinya.
4) Imbas Kembali.
Contoh: Dahulu, payah juga bagi Mat Seman apabila tiba masa untuk menghalau
pulang, kalau seekor dua boleh dua juga dibedal punggung.
5) Kejutan.
Contoh: Ayah, ayah, kerata sodok dah sampai!. Milah yang berdiri dipintu,
menjerit.
6) Suspens.
Contoh: Apabila mendengar bising bunyi enjin kereta-kereta sodok itu, tiba-tiba
sahaja kumplan kerbau itu berhenti, mengangkat kepala sekejap lalu memusing
kebelakang.

Anda mungkin juga menyukai