Anda di halaman 1dari 4

Buku teks SJKC Tahun 6

Tema 2 : Sepakat Membawa Berkat


Unit 6 : Bersatu Pasti Berjaya

Ms 25

Gimis : Selamat pagi, Ajay. Apakah berita dalam surat khabar hari ini ?
Ajay : Selamat pagi. Berita hari ini adalah tentang kejayaan penduduk Taman Sepadu
yang telah mengumpulan wang sebanyak RM250000.00 untuk membina
sebuah dewan komunitif.
Gimis : Siapakah yang memberikan sumbangan itu ?
Ajay : Mereka ialah Yang Berhormat Dato’ Ong Kwee Chong, Yang Arif Puan
Zaleha binti Husin, Doktor Genesan a/l Gopal, Tuan Inspektor Nazrul bin Haji
Tahir, Encik Sahok a/k Jolen dan Encik Chuan Lik Seng yang memberikan
sumbangan itu.
Gimis : Adakah sumbangan ini perlu diteruskan ? Mengapa ?
Ajay : Ya, sumbangan ini perlu diteruskan kerana wang yang disumbangkan dapat
digunakan untuk kemudahan bagi keselesaan penduduk. Selain itu,
sumbangan yang dilakukan menunjukkan bahawa penduduk mengamalkan
semangat bermasyarakat, bersepakat dan bertanggungjawab.

Ms26

Kamu ingin menjadi semut atau anai-anai ? Mengapa ?


Saya ingin menjadi seperti semut kerana semut rajin bekerja. Selain itu, semut dan rakan-
rakannya bekerjasama ketika mengumpulkan makanan. Saya juga ingin mencontohi
semut yang mengamalkan prinsip yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.

Kamu ingin menjadi semut atau anai-anai ? Mengapa ?


Saya ingin menjadi seperti anai-anai kerana anai-anai tekun bekerja. Di samping itu, anai-
anai dan rakan-rakannya mengamalkan sikap saling menolong. Anai-anai juga sentiasa
patuh akan tugas dan tanggungjawab yang dianamahkan kepadanya.

Ms27
Menulis ayat secara imlak daripada perenggan yang diwarnakan.
(guru membaca murid menulis @ ditukar ke latihan murni dan edit kesalahan)
Ms 28
Simpulan bahasa (peribahasa)

1) Ringan tulang
- rajin
- Penduduk Kampung Sungkak bersikap ringan tulang untuk mencari rezeki dengan
menjual buah-buahan.

2) Mati akal
- buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi)
- Pak Hassan mati akal untuk mencari punca kehilangan buah-buah mangga di dusunnya.

3) Panjang tangan
- suka mencuri
- Pemuda yang panjang tangan itu akhirnya ditangkap oleh anggota SRS ketika mereka
melakukan rondaan.

4) Serkap jarang
- menuduh (meneka) dengan sebarangan sahaja.
- Pak Hamid serkap jarang dengan mengatakan bahawa buah-buah mangga yang hilang
itu dicuri oleh budak-budak nakal.

5) Buruk sangka
- salah sangka
- kita tidak seharusnya buruk sangka terhadap orang lain, tuduhan yang dibuat perlulah
disertakan bukti.

6) Pasang mata
- menjaga (memerhati) baik-baik
- Penduduk Kampung Sungkak sepakat pasang mata untuk menangkap pencuri yang
mencuri buah-buahan di dusun mereka.

7) Buah fikiran
- pendapat
- Ketua kampung memuji buah fikiran anak buahnya berkenaan usaha untuk memajukan
kampung mereka.

Ms 28
Apakah pandangan kamu tentang cerita ini.
Pada pandangan saya, kita mesti bersikap rajin seperti penduduk Kampung Sungkak yang
berusaha mencari rezeki dengan menjual buah-buahan. Selain itu, kita mesti bersikap jujur
dengan mengelakkan tabiat mencuri. Di samping itu, kita mesti bertanggungjawab dengan
menyiasat dan mempunyai bukti yang kukuh sebelum menbuat tuduhan.
Ms29

Saling Membantu ( Banjir)

Hujan sangat lebat. Kampung Sungkak yang berhampiran dengan Taman Sepadu telah dilanda
banjir. Penduduk kampung akan dipindahkan ke penempatan sementara. Encik Yap, Encik
Chandran, Soon Keat, Ajay dan penduduk Taman Sepadu telah bersepakat untuk memberikan
bantuan segera. Mereka khuatir kerana air di dalam longkang mula melimpah. Tidak lama
kemudian, air telah membanjiri kawasan kampung.
Penduduk Kampung Sungkak melakukan persiapan awal untuk berpindah. Mereka
membawa semua dokumen penting. Selain itu, mereka juga meletakkan barang-barang yang
berharga seperti radio dan televisyen di tempat yang tinggi.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertindak pantas memindahkan
penduduk Kampung Sungkak ke Dewan KomunitiTaman Sepadu yang baharu. Mangsa-mangsa
banjir diberikan bantuan makanan dan minuman. Mereka dipaksa tinggal di dewan komuniti
sementara menunggu banjir surut.
Encik Chandran terseliuh ketika memunggah barang-barang. Encik Hamis dan Encik Yap
segera memapahnya ke dalam ambulans yang telah bersedia menunggu di luar dewan komuniti.
Encik Chandran dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Setelah banjir surut, penduduk Kampung Sungkak pun pulang ke rumah masing-masing.
Penduduk Kampung Sungkak dan Taman Sepadu bergotong-royong membersihkan kawasan
kediaman yang kotor kesan daripada banjir.
Ms30
Simpulan Bahasa
1. fikiran
Buah fikiran
Pendapat
2. Tangan
campur tangan
mengambil tahu hal orang lain, masuk campur urusan orang lain.
3. Hati
Bulat hati
lurus hati, tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh.
4. Tulang
Ringan tulang
rajin
5. Perut
Ikat perut
mengurang makan kerana susah.

Bina Ayat
1. Berbaris : Penduduk berbaris untuk mendapatkan makanan dan minuman.
2. Bersandar : Ajay dan Soon Keat berbual-bual sambil bersandar pada dinding.
3. Bermain batu seremban : Ai Ling dan kawan-kawannya bermain batu seremban.
4. Berbincang : Ketua kampung dan beberapa orang penduduk kampung sedang berbincang.
5. Berbual : Ketua kampung dan beberapa orang penduduk kampung sedang berbual-bual.
6. Menyanyi : Puan Siti mendodoikan anaknya di dalam buaian sambil menyanyi.

1. Berbaris (KKTT)
2. Bersandar (KKTT)
3. Mendodoikan (KKT)
4. Bermain (KKTT)
5. Berbincang (KKTT)
* menyanyi (KKTT)
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka dan Cikgu CL Tan

Anda mungkin juga menyukai