Anda di halaman 1dari 5

Tema 2 Kesihatan Mental dan Emosi

Unit 6 : Terima Kasih, kaunselor.

Ms26
Dato’ Hasan Cik Vanesari, tolong jelaskan faktor kemenangan peserta kita dalam
pertandingan syarahan.
Cik Vanesari Dato’, faktor kemenangan peserta kita dalam pertandingan syarahan
adalah disebabkan peserta kita mempunyai ingatan yang kuat dan petah
ketika menyampaikan syarahan.
Puan Sadiah Encik Isa, tolong jelaskan faktor kemenangan pasukan kita dalam
pertandingan bola keranjang.
Encik Isa Puan Sadiah, faktor kemenangan pasukan kita dalam pertandingan bola
keranjang adalah disebabkan pasukan kita memiliki keyakinan dan sekolah
kita juga memiliki jurulatih yang berpengalaman
Tuan Guru Besar Bagaimanakah dapat kita mengekalkan kemenangan ini, ?
Cikgu Wong Kemenangan ini dapat kita kekalkan dengan memberikan motivasi dan
semangat kepada peserta kita. Selain itu, persiapan awal dan latihan yang
berterusan perlu dilaksanakan untuk mengelakkan stres serta tekanan
dalam kalangan peserta.

Dato’ Seri Zaid Puan Sadiah, apakah yang dibincangkan di sekolah tadi?
Puan Sadiah Dato’ Seri, kami membincangkan tentang fakktor kemenangan SJKC
Baling dalam pertandingan bola keranjang, syarahan dan silang kata.
Datin Seri Azlina Tahniah, Puan Sadiah !

Ms27

Jika kamu sebagai Islah, apakah tindakan kamu? Mengapa ?

Jika saya sebagai Islah, saya akan meluahkan masalah ini kepada kawan baik saya kerana saya
malu untuk memberitahu masalah ini kepada ayah dan kaunselor. Selain itu, kawan baik saya
merupakan rakan sebaya yang lebih memahami masalah saya. Saya yakin kawan baik saya akan
membantu menyelesaikan kebuntuan saya.
Jika kamu sebagai Islah, apakah tindakan kamu? Mengapa ?

Jika saya sebagai Islah, saya akan meluahkan masalah ini kepada ayah saya kerana ayah
merupakan ahli keluarga saya yang sangat rapat dengan saya. Selain itu, ayah juga mengambil
berat terhadap saya. Di samping itu, ayah juga lebih berpengalaman dalam menangani masalah
kehidupan. Saya yakin ayah akan membantu untuk menyelesaikan kebuntuan saya.

Jika kamu sebagai Islah, apakah tindakan kamu? Mengapa ?

Jika saya sebagai Islah, saya akan meluahkan masalah ini kepada kaunselor kerana kaunselor
pakar dalam bidang ini. Selain itu, kaunselor juga lebih berpengalaman dan telah mendapatkan
latihan dalam mengatasi dan menyelesaikan masalah ini. Saya yakin kaunselor akan membantu
untuk menyelesaikan kebuntuan saya.

Ms 28

1) Mengapakah Islah berasa resah ?


Islah berasa resah kerana memikirkan peperiksaannya.

2) Pada pendapat anda, mengapakah Islah perlu berjumpa dengan kaunselor?


Pada pendapat saya, Islah perlu berjumpa dengan kaunselor kerana dia tidak dapat menyelesaikan
masalahnya sendirian. Selain itu, dia memerlukan khidmat nasihat dan bantuan secara profesional
daripada kaunselor.

3) Apakah yang akan berlaku kepada Islah jika dia terus berasa resah ?
Jika Islah terus berasa resah, dia tidak dapat memberikan tumpuan dan perhatian terhadap semua
aktiviti yang dilakukannya. Selain itu, dia juga akan turut hilang keyakinan diri dan berasa tidak
tenteram dalam kehidupannya.

4) Bagaimanakah stres dapat dapat diatasi ?


Stres dapat diatasi dengan melakukan latihan penafasan.

5) Buat ulasan tentang kesan daripada latihan pernafasan ?


Kesan daripada latihan pernafasan ialah kita dapat mengatasi keresahan seterusnya
mengurangkan stres atau tekanan. Selain itu, kita akan berasa lebih tenang dan selesa.
Ms28 :

Ulasan tentang Latihan Pernafasan

Latihan pernafasan merupakan cara yang efektif untuk mengatasi

stres. Antara kesan daripada latihan pernafasan ialah kadar pertukaran

oksigen dan karbon dioksida dalam sel badan dapat ditingkatkan untuk

melegakan keresahan. Selain itu, latihan pernafasan dapat melancarkan

aktiviti jantung agar kesihatan diri kita terjamin. Di samping itu, stres

dan tekanan dapat dikurangkan agar kita dapat memberikan tumpuan

terhadap semua aktiviti yang dilaksanakan. Seterusnya, kita akan berasa

tenang dan selesa serta berkeyakinan. Secara konklusinya, latihan

pernafasan mendatangkan impak yang positif kepada minda, fizikal dan

emosi kita.
Ms29

Seronoknya Terapi Minda

Islah dan kawan-kawannya menyertasi kem motivasi “Minda Sihat” di Lata Bukit Hijau. Kem itu
dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Baling.

Setelah sampai di sana, Islah dan kawan-kawannya mesti mencari lokasi yang sesuai untuk
dijadikan tapak perkhemahan. Kemudian, mereka bekerjasama mendirikan khemah di kawasan
tersebut. Pada masa yang sama, Cikgu Ang sedang melihat dan mengawasi murid-murid
mendirikan khemah selain memantau aktiviti murid-murid yang lain.

Murid-murid dapat mendirikan dua buah khemah setelah bermandi peluh. Islah telah
mengumpul kayu api untuk dijadikan unggun api. Seterusnya, Shamila dan Nisha telah menjerang
air menggunakan unggun api tersebut untuk membancuh minuman.

Aktiviti dimulakan dengan terapi minda. Murid-murid telah diminta berdiri di tepi sungai.
Mereka dapat memerhatikan kehijauan alam yang mendamaikan selain menghirup udara yang
segar dan nyaman. Selain itu, mereka juga akan menghayati alam ciptaan Tuhan dan mensyukuri
nikmat-Nya.

Bagi aktiviti seterusnya, kaunselor meminta murid-murid mesti memejamkan mata untuk
membayangkan pemandangan laut agar jiwa mereka lebih tenang. Akhir sekali, mereka
melakukan lompatan sambil menjerit keriangan. Aktiviti ini dapat membantu melegakan
keresahan dan meningkatkan motivasi diri murid-murid.

Aktiviti terapi minda pada pagi itu telah berakhir. Islah dan kawan-kawannya bersalam dengan
kaunselor. Mereka kelihatan ceria sekali.
Ms30
Pemulihan

tenang

gembira yakin

puas
berani
hati

Pengayaan

Sebab akibat

Peristiwa yang berlaku Menjadi murung dan


dalam keluarga hilang keyakinan diri

Sering mendengar Akan berasa tertekan


masalah daripada kawan- Tekanan
kawan Emosi

Persekitaran sekolah yang Murid akan ponteng


tidak menarik minat sekolah dan ingkar akan
murid arahan guru

Anda mungkin juga menyukai