Anda di halaman 1dari 2

Satu maklumat yang cikgu terima dari kenalan di email membuatkan cikgu terdiam,

termenung dan berfikir.

"Lain macam pendapat dia ni."

Tetapi...itulah dia, bila berkomunikasi dengan orang yang ada ilmu kita rasa bodoh
sangat. Memang ada betulnya. Almaklum beliau seorang yang banyak pengalamannya
dalam bidang yang diceburi. Bidang kesihatan dan kepentingan pengamalan makanan
sihat.

Beliau kata "Kejayaan tiada kena mengena dengan keazaman. Malahan keazaman
atau kemahuan itulah yang menyekat kita dari kejayaan."

Wooahhh...ye cikgu dengar korang jerit ke handphone tu. Cikgu pun sama.

"Gilakah? Tak ada azam macam mana nak berjaya?" “Kalau tak nak berjaya, macam
mana nak berjaya?” Bak kata anak-anak murid cikgu sekarang, "Tak boleh nak brain".

Baik, cikgu ulang sekali lagi

"Keazaman itulah yang menyekat kita dari kejayaan."

Dengar dulu,

Bukan sebab ada keazaman yang salah, tetapi MEMIKIRKAN YANG KITA PERLU ADA
AZAM yang salah.

Ha...okay tak setakat ni?

Menurutnya, kebanyakkan orang yang gagal (tidak kiralah dari segi apa pun, pelajaran,
cinta, bisnes, kesihatan) yang dijumpainya mengatakan mereka tidak cukup azam untuk
berjaya. Ini mudah fahami kerana setiap hari kita dengar:

“Kalau nak berjaya kena ada motivasi”


“Kau kena fikir apa big why kau”
“Kemahuan kena mengatasi segala-galanya”
Dan yang seangkatan dengannya.

Beliau sambung lagi, jika kita terus percaya kita perlu berazam tinggi untuk mencapai
matlamat, jika kita terus percaya yang kita kena cari kekuatan diri untuk memastikan
kita di jalan kejayaan, kita akan gagal.

Kita tak perlu azam, kekuatan, kemahuan.

Kita perlukan TABIAT. Apabila kita ada tabiat yang baik, kejayaan akan menyusul.
Macam ginilah.

Perlu ke kita berfikir panjang untuk gosok gigi? Perlu ke kita fikir panjang untuk salam
orang-orang tua? Perlu ke kita fikir panjang untuk solat/beribadat? Perlu ke kita fikir
panjang untuk simpan emas (eh..eh terlepas )?

Tidak kan? Sebab kita sudah ada tabiat terhadap semua ini. Ia senang. Ia naluri. Ia
rutin.

Jadi katanya lagi, jangan fikir sangat pasal kemahuan, keazaman dan kekuatan. Yang
lebih penting pastikan persekitaran kita memudahkan kita MENCIPTA RUTIN UNTUK
BERJAYA.

Akhir sekali beliau cakap, “Kita kena jadikan berjaya itu, satu rutin”.

Haaa…kau. Tu dia.

Cikgu pun terus terbayang kehidupan cikgu dari kecil sampai dah jadi mak budak ni.
Cikgu geleng kepala sorang-sorang. Cikgu terbayang pula muka anak-anak cikgu.
Muka anak-anak murid cikgu. Okay…menyesal pula baca email kau. Seluruh
pandangan jadi semacam.

Cikgu pun tengah hadam benda ni. Apa pendapat semua?

Cikgu Hajar
Tengah tunggu pelajar SPM keluar dewan.

Anda mungkin juga menyukai