Anda di halaman 1dari 2

SKRP 3 : BERANI BERKATA TIDAK, DAPAT MENJAGA KESIHATAN

MENTAL
Assalamualaikum, selamat pagi. Anda bersama lagi dengan kami Unit Bimbingan
dan Kaunseling SMKDIY di Thera FM. Anak-anak DIY masih tidur lagi ke…
diharap anda semua sudah pun bersedia untuk mengikuti kelas-kelas PDPr bersama
guru anda Semoga segala urusan dan aktiviti anda warga SMKDIY hari ini berjalan
dengan baik dan lancar. Hari ini saya terpanggil untuk berbicara berkaitan satu
perkara iaitu BERANI BERKATA TIDAK. Ianya satu teknik yang dinamakan
kemahiran Asertif, dimana kemahiran itu sangat penting dan perlu ada dalam hidup
kita.
Dalam pergaulan kita sehari-hari kadang-kadang ada perkara kita tidak boleh
lakukan tetapi kita terpaksa lakukan. Saya yakin anda melalui perkara begitu. Tetapi
kerana ingin menjaga hubungan, anda paksa diri untuk berkara YA, OK apabila
rakan-rakan meminta. Paksa Rela org kata
Adalah penting kita sebagai individu mempunyi kemahiran asertif atau berani
berkata TIDAK walau di mana kita berada, di rumah, di sekolah mahupun dalam
lingkungan kehidupan sosial kita. Memang benar, ianya sangat susah untuk
dilakukan. Contohnya.. Kawan ajak ponteng, sedangkan anda tidak pernah
ponteng. Tetapi demi kawan anda sanggup ponteng. Selepas ponteng kali pertama
confirm.. berani kerat jarilah katakan.. jiwa atau perasaan anda tidak tenteram
selepas melakukanya. Kerana apa.. kerana ponteng itu kesalahan dan ia
bertentangan dengan perasaan anda yang sebenar. Anda sudah tahu dan sudah
maklum apabila ponteng, kesannya bukan sahaja kepada diri anda tetapi ia
melibatkan ibu bapa anda. Dek kerana tidak berani berkata TIDAK pada kali
pertama, ia memberi kesan yang negetif dalam hidup untuk hari-hari seterusnya.
Kemahiran asertif secara ringkas adalah ketegasan diri seseorang untuk berinteraksi,
berfikir dan bertindak secara benar dalam kehidupan sosialnya, mengutamakan hak
sendiri dan pada masa yang sama kita tetap menjaga hak-hak orang lain. Individu
yang pandai berkomunikasi asertif mampu menyampaikan fikiran atau perasaan
sebenar seperti apa yang dirasakan tanpa menyentuh hati, atau mengguris hati orang
lain.
Kenapa pentingnya kemahiran asertif ni..
1. Menjaga kesihatan mental kita – mengapa..? sekiranya kita berkata ya…atau
ok.. sedangkan hati kita sangat berat untuk menerima atau melakukan sesuatu
perkara itu kita akan stress. Jika kita berkata TIDAK pada perkara yang kita
tidak mampu lakukan, jiwa kita akan tenang.
2. Untuk memberitahu orang lain, bahawa setakat ini sahaja batas kemampuan
kita.. jika kita tidak asertif pada waktu itu, orang lain akan menganganggap kita
mampu melakukannya sedangkan hakikatnya kita tidak mampu
3. Melatih diri kita untuk jujur pada diri sendiri.
4. Dapat membina kayakinan kepada diri sendiri.
Semua golongan perlu kemahiran ini sama ada golongan remaja, golongan dewasa
malah golongan tua juga sangat perlukan kemahiran ini. Kenapa ianya penting
untuk golongan remaja.. kerana ia dapat membantu mereka untuk membuat plihan
yang positif atau negetif terutama semasa berkawan. Kenapa ia penting untuk
golongan dewasa… kerana ia perlu untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam urusan kerja dan urusan rumah tangga mereka malah urusan
mendidik anak mereka juga. Kenapa ianya penting untuk golongan tua..kerana
ianya dapat membantu anak menantu dalam rumahtangga mereka apabila mereka
bermasalah. Dengan ayat mudahnya kemahiran aseritf penting dalam membantu
kita untuk menyelesaikan masalah dan membantu kita untuk membuat keputusan
dalam hidup anda.
Jadi, mengatakan TIDAK bukan satu perkara yang dilarang. Jika kita ingin kualiti
kesihatan mental kita lebih baik dan kualiti hubungan kita dengan orang lain juga
baik, kita perlu tahu menggunakan kemahiran asertif.
Dalam kita mempelajari kemahiran asertif, satu perkara perlu diingat. diri kita
memiliki hak dan kewajiban. Sebagai hamba Tuhan, sebagai seorang anak, sebagai
seorang pelajar, sebagai adik beradik, sebagai sahabat atau kawan dan sebagainya
lagi. Fikirkan dengan baik sebelum berkata. Adakah dengan berkata ‘YA’ anda
memenuhi hak dan kewajiban anda atau tidak? Ayah meminta anda solat atau
sembahyang, anda tak boleh berkata TIDAK kerana itu adalah hak dan kewajipan
anda sebagai hamba Tuhan. Ibu anda meminta anda menjaga adik-adik semasa
ketiadaan ibu dan ayah anda di rumah. Anda tak boleh berkata TIDAK kerana
kerana itu hak dan kewajipan anda sebagai anak. Cikgu meminta anda masuk kelas
Google Meet, membuat latihan yang diberikan, anda tak boleh berkata TIDAK
kerana itu adalah hak dan kewajipan anda sebagai pelajar.
So, fikir dahulu sebelum berkata TIDAK. Jika tidak ada sangkut pautnya dengan
hak dan kewajian anda, jangan habiskan waktu dan tenaga. Katakan saja ‘TIDAK’,
agar anda terlepas dari stress dan.. kesihatan mental anda akan terjaga.

Cukup sampai di sini dulu. Pada siri akan datang, saya akan share dengan anda
bagaimana cara dan Tips untuk mengatakan TIDAK. Stay Tune di Seven Pont Zero,
Thera FM, Stesen Theraputik anda.

Anda mungkin juga menyukai