Anda di halaman 1dari 4

Asrama Kyoto Daigaku, Kyoto Road, Kyoto Prefecture, Japan.

Menemui adindaku Nur Arifah hanis yang diingati selalu, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Adindaku Hanis, Apa khabar adinda sekeluarga di sana? Kakanda disini sihat-sihat sahaja. Begitulah doa dan harapan kakanda buat adinda sekeluarga di Kulaijaya. Warkah adinda telah selamat kakanda terima dua minggu lalu. Segala maksud kandungannya telah kakanda fahami. Kakanda ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana kelewatan membalas lembaran adinda kali ini. Maklumla ketika kakanda menerima warkah adinda, kakanda sedang menghadapi peperiksaan akhir semester pertama. Kini segalagalanya sudah selesai. Tampaknya adinda benar-benar berasa khuatir dengan peperiksaan SPM yang bakal adinda tempuhi. Adindaku Hanis, Adinda tidak sepatutnya mengeluh dan berputus asa dengan cepat apabila melakukan sesuatu perkara. Sebagai seorang pelajar sekolah menengah atas, Adinda harus berfikir dengan lebih matang. Apabila kita menghadapi kegagalan, tidak bermaksud kita akan gagal selamanya. Adinda mengatakan bahawa masa adinda banyak dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran tetapi prestasi adinda masih tidak memuaskan. Pada pendapat kakanda mungkin adinda menggunakan teknik belajar yang salah. Walau bagaimanapun, adinda tidak perlu khuatir kerana masih belum terlambat untuk berubah. kakanda ingin berkongsi serba-sedikit cara-cara untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Pertamanya, adinda perlu menetapkan matlamat atau visi adinda sendiri. Dari pengatahuan kakanda adinda bercita-cita untuk menjadi pensyarah. Oleh itu adinda boleh

menjadikan cita-cita adinda itu sebagai matlamat adinda. Perkara tersebut seolah-olah akan menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada adinda. Matlamat atau visi adinda itu harusla ditampalkan di kawasan adinda selalu mengulang kaji pelajaran. Adinda akan membaca visi adinda setiap kali mahu belajar. Selain itu, adinda perlu merangka jadual waktu jadual harian dan jadual belajar. Jadual ini penting bagi mengelakkan adinda membuang masa dan memastikan masa adinda dapat digunakan dengan betul dan sistematik. Namun adinda bukan sahaja harus menyediakan sebuah jadual tetapi harus belajar untuk menepatinya juga. Jadual waktu ini akan membantu adinda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bukankah ada pepatah mengatakan masa itu emas dan masa yang lalu tidak akan kembali? Adindaku Hanis, Kebanyakan pelajar lebih suka mengulang kaji pada saat-saat akhir kerana banyak yang berpendapat belajar saat-saat akhir memudahkan lagi kita mengingati sesuatu yang kita pelajari. Pendapat itu meleset sama sekali. Hal ini perlu dielakkan untuk dipraktikkan dalam kehidupan saudari. Saya yakin pihak sekolah akan memberi jadual ujian dengan awal dari tarikh ujian. Saudari akan mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Saudari sekurangkurangnya memperuntukkan empat jam untuk mengulang kaji pelajaran. Tetapi, saudari tidak harus mengabaikan kerja sekolah yang diberi oleh guru di sekolah. Melalui latihan, saudari dapat mempelajari sesuatu topik dengan lebih mendalam dan berkesan.

Otak cerdas, badan cergas. Ungkapan ini harus diambil kira oleh saudari. Saudari harus keluar bersenam bagi menyihatkan tubuh badan sekali gus dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit dalam diri kita. Saudari sangat memerlukan persekitaran yang bersih, indah dan tenang agar dapat mengurangkan stress belajar. Kandungan oksigen dalam badan saudari akan stabil apabila saudari bersenam. Dengan ini, saudari tidak akan berasa mengantuk semasa mengulang kaji. Otak saudari akan berfungsi dengan lebih baik dan efektif. Saudari juga perlu mendapatkan rehat yang cukup. Saudari harus tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Saudari tidak akan berasa mengantuk semasa guru mengajar sebaliknya menumpukan perhatian

sepenuhnya. Hal ini sangat penting supaya saudari tidak ketinggalan apa yang diajar oleh seseorang guru.

Saudari,

Pengambilan makanan yang seimbang juga sangat penting. Pengambilan makanan yang seimbang adalah berdasarkan piramid makanan. Saudari harus mendapatkan nutrisi-nutrisi makanan yang berkhasiat bagi membentuk badan yang sihat. Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan obesiti. Pepatah orang tua sering mengatakan bahawa makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Apabila saudari terlalu kenyang, saya pasti saudari akan berasa malas untuk melakukan sesuatu perkara.Masalah ini perlu dielakkan agar saudari dapat memperoleh kejayaan yang saudari impikan.

Perkara yang paling penting adalah saudari harus ada motivasi yang tinggi bagi mencapai kejayaan. Saudari harus ada semangat juang yang tinggi untuk belajar.Saudari tidak harus berputus asa apabila menghadapi pelbagai cabaran hidup. Saudari harus berpendirian teguh agar tidak termakan kata-kata rakan sebaya untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Apabila saudari terjebak ke arah yang salah,saudari akan menyesal seumur hidup namun hal itu tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, saudari harus ada pegangan agama yang kuat. Apabila saudari menghadapi sesuatu masalah, saudari perlu berdoa kepada Tuhan agar diberikan petunjuk. Sang Pencipta tidak akan mengecewakan umatnya yang percaya. Justeru itu, saudari harus mengikuti dan melaksanakan kewajipan saudari sebagai seorang yang beragama Kristian.

Saya rasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya kali ini.Saya berharap saudari tidak akan berputus asa dan agar cara-cara yang saya kongsikan dapat membantu saudari dalam mengecapi impian saudari. Saudari harus ingat bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu

dalih. Semoga semua usaha yang dilakukan oleh saudari nanti akan membuahkan hasil yang mengembirakan. Jangan lupa untuk sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Jika ada kelapangan, sudilah bertandang ke rumah saya di Miri.

Sahabatmu, Siah

Anda mungkin juga menyukai