Anda di halaman 1dari 20

KARANGAN PERBINCANGAN

Oleh :

Nor Hasikin Binti Bardan

Panduan mengarang 1. 2. 3. 4. 5. Memilih tajuk Menyediakan rangka Menulis pendahuluan Menulis isi Menulis penutup.

PENDAHULUAN
Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai LIMA PERKARA yang ditulis dalam satu perenggan: i. Ayat Tema/Topik : merujuk kepada tema karangan

ii. Isu Semasa


iii. Huraian Isu iv. Pendapat

v. Pendirian Penulis/ Ayat Arah : merujuk kepada skop soalan

JENIS2

Pendahuluan
Racangan realiti merupakan suatu program yang dipersembahkan secara langsung kepada penonton. Rancangan hiburan bersifat realiti ini terdiri daripada pelbagai jenis, diantaranya Akedemik Fantasia, Malaysia Idol, Raja Lawak dan Mentor. Rancangan tersebut hanya berbentuk hiburan semata-mata dan tidak langsung dapat membina jiwa masyarakat. Namun, rancangan seperti inilah yang paling banyak menarik minat penonton tanpa mengira usia. Hakikatnya, hanya akan menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada para penonton terutamanya golongan remaja. Oleh itu, pelbagai langkah boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani kesan negatif ini. Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebing amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkangbengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

Apa?

mengapa?

bagaimana?

siapa? bila? Dimana ?

Apa ? Nyatakan isi dengan tepat. Contoh : kempen..

Bagaimana jelaskan nama kempen dan cara kempen dijalankan.

Mengapa Jelaskan tujuan kempen tersebut diadakan.

lanjutnya Nyatakan kesan/ harapan daripada kempen tersebut.

Untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat, kerajaan hendaklah mengadakan Kempen Menabung. Sehubugan dengan itu, aktiviti forum, wawancara, dan ceramah tentang kepetingan berjimat cermat boleh disiarkan menerusi televisyen. Tokoh-tokoh ekonomi wajarlah diundang untuk menjayakan sesi tersebut. Selain itu, pertandingan pidato, peraduan menulis esei, cerpen atau puisi yang bertemakan kepentingan berjimat cermat boleh diadakan untuk pelajar dan kakitangan awam. Langkah ini penting untuk menyedarkan orang ramai tentang faedah belanja secara berhemat. Sekiranya usaha ini mendapat kerjasama semua pihak, tidak mustahil masyarakat yang berjimat cermat dapat dilahirkan.

Strategi membina perenggan

Perengan deduktif

Perengan induktif

Perengan deduktif+induktif

Kini, stesen televisyen cenderung mengadakan rancangan hiburan yang bersifat realiti untuk menarik minat penonton. Rancangan demikian menimbulkan kesan negatif kepada penonton, terutama golongan remaja. Bincangkan kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti tersebut.

Pendahuluan
Jenis ayat Ayat topik Contoh Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini.

Ayat penyangga utama Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurangkurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti dan menjadikan pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ayat peyangga kecil Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia, `Mentor, `One In A Milion dan banyak lagi. Rancangan tersebut hanya berbentuk hiburan semata-mata dan tidak langsung dapat membina jiwa masyarakat. Namun, rancangan seperti inilah yang paling banyak menarik minat penonton tanpa mengira usia. Hakikatnya, rancangan reality tv ini hanya akan menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada para penonton terutamanya golongan remaja.

Ayat Kesimpulan

ISI
AT ( Ayat Topik ) Isi utama AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I) AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

Kaitan atau perhubungan Membanding atau membeza

Meramal
peribahasa

Jenis ayat

Contoh

Ayat topik

Salah satu kesan negatif yang mungkin timbul daripada rancangan hiburan bersifat realiti ini ialah boleh membazirkan wang.
Setiap minggu, para peserta dikehendaki membuat persembahan dalam rancangan tersebut, manakala penonton di rumah akan diminta menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengundi peserta kegemaran mereka. Hal ini akan menyebabkan para penonton terutamanya golongan remaja yang terlalu taksub dengan peserta kegemaran masing-masing sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit untuk membuat undian. Tindakan ini hanya akan menguntungkan pihak syarikat telekomunikasi dan stesen televisyen sahaja sedangkan pihak penonton terpaksa menanggung kerugian.

Ayat penyangga utama

Ayat penyangga kecil

Ayat simpul

Jenis ayat
Ayat topik 1

Contoh
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan tinggal di bawah satu bumbung turut dipaparkan dalam rancangan ini Hal ini demikian akan membawa pengaruh yang besar kepada golongan remaja terutamanya, yang sememangnya mudah terikut-rikut dengan apa yang ditontonya. Dalam rancangan ini juga, kita dapat menyaksikan peserta lelaki dan perempuan berpeluk-pelukkan tanpa segan silu di khalayak ramai. Selain itu juga, cara berpakaian juga turut menyimpang dari nilai sosial masyarakat timur. Cara pemakaian yang menjolok mata seperti berpakaian ketat, singkat, berpakaian ala kemban dan pemakaian aksoseris yang keterlaluan bagi peserta lelaki juga turut mempengaruhi kehidupan para remaja pada masa kini. Kesanya, remaja kini lebih suka tampil sebagaimana idola mereka. Akibat daripada pengaruh ini, gejala sosial yang sedia ada di negara ini akan menjadi semakin meruncingkan dan semakin sukar untuk dikawal.

Ayat penyangga utama 1

Ayat penyangga utama 2

Ayat topik 2

Jenis ayat

Contoh Gejala yang paling membimbangkan ialah pengaruh hedonisme yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya. Kaset, cakera padat, cakera padat video, cakera padat digital dan lambakan majalah hiburan memenuhi ruang kamar remaja. Demikian juga halnya dengan gambar dan poster bintang pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku remaja pelajar. Lantas, sajian rancangan hiburan berbentuk realiti telah menyubursegarkan fahaman hedonisme dalam kalangan remaja.

Ayat utama

Ayat penyangga utama

Ayat penyangga kecil Ayat simpul

PENUTUP
Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah: Ayat Kesimpulan(AK) Ayat Cadangan(AC) Ayat Harapan(AH) Ayat Penegasan(AP)

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai