Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN MS 39

Soalan yang sama dalam buku latihan (8M)


Nilai yang perlu diamalkan oleh setiap negara bagi memastikan jenayah
penyeludupan dapat ditangani ialah nilai kerjasama. Nilai hormat. Nilai keberanian. Nilai
kesederhanaan.
Pada pandangan saya, ya kerjasama dengan negara lain mampu membanteras
jenayah penyeludupan yang berlaku antara negara. Setiap negara perlu mengamalkan sikap
berganding bahu dan tidak mementingkan negara sendiri bagi memastikan jenayah
penyeludupan dapat ditangani. Contohnya, setiap negara akan membuat laporan kepada
negara yang terlibat jika mengetahui tentang penjenayah tersebut. Hal ini supaya penjenayah
yang melarikan diri ke mana-mana negara akan dapat ditangkap dengan segera. Keadaan ini
mampu mengurangkan jenayah di peringkat antarabangsa. Kesimpulannya, tindakan ini akan
meningkatkan lagi hubungan antara negara.
Berikutnya, setiap negara perlu sentiasa mengingatkan rakyat mereka supaya
sentiasa mematuhi peraturan walau di mana berada bagi memastikan jenayah penyeludupan
dapat ditangani. Hal ini supaya semua rakyat di peringkat global mendapat kesedaran bahawa
jenayah penyeludupan ialah jenayah yang perlu dijauhi. Contohnya, tindakan rakyat akan
memalukan negara apabila ditangkap terlibat dengan jenayah penyeludupan. Tindakan
tersebut juga akan mengancam hubungan kedua-dua negara. Kesimpulannya, setiap negara
perlu memainkan peranan untuk memastikan keamanan serantau terjamin.

LATIHAN MS 38
Soalan yang sama dalam buku latihan (8M)
Kebaikan kerjasama yang dijalinkan oleh semua anggota negara ASEAN ialah
dapat mengeratkan hubungan antara negara. Keadaan ini akan menyebabkan Malaysia
dengan negara ASEAN lain dapat berkongsi pelbagai kemahiran dan teknologi terkini.
Contohnya, melalui kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang seperti teknologi,
ekonomi, pendidikan dan sosial. Dengan ini perkara tersebut akan membawa kemajuan
kepada kedua-dua negara. Kesimpulannya, kerjasama tersebut akan membawa keuntungan
kepada kedua belah pihak.
Seterusnya, negara-negara ASEAN juga akan dapat menerima bantuan apabila
ditimpa kesusahan. Contohnya, apabila negara anggota mengalami musibah seperti banjir dan
tanah runtuh. Negara-negara anggota akan terus bertindak pantas menghantar pelbagai
bantuan kemanusiaan. Hal ini akan meningkatkan perpaduan global. Kesimpulannya,
tindakan ini akan membina hubungan dunia yang lebih selamat.

LATIHAN MS 36
B jadikan C) Soalan yang sama dalam buku latihan (8M)
Peranan saya sebagai belia bagi merealisasikan belia harapan negara ialah saya akan
memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memajukan negara. Hal ini
supaya saya sebagai belia yang mempunyai kemahiran yang pelbagai. Contohnya, saya
menjadi belia yang sangat berilmu dalam akademik dan juga berkemahiran dalam bakat yang
dimiliki. Keadaan ini akan membolehkan saya berhadapan dengan pelbagai cabaran akan
datang. Kesimpulannya, saya akan membantu meningkatkan ekonomi negara.
Selanjutnya, saya juga akan mengubah sikap negatif saya kepada sikap yang positif.
Hal ini supaya saya mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan. Contohnya, saya perlu
mengetahui peranan saya sebagai seorang belia di negara ini. Perubahan sikap saya juga akan
menyebabkan saya menjadi orang yang lebih berdisiplin bagi menghadapi perubahan ke arah
yang lebih baik. Kesimpulannya, saya dapat membentuk jati diri yang kukuh dalam kalangan
belia di negara ini.
LATIHAN MS 35 soalan baru
a) Jelaskan kepentingan sambutan Hari Belia Negara. (4M)

Kepentingan sambutan Hari Belia Negara akan membolehkan golongan belia


menanamkan hasrat untuk membangunkan ekonomi negara. Golongan ini akan
lebih berminat jika mereka diangkat sebagai pemimpin muda dalam kalangan
masyarakat. Mereka akan menyumbangkan idea dalam setiap bidang tanpa
diminta oleh sesiapa. Situasi ini akan membolehkan negara mempunyai pemimpin
pelapis yang berkaliber.
b) Soalan yang sama dalam buku latihan (8M)
Sebagai seorang belia di negara ini, punca yang menyebabkan saya tidak
meraikan sambutan Hari Belia Negara ialah saya tidak mengetahui kewujudan Hari Belia
Negara. Hal ini dikatakan demikian kerana Hari Belia tidak popular seperti sambutan hari
istimewa yang lain. Contohnya, hari keistimewaan lain diuar-uarkan oleh media sosial.
Keadaan ini menyebabkan saya tidak mengambil berat tentang hari tersebut. Kesimpulannya,
saya tidak berpeluang untuk sambutan hari tersebut.
Berikutnya, saya juga tidak aktif dalam mana-mana pertubuhan belia di negara
ini. Hal ini menyebabkan saya tidak terdedah kepada sambutan tersebut. Contohnya, saya
juga sangat sibuk dengan urusan harian saya sebagai pelajar sehingga tidak mempunyai masa
yang khusus. Dengan ini saya lebih fokus kepada aktiviti peribadi. Kesimpulannya, saya
banyak menghabiskan masa dengan aktiviti sekolah sahaja.

LATIHAN MS 33
b) Soalan yang sama dalam buku latihan (8M)
Pada pandangan saya, cara kerajaan dapat membantu rakyat untuk membuat
simpanan masa depan ialah dengan kerajaan menguar-uarkan Skim Simpanan Pendidikan
Nasional kepada rakyat. Hal ini akan menjanjikan pulangan dividen yang tinggi kepada
rakyat. Contohnya, rakyat sudah boleh membuat simpanan tersebut semasa anak-anak masih
kecil. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat akan memperuntukkan pendapatan mereka
setiap bulan dengan berdisplin. Kesimpulannya, tindakan ini juga dapat menghalang rakyat
daripada sikap boros.
Seterusnya, kerajaan perlu memberikan insentif kepada rakyat yang membuat
simpanan yang banyak. Hal ini dapat mengalakkan rakyat supaya mempunyai sikap
menabung wang bagi mendapatkan manfaat. Hal ini juga akan membantu rakyat
memperbaiki taraf hidup masing-masing apabila mempunyai simpanan tetap. Contohnya,
rakyat akan dapat mengatasi sesuatu masalah apabila melibatkan masalah kewangan dengan
mudah. Kesimpulannya, tindakan ini akan dapat membantu golongan yang tidak
berkemampuan untuk meneruskan hidup.
Latihan ms 22
b) Jelaskan nilai yang ditunjukkan oleh sukarelawan Malaysia dalam misi di atas. ( 8m)
Nilai yang ditunjukkan oleh sukarelawan Malaysia dalam misi di atas ialah nilai baik
hati. Nilai kerjasama. Nilai toleransi. Nilai keberanian.
Sukarelawan Malaysia dalam misi di atas telah menunjukkan sikap menghargai nyawa
dengan melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan di Syria. Contohnya, mereka telah
berjaya memberi layanan yang baik kepada kesemua mangsa pelarian tanpa mengira status.
Mereka telah sedaya upaya membantu golongan yang kurang bernasib baik. Mereka turut
memastikan mangsa pelarian masih boleh mendapatkan keperluan asas untuk meneruskan
hidup. Kesimpulannya, mereka telah menunjukkan sikap saling menyayangi sesama
makhluk.
Seterusnya, sukarelawan Malaysia dalam misi di atas telah menunjukkan empati dan
simpati terhadap mangsa pelarian dengan melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan.
Contohnya, mereka membantu memberikan bantuan secara psikologi dan moral. Hal ini bagi
memberikan semangat dan kekuatan kepada mangsa pelarian. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa sukarelawan berpendirian teguh dalam mempertahankan isu keamanan.
Kesimpulannya, mereka berjaya mewujudkan kumpulan sokongan kemanusiaan.
Ms 12
a) i. Masyarakat tanpa mengira usia memiliki peranti elektronik sendiri.
ii. Hal ini menyebabkan masyarakat lebih berminat untuk membaca berita atas talian
sahaja.
iii.Dengan ini, masyarakat dapat menjimatkan wang daripada membeli surat akhbar.

b) Andaikan saya seorang yang suka membaca berita melalui surat khabar setiap hari,
perasaan saya sekiranya surat khabar yang saya baca telah ditamatkan operasinya
adalah kecewa. Hal ini dikatakan demikian kerana pengoperasian syarikat akhbar
telah menjadi sejarah dalam kehidupan masyarakat.
LATIHAN MS 7
Soalan yang sama dalam buku latihan (8M)
Kesan kepada negara sekiranya ada rakyatnya yang tidak menghiraukan
kebangkitan revolusi tersebut ialah ekonomi negara sukar dibangunkan. Hal ini dikatakan
demikian kerana rakyat tidak mahu menerima perubahan teknologi yang digunakan negara
luar. Contohnya, rakyat takut untuk menerima perubahan kerana pemikiran yang negatif.
Situasi ini menyebabkan negara lain sukar untuk berganding bahu dalam pelbagai perkara.
Kesimpulannya, perkara ini akan memberikan kesan kepada pendapatan negara.
Berikutnya, negara tidak akan memiliki kepakaran yang boleh digunakan dalam
bidang teknologi dan inovasi. Contohnya, rakyat tidak akan terdedah kepada alat teknologi
yang lebih moden. Negara akan dipandang rendah oleh negara-negara maju. Perkara ini juga
akan memberikan kesan kepada hubungan antara negara. Kesimpulannya, negara akan sukar
mendapatkan bantuan daripada negara lain.

Anda mungkin juga menyukai