Anda di halaman 1dari 4

Novel : Jalan Ke Puncak

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Bab Satu: Bagaikan Mimpi

Laiman pelajar……..Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di


Sarawak………..menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah
kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal……… sebuah syarikat minyak.
Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan
penuh minat. Di situ, dia berkawan ……. dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri
bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran
bekerja dari mana-mana syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri
hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan
setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat
akan kawannya ……..bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga
tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya
membuka perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport.
Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin………menjadi jutawan
baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk
diteladani. Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat
pengajian tinggi tetapi berjaya ………hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta
milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik akan pekerjaan
yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak berijazah
mampu maju dalam hidup jika bijak …….. rajin berusaha. Perkara yang paling
penting ialah pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut
mampu membawa dirinya ke arah hidup yang lebih terjamin.

Bab Dua: Sesal

Laiman bersiar-siar ke Lutong ……..waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.


Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji
Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah. Mereka
berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk. Bagi Laiman,
Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda
itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab,
seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya
Laiman membiarkan persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan
………. Soniah.

Bab Tiga:

Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah
tangki minyak yang dibaiki …….. Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman
berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang menjalani latihan
di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku rujukan yang disimpannya
sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga
…….kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang
menjadi persoalan kini ialah punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman
tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri
juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh
pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut……….
Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak
percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa
itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat. Perkara tersebut
mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia seminggu yang ……….

Bab Empat:

Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar….. Bandar
Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin
melanjutkan pelajaran………….. jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang
kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko untuk
menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi
Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya.
Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman.
Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan perjalanan kuliahnya di
universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah………… bersiar-siar, Laiman menyedari
kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.

Bab Lima:

Setelah pulang …………universiti, Laiman berubah.

Bab Enam

Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai ….. kampung halamannya di Sabah.


Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut
seruan kerajaan…………. siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan.
Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang
untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan ikan air tawar. Laiman masih
diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di Sarawak. Terbongkar
juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk
cemburu……….Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan
Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat
menyusahkan sesiapa sahaja yang mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar
tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

Bab Tujuh

Laiman ditegur…….. ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di


jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk
pengajian Laiman di Universiti, ……….. Laiman tidak memanfaatkan kelulusan yang
dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman
pulang ke kampung………… menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita
dan impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk
kampung supaya gigih berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan
seperti mana yang dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat
sokongan daripada sepupunya dalam usahanya………
Bab Lapan

Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik
Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok.
Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok
ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman tidak berputus
…... Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula berbuah.
Laiman dibantu…….Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk
meneruskan projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-
anak muda kampung itu untuk bekerja dengan mereka.

Bab Sembilan

Pak Sahok tetap berkeras……..tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan


projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi  pendapatan
daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman terpaksa mengalah dan cuba
memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan Milan masih buntu.
Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah
mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi……. mulut
penduduk kampung. Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak
Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya.
Laiman ……….. terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat
memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Sepuluh

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan


Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahok pula telah bersetuju dan
memberikan kebenaran………Laiman menggunakan tanah paya untuk projek
ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan dijadikan
modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan Laiman
untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan
dua …… pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang
penternakan. Sementara itu kebun………… diserahkan kepada ayahnya untuk
diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui
surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya …… universiti.

Bab Sebelas

Laiman dimaklumkan…… Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kedek dan
Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah
membuat keputusan untuk mengusahakan projek ternakan mereka sendiri. Mereka
enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat terkejut. Pada mulanya
dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung. ……. berkebolehan.
Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan
kerajaan walaupun Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah
bersusah …………….. mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan
kepada anak-anak muda yang menganggur.
Bab Dua Belas

Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan
sudah tidak menjadi masalah lagi………Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha
yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu …………. melakukan kerja
bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap orang kampung terhadapnya.

BabTiga Belas

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil …… kolam penternakan mereka yang
dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan
yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka
disimpan di bank untuk kegunaan masa ………. mereka.

Bab Empat Belas

Laiman masih belum berpuas……….dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama


lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima………….kepada
Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sahok.
Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai usahawan tani termuda yang………….
Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka mengangkut hasil
tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.

Bab Lima Belas

Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini ……….. sampai ke tahap itu.
Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada ………-anak muda. Dia turut
bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin melihat
bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai …………….penternak, pengusaha kedai
makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang
kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya.
Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan
berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia
berhasrat untuk mencurahkan………… hatinya kepada Soniah.

Anda mungkin juga menyukai