Anda di halaman 1dari 2

Hari : SELASA Tarikh : 8/12/2020 [BDR]

Latihan 2: Sintaksis

Soalan 1

Petikan di bawah mengandungi beberapa ayat. Gabungkan ayat bagi setiap ayat bergaris dalam
petikan di bawah kepada ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya.

Kementerian Sumber Manusia akan mewujudkan perundangan lebih komprehensif.


Kementerian Sumber Manusia menangani isu keselamatan dalam pekerjaan. Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melaksanakan Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang
dijangka diwartakan pada tahun depan. Majikan perlu bertanggungjawab memastikan para pekerja
mematuhi peraturan keselamatan. Peraturan keselamatan telah ditetapkan. Inisiatif menerusi JKKP itu
dibuat selepas mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh utama dalam sektor pembinaan.
Undang-undang keselamatan ini menitikberatkan tanggungjawab. Undang-undang keselamatan ini
menitikberatkan pembabitan secara mandatori semua pihak. Sektor pembinaan antara sektor
mempunyai kadar kemalangan maut tinggi di negara kita. Skop peraturan ini merangkumi pelbagai
aspek keselamatan di tapak binaan dengan lebih luas.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Plastik dan Mikroplastik Musnahkan Alam Sekitar’
oleh Abu Zahrim Yaser dan Nur Aqeela Syuhadah,
Dewan Kosmik, Bil. 5/2019.
[6 markah]

1.

2.

3.
Soalan 2

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
yang betul bagi frasa yang bergaris. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa
yang berhuruf condong.

Sarapan pagi biasanya dilakukan oleh setiap orang sebelum pergi ke sekolah atau ke pejabat.
Sarapan pagi boleh dilakukan sama ada di rumah atau di premis makanan berhampiran dengan rumah.
Setiap individu digalakkan mengambil sarapan pagi untuk mengalas perut. Pengambilan sarapan pagi
dapat memberikan tenaga kepada setiap orang sebelum melakukan sesuatu. Sarapan pagi dapat
dijadikan rutin kepada seseorang melalui disiplin diri pada setiap hari. Ibu dan bapa perlu memastikan
anak-anak mengambil sarapan pagi dengan menyediakan menu yang disukai mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Manfaat Mengambil Sarapan Pagi’
oleh Poh Jing Min,
Dewan Siswa, Bil. 9/2017.
[6 markah]

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Anda mungkin juga menyukai