Anda di halaman 1dari 34

SEKOALAH MENENGAH AGAMA (ARAB) YAYASAN KHAIRIAH

09200 KUPANG
BALING
KEDAH

Folio
Bahasa Melayu

NAMA : MUHAMMAD HANIF FAHMI BIN FATHI

TIGKATAN : 2 TAHFIZ SAINS {B}

NAMA GURU : CIKGU HIDAYU

TAJUK NOVEL : JALAN KE PUNCAK


ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT

BIOGRAFI PENULIS 1
1.
SINOPSIS 23
2.
BAB 1: BAGAIKAN MIMPI 4
3.
BAB 2: SESAL 5
4.
BAB 3: MUSIBAH 6
5.
BAB 4: HASRAT 7
6.
BAB 5: PULANG 8
7.
BAB 6: TENTANGAN 9
8.
BAB 7: RESAH 10
9.
.
BAB 8: TEKAD 11
10
.
BAB 9: PUJUK 12
11.
BAB 10: HARAPAN 13
12.
BAB 11: GALAU 14
13.
BAB 12: TABAH 15
14.
BAB 13: LUMAYAN 16
15.
BAB 14:SINAR 17
16.
BAB 15: IMPIAN TERLAKSANA 18
17.
PERSOALAN 19
18.
WATAK DAN PERWATAKAN 20 21
19.
BINAAN PLOT 22
20.
TEKNIK PLOT 23
21.
PENGAJARAN 24
22.
PENGHARGAAN
23. 25
BIOGRAFI PENULIS

SINOPSIS
Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam bidangkejuruteraan. Dia dihantar ke sebuah
syarikat minyak di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Dia memag berkeupayaan untuk maju
dalam bidang yang dipelajarinya .Semasa dalam latihan, dia bekerja dengan bersungguh-sungguh,
tetapi dia mempunyai impian yan lain. Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang
bernama Soniah,yang juga masih belajar. Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama
Muluk. Soniah merasakan sesuatu yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk, tetapi dia
menyembunyikan perasaannya itu.

Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke Kuching, tangka minyak telah terbakar.
Andaian yang menyatakan bahawa Laiman yang merancang pembakaran tangka minyak itu sebelum
dia ke Kuching. Pengurus Laiman seperti pengurus Laiman sendiri pun mengesyaki perkara yang
sama. Walau bagaimana pun,setelah mendapat keterangan daripada Laiman,pengurus itu percaya
bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal tersebut.

Setelah tamat belajar,Laiman pulang ke kampungnya di Kusilat,Sabah. Dalam fikirannya, dia


berpendapat bahawa ijazah yang diperolehnya bukanlah tiket untuk dia mencari pekerjaan yang
bergaji tetap.Dia memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu. Apabila dia
mendapat tawaran bekerja di jabatan pertanian,dia menolaknya. Perkara itu menimbulkan rasa hairan
di hati sepupunya,Milan dan juga menimbulkan kemarahan ayahnya ,Pak Kiassim . Pak Kiassim
yakin bahawa bekerja makan gaji adalah yang terbaik bagi kelulusan university. Fikiran Laiman
ketika itu tertumpu pada projek lebah madu dan ternakan ikan air tawar di tanah paya sebelah
bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Ternakan lebah madu tidak mendatangkan masalah kepada
Laiman kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas. Di samping itu, dia juga
menanam pokok tembikai.

Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila melihat Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan.
Namun begitu, Laiman tetap dengan pendiriannya. Dia berpakat dengan pendiriannya. Dia berpakat
dengan Milan untuk terus bergerak maju. Pada permulannya, Milan juga kurang bersemangat . Milan
menjadi yakin dan penuh semangat apabila melihat Laiman tidak berputus asa. Mereka bersama
sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok , tetapi Pak
Sahok tidak mengizinkannya. Laiman tahu bahawa Pak Sahok bukanlah pemilik tanah yang dicita
citakannya itu, tetapi dia tidak mahu bernusuh dengan Pak Sahok.

Milan juga bersemangat seperti Laiman. Tanaman tembikai mula menampakkan kemajuan.
Laiman memikirkan projek lain iaitu,kebun limau dan kelapa. Mila berasa bimbang kerana fikiran
Laiman terlalu bercabang-cabang, tetapi Laiman yakin dengan tindakannya itu. Menurut
Laiman,kerjayanya yang banyak akan dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam persekolahan.
Perkara tersebut tentu akan menyenangkan ibu dan bapa budak-budak itu. Setelah masa berlalu agak
lama, Pak Kiassim dapat menerima baik usaha Laiman.Dia telah melihat kejayaan Laiman dalam
projek kebun tembikainya. Namun,Pak Sahok masih enggan membrerikan keizinankepadaLaiman
untuk mengusahakan tanah paya di sebelah tanahnya bagi dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar.
Hasil perundingan dengan Pak Kiassim, Pak sahok kemudiannya bersetuju untuk membenarkan
Laiman mengusahakan tanah tersebut.

Laiman memulakan projek ikan air tawarnya. Kawasan paya itu diperdalam dengan
menggunakan jentera pengorek. Setelah segala- galanya berjalan dengan lancar, Laiman
menambahkan lagi kolam ternakannya.Sebahagian dari pada kawasan itu digunakan untuk ternakan
ikan air tawar, manakala sebahagiannya lagi untuk ternakan udang harimau. Urusan kebun tembikai
diserahkan kepada ayahnya.

Masalah dalam bidang perusahaan adalah perkara biasa dan dihadapi oleh mamna-mana
pengusaha. Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya, iaitu Kadek
dan Muali meninggalkanya untuk membuka perusahaan sendiri. Laiman tidak berasa kecewa kerana
sekurang-kurangnya dia telah berjaya melatih orang lain bekerja.

Kejayaan Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian berjanji akan membantunya
memperbesar perusahaan ternakan ikan air tawar. Projek ikan air tawar yang diusahakannya itu akan
dijadikan projek contoh di daerah Kusilad.Hal itu menggembirakan Laiman dan Milan. Menurut
pihak jabatan, ada kemungkinan projek itu akan menjadi projek terbesar di Sabah. Apabila Milan
beredar ke warungnya, Laiman buat sekian kalinya teringat akan Soniah, gadis yang akrab dengannya
semasa berada di Sarawak dahulu.

BAB 1:BAGAIKAN
MIMPI
Laiman seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Bumi Kenyalang.Laiman berasal

dari Sabah menjalani latihan industri di Sarawak. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia

dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia

menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ,dia berkawan baik

dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti.Jika

dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat,dia tidak akan menerimanya dengan cepat.

Sukri hairan memikirkan sikap Laiman.kebanyakkan pelajar memikirkan pekerjaan setelah tamat

belajardi university, tetapi Laiman hanya mahu berehat.

Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin.Pemuda itu belajar di universiti

hingga tamat pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka

perniagaan kereta terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusya, dia mengusahakan

hotel. Kini, Chow Chin sudah menjadi jutawan baru. Dalam bidang pekerjaan, Laiman menjadikan

Chow Chin sebagai contoh untuk diteladani.

Laiman mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi

tetapi berjaya dalam hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian

membuka bengkel sendiri. Laiman tertarik dengan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya,

orang yang berijazahatau tidak berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha.

Perkara yang paling penting ialah pengalaman,kemahiran,dan kesungguhan. Kesemua perkara

tersebut mampu membwa dirinya kea rah hidup yang lebih terjamin.

BAB 2:SESAL
Pengurus syarikat minyak tempat Laiman membuat latihan praktikal menyukai Laiman kerana

Laiman seorang pekerja yang cekal,cekap,dan bijak.Kecekapan yang ada pada Laiman dikagumi ole

pengurusnya dan juga sukri. Laiman tidak berbangga diri apabila dipuji. Sukri membawa Laiman ke

sebuah restoran, mereka makan tengah hari di situ. Perkara tersebut merupakan tanda penghargaan

syarikat kepada Laiman kerana cemerlang ketika melaksanakan tugas.

Laiman ditegur oleh seorang gadis bernama Soniah,iaitu rakan sepejabatnya. Mereka berjalan

bersama-sama,ditemani adik sepupu Soniah. Mereka berbual-bual tentang tugas yang perlu disiapkan.

Mereka membincangkan halyang berkaitan dengan keuntungan dan kerugian syarikat. Mereka juga

berbicara tentang perangai manusia yang suka menjatuhkan seseorang,walaupun orang itu kawan

sendiri. Soniah menyebut nama Muluk .Hal itu menyebabkan Laiman ingin mengetahui tentang lelaki

tersebut dengan lebih lanjut tetapi Soniah tidak mahu menceritakan perihal lelaki tersebut.

Pada anggapan Laiman, Muluk memang bersikap aneh, berlainan daripada kawan-kawanyayang

lain.Sebenarnya,Soniah ada sesuatu yang hendak dikatakan kepada Laiman tentang

Muluk.Namun,setelah dia berfikir panjang Soniah bertindak untuk menutup cerita tentang Muluk itu.

Walau bagaimanapun, nama Muluk yang di sebut oleh Soniah kekal dalam fikiran Laiman.Selesai

makan,mereka meninggalkan restoran itu.Setelah berpisah dengan Soniah,Laiman masih teringat akan

Muluk.Hatinya masih tertanya-tanya.

BAB 3 :
MUSIBAH
Sukri menjadi tidak tenang apabila memikirkan peristiwa tangka minyak milik syarikat

tempat dia bekerja itu terbakar. Ketika itun Laiman berada di Kuching kerana berjumpa dengan rakan

sekuliahnya. Tiba-tiba Sukri terfikir bahawa tangki minyak yang terbakar itu ialah tangki minyak

yang dibaiki oleh Laiman 2 minggu yang lalu.Sukri bimbang kalua-kalau Laiman dituduh melakukan
perkara tersebut. Pengurus syarikat menganggap bahawa Laiman yang menyebabkan peristiwa

kebakaran tersebut berlaku. Sukri tidak dapat mengandaikan perkara yang akan berlaku kepada

Laiman selepas kejadian tersebut.

Kekusutan fikiran Sukri dikesan oleh isterinya. Sukri tidak bercerita kepada isterinya. Dia

melayani fikirannya. Dia mengetahui bahawa Laiman ialah pemuda yang baik dan berhemah tinggi.

Tidak mungkin Laiman yang mem bakar tangki minyak itu. Pada fikiran Sukri, ada orang yang

berniatjahat untuk menjatuhkan Laiman.

Sukri menemui Laiman yang baru pulang dari Kuching. Laiman juga hairan memikirkan

peristiwa itu. Hal ini demikian kerana dia telah menggunakan kepakarannya bersama-sama dengan

pihak kontraktor sewaktu membaiki tanki tersebut. Laiman berangapan bahawa dia tidak ada kena

mengena dengan peristiwa kebakaran itu. Sukri meminta Laiman bercerita kepada pengurus tentang

hal yang sebenar pada keesokkan harinya. Sukri juga akan meyakinkan pengurus mereka bahawa

Laiman tidak bersalah.

BAB 4:HASRAT
Laiman berbual-bual dengan Soniah disebuauh restoran. Ada seorang tua duduk bersendirian

memerhatikan mereka. Laiman terfikir,mungkin orang tua itu ada firasat. Laiman dan Soniah berbual-

bual tentng rancangan mereka. Laiman meminta Soniah berfikir sendiri tentang rancangan yang

benar-benar diimpikannya. Soniah mempunyai sikap yang hamper sama dengan Laiman. Pada

pandangannya,usaha hendaklah dilaksanakan dengan tekun. Manusia hendaklah jalannya sendiri.

Laiman agak terkejut apabila mengetahui Soniah juga mengambil bidang kejuruteraan. Apabila

dia mengatakan bahawa bidang itu susah,Soniah agak tersinggung kerana dia merasakan Laiman

merendah-rendahkan tahap kemampuannya. Namun begitu, perbualan mereka mesra kembali. Soniah
dapat menjawab setiap perkara yang dihujahkan oleh Laiman tentang kemampuan wanita. Laiman

akhirnya memuji Soniah yang sanggup menghadapi cabaran. Selepas membayar harga makanan

mereka berdua pun keluar meninggalkan restoran tersebut.

Apabila keluar dari restoran, barulah mereka berbual tentang peristiwa kebakaran tangki minyak.

Laiman mengatakan bahawa pengurus tidak menyalahkan dia kerana dia tiada di tempat kejadian

ketika kebakaran tersebut berlaku. Syarikat terpaksa menanggung kerugian. Harapan Laiman semoga

pengurus itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana dia sendiri tidak mengetahui punca

kejadian tersebut berlaku.

BAB 5: PULANG
Setelah tamat pengajian,Laiman berubah dan pulang ke kampungnya di Sabah
BAB 6:TENTANGAN
Pak Kiassim tidak mahu Laiman mewarisi kerjanya sebagai petani. Dia mahu anaknya bekerja di

bilik yang berhawa dingin dan berkereta besar. Laiman mempunyai pandangan yang berlainan sama

sekali. Memang pada mulanya Laiman bercita-cita untuk berkerja dengan kerajaan. Setelah

mengetahui hasrat kerajaan, dia tertarik hati dan ingin menyahut seruan kerajaan supaya para

siswazah berdikari dan tidak terlalu bergantung pada keeajaan untuk mendapatkan sesuatu kerjaya.

Laiman teringat akan peristiwasetahun yang lalu, iaitu peristiwa tentang kebakaran tangki

minyak yang menyebabkan dia berada dalam dilema. Ternyata Muluk merupkan punca utama

kebakaran tangkiminyak itu berlaku. Hal itu berlaku kerana Muluk cemburu melihat Laiman dan

Soniah akrab bagaikan pasangan kekasih semasa berada di Sarawak. Namun begitu, sangkaan

tersebut tidak benar. Muluk sudah lama menaruh hati terhadap Soniah tetapi Soniah tidak memberikan

ruang untuk bertakhta dalam hati Soniah.

Lamunan Laiman terhenti apabila Milan,sepupu Laiman membawa berita bahawa Laiman

terdapat tawaran berkerja di Jabatan Pertanian. Jawatan itu sesuai dengan kelulusan Laiman. Namun

begitu, Laiman tidak menyambut berita itu dengan gembira. Laiman lebih gemar bercerita tentang
projek yang ada dalam fikirannya. Dia bercadang hendak menternak lebah madu dan ikan air tawar.

Tempat ternakan ikan air tawar itu bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Milan bimbang kalau-kalau

Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman melaksanakan rancangannya di kawasan itu.

Ternakan lebah madu tidak merisaukan Laiman. Hal ini demikian kerana ternakan lebah madu

tidak memerlukan kawasan yang luas. Milan lebih cenderung menjadi pengikut Laiman. Milan

bercerita tentang pekerjaan yang pernah dilakukannya dahulu kepada Laiman. Milan menyatakan

bahawa kerjanya dahulu berat, tetapi pendapatnya tidak lumayan.

BAB 7:RESAH

Penolakan Laiman terhadap tawaran pekerjaan bergaji menimbulkan kemarahan bapanya. Pak

Kiassim mengatakan bahawa Laiman menolak rezeki. Laiman mengatakan belum sampai masa untuk

dia menerima tawaran seperti itu. Jawapan itu tidak menyenagkan Pak Kiassim. Apabila Laiman

menyebut bahawa dia mahu berehat, Pak Kiassim bertambah marah. Pak Kiassim mengungkit tentang

pengorbanan nenek dana bang Laiman. Pak Kiassim menyatakan bahawa nenek Laiman

mengeluarkan wang simpanannya untuk membatu pengajian Laiman. Abang Laiman pula tidak

berkahwin lagi kerana dia selalu memberikan wang kepada adik-adiknya terutamanya Laiman supaya

Laiman mendapat pelajaran yang cukup.

Laiman tidak tahan mendengar leteran bapanya. Dia meninggalkan rumah dalam keadaan

yang tersinggung. Dia berjalan seorang diri tanpa pelita dan lampu suluh.hatinya tertarik untuk

singgah di rumah sepupunya,Milan. Dalam perbualannya dengan Milan, Laiman mendapati

sepupunya itu berpihak di sebelah bapa. Dia berasa kecewa dan berkecil hati. Dia menganggap
sepupunya sama dengan bapanya yang memandang rendah terhadap cita-citanya. Namun begitu,

Milan pandai memujuk Laiman dan dia berjanji akan sentiasa menyokong Laiman. Pada malam

itu,laiman tidur dengan lena, walaupun di rumahnya sendiri dia berasa terasing.

BAB 8:TEKAD
Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi masalah. Pak Sahok tidak

mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya di sebelh tanahnya untuk dijadikan projek ikan air

tawar. Laiman mengetahui bahawa tanah paya itu bukan milik Pak Sahok, tetapi dia menghormati Pak

Sahok. Selagi dia tidak mendapat keizinan daripada Pak Sahok,dia tidak akan menggunakan kawasan

paya itu untuk menjalankan projeknya.

Laiman dan Milan berbincang tentang tapak lain untuk meneruskan projek ternakan ikan air

tawar itu. Bapa Milan tidak keberatan jika tanahnya digunakan,tetapi jentera pengorek tanah tidak

ada. Tanah bapa Milan tidak sesuai untuk projek ikan air tawar jika tidak dikorek lebih dahulu.

Jabatanan perikanan pun tidak mempunyai jentera tersebut. Setelah membincangkan projek ikan,

mereka beralih kepada projek kebun tembikai. Kawan Laiman dari Kota Kinabalu akan membeli

tembikai yang diusahaknnya nanti. Mereka berdua gembira kerana hasil tanaman tembikai cukup

memberngsangkan.

Laiman bersyukur kerana Milan sentiasa menyokong segala usahanya. Milanlah orang yang

sering menjaga dan membersihkan kebun tembikai ika Laiman tiada. Selain berbincang tentang

kebun tembikai, mereka juga berbincang tentang rancangan ternakan lebah madu. Milan merasakan

bahawa rancangan mereka terlalu banyak, dan dia bimbang kalau-kalau tidak terkawal. Laiman

mengatakan bahawa tenaga budak-budak yang sudah tidak berminat meneruskan persekolahan boleh
digunakan. Ibu bapa budak-budak itu akan berasa gembira kerana anak-anak mereka dapat melakukan

kerja yang berfaedah.

BAB 9:PUJUK
Laiman berasa susah hati kerana rancangan ternakan ikan air tawar masih tidak dapat

dimulakan. Hal ini demikian kerana dia dan Milan tetap gagal memujuk Pak Sahok agar bersetuju

supaya kawasan paya di sebelah tanah Pak Sahok itu digunakan untuk projek tersebut. Mereka masih

terus memikirkan tempat-tempat lain, tetapi tidak sesuai. Mereka berbincang tentang tanah paya

berdekatan dengan kebun Ah Ming. Namun begitu, tempat itu terlalu jauh sehingga mereka perlu

membina rumah untuk tinggal di sana. Laiman berfikir untuk terus memujuk Pak Sahok.

Pada sebelah malamnya, Pak Kiassim menegur Laiman. Dia bertanya tentang kemajuan

Laiman. Apabila Laiman meluahkan rasa duka citanya, Pak Kiassim mengungkit hal-hal yang lepas.

Laiman menyatakan bahawa Pak Sahok merupakan penghalang untuk projek ternakan air

tawarnya,walaupun tanh yang diingininya bukan tanah Pak Sahok. Pak Kiassim bersetuju bahawa

tanah itu memang bukan tanah Pak Sahok. Perbualan dengan bapanya kian ke arah perdamaian. Pak

Kiassim juga menasihati Laiman agar tidak bermusuh dengan Pak Sahok. Pak Kiasim juga menasihati

Laiman supaya mencari tanah lain untuk menjalankan projek tersebut. Laiman juga mengatakan

bahawa dia tidak akan berkasar dengan Pah Sahok.


Seterusnya, Pak Kiasssim bertanya tentang kebun tembikai yang diusahakan oleh Laiman.

Laiman mengatakan bahawa projek itu telah berjaya. Tembikai sudah berbuah dan akan mula di jual.

Kata Laiman, hasil tembikai itu nanti tidak muat jika hanya diangkut oleh sebuah lori. Pak Kiassim

berasa gembira apabila membayangkan kejayaan Laiman. Laiman menyatakan bahawa hasil tersebut

merupakan modal permulaan untuk melanjutkan projek yang seterusnya.

Pak Kiassim mula melihat kejayaan anaknya. Pak Kiassim yakin bahawa anaknya mempunyai

cita-cita yang tinggi. Orang kampung juga memuj-muji Laiman kerana kejayaannya. Laiman terkejut

apabila Pak Kiassim mengatakan bahawa dia akan memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan

rancangan Laiman. Laiman memon maaf kepada bapanya kerana selama ini dia sering membantah

kata-kata bapanya. Pak Kiassim pula mengakui bahawa dia sendiri yang bersalah kerana tidak

mencuba untuk memahami cita-cita anaknya itu.

BAB 10: HARAPAN


Projek tembikai Laiman berjaya sehingga menarik minat pihak jabatan pertanian untuk

membantu Laiman memajukan projeknya. Ketika pegawai pertanian tersebut berbincang tentang

projek tembikai itu, fikiran Laiman masih tertumpu pada projek ikan air tawar menjadi keutamaannya.

Dia ingin mendengar keputusan rundingan antara bapanya dengan Pak Sahok tentang tanah yang

dijalankan projek ikan air tawarnya itu. Perkara tersebut yang harus diberikan perhatian kerana tanah

itu memang sesuai untuk projek ikan tawar dan udang harimau. Pak Kiassim pulang dengan wajah

kejayaan.pak Kiassim menyuruh Laiman sendiri pergi mendengar keputusan Pak Sahok. Pak Sahok

menyatakan persetujuannya kepada Laiman. Pak Sahok sedar bahawa kejayaan Laiman boleh

ditumpangi oleh orang-orang kampung dan anak muda yang tinggal di kampung tersebut.

Sebulan kemudian, jabatan pertanian menyediakan jentera pengorek tanah.Laiman

mengupah anak-anak muda untuk menggerakkan projek itu. Apabila air koalm yang baru korek itu

jernih, Laiman melepaskan ikan ternakan yang di bekalkan kepadanya. Disebelah kolam ikan tu, dia
akan menternak udang harimau. Laiman akan menumpukan perhatiannya terhadap ternakan ikan dan

udang harimau, manakala kebun tembikai diserahkan kepada Pak Kiassim untuk menguruskannya.

Pada masa yang sama, Soniah dihantar oleh pihak universiti untuk menyertai lawatan sambal belajar.

Laiman mengetahui perkemangan Soniah sebagai pelajar universiti, kerana mereka sering berhubung

melalui surat.

BAB 11:GALAU
Milan berasa susah hati kerana Kedek dan Muali membuat keputusan akan meninggalkan

projek mereka. Kedua-dua orang pemuda itu dipilih untuk mengikuti latihan untuk membantu projek

Laiman. Kedek dan Muali mengatakan bahawa mereka akan memulakan projek mereka sendiri.

Apabila hal itu dinyatakan kepada Laiman,dia tidak menunjukkan rasa kecewa. Bagi Laiman ,masalah

demikian adalah masalah biasa dalam mana-mana perusahaan. Dia berharap agar Kedek dan Muali

berjaya. Milan bersusah hati kerana baginya Kedek dan Muali tidak wajar berbuat begitu. Laiman

menasihati Milan supaya bersikap terbuka dalam segala hal dan tidak menaruh dendam. Bagi Laiman

perkara yang telah berlaku tidak akan melumpuhkan semangatnya. Milan juga akan bersaing secara

sihat. Milan bersetuju dengan kenyataan Laiman dan dia cuba untuk mententeramkan hatinya.

Mialan berasa resah. Keresahan yang dia alami pada waktu itu ialah keresahan terhadap

Laiman. Bagi Milan, Laiman telah berusah payah untuk mencari projek dan membuka peluang

pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur. Malangnya, manusia lain tidak pernah

menyelami perasaan anak muda yang berpandangan jauh itu. Mereka juga tidak pernah berfikir sebab

Laiman sanggup mengorbankankan dirinya untuk hasratnya yang murni


BAB 12:TABAH
Mail,abang Laiman pulang dari Kota Marudu. Di rumahnya ada Jariah. Bapanya pergi

menziarahi Pak Muluk di Kampung Bawang.Laiman pula pergi menemui pekerja-pekerjanya di

rumah Milan. Jariah memberitahu Mail bahawa Kedek dan Muali menarik diri daripada projek yang

diusahakan oleh Laiman. Mail berfikir, Kedek dan Muali akan menghadapi kesukaran untuk berjaya.

Namun begitu,Jariah menyatakan bahawa Laiman tidak melarang mereka menarik diri,bahkan

memberikan dorongan setakat yang mampu.

Apabila Laiman balik, Mail sedang tidur. Agak lama kemudian,Mail terjaga dan mereka

berbual-bual. Laiman bercerita tentang kemajuan projeknya. Mail berasa gembira kerana adiknya

maju dalam projek yang diusahakanya. Laiman pula gembira kerana abangnya mengambil berat

tentang projeknya.

Pak Kiassim menyuruh Laiman dan Mail ke Bawang untuk menziarahi kematian Pak

Muluk. Mereka akur dengan suruhan Pak Kiassim itu. Mengikut adat mereka apabila adanya

kematian,terdapat adat berjagauntuk si mati selama tujuh hari. Mereka tidak keberatan dengan adat itu

kerana acara itu bukan dibuat-buat. Sudah menjadi adat dan tradisi suku kaum mereka, iaitu Orang

Sungai.

Sebelum Mail pulang ke Kota Marudu, dia sempat berpesan beberapa perkara kepada

Laiman. Dia juga meninjau-ninjau kolam ternakan ikan air tawar milik adiknya itu. Pesanan penting
daripada Mail adalah supaya Laiman bersungguh-sungguh menjalankan kerja yang telah

diusahakannya itu. Selain itu, Mail berpesan supaya Laiman bersikap tidak mempedulikan cemuhan

daripada orang kampung.

BAB 13:LUMAYAN

Laiman membawa kuih ke Gerai Pitas. Dia berniaga kuih kerana urusan penjagaan kolam

ternakan ikan tidak banyak lagi yang perlu dilakukannya. Tambahan pula, urusan itu telah diserahkan

kepada pekerjanya. Laiman tidak mahu masa terbuang begitu sahaja. Laiman berkira-kira untuk

menambahkan perniagaanya. Apabila dia tidak ke kolam atau menjual kuih, dia akan mencari pisang

dan kelapa untuk dihantar ke Kota Kinabalu. Laiman memberikan pandangan kepada Milan bahawa

rezeki ada di mana-mana, asalkan mereka gigih berusaha.

Milan dan Laiman saling mempercayai antara satu dengan yang lain. Wang simpanan

perniagaan ditunjukkan oleh Laiman dan Milan, walaupun Milan tidak pernah meminta Laiman

berbuat demikian. Perkara itu menunjukkan tanda kejujuran antara mereka. Mereka juga sudah

bersepakat apabila simpanan sudah banyak, wang itu akan dibahagikan secara sama rata. Walau
bagaimanapun, menurut Laiman dia mahu keakraban biarlah sampai membuahan kejayaan yang dapat

dibanggakan.

Wang simpanan mereka menjangkau RM 10 000. Laiman bercadang hendak membeli lori.

Banyak lagi racangan Laiman untuk jangka masa panjang. Menurut Laiman, kolam ikan, kebun

tembikai,kerja menjual kuih dan meraih kelapa itu sudah untuk mereka bangun staraf dengan orang

lain. Milan menurut sahaja segala rancangan Laiman. Liman mengajar Milan membuat kuih bulan.

Dia tahu membuat kuih bulan kerana sewaktu di sekolah dahulu dia pernah membuat kuih itu.

Sesekali Laiman melihat ayahnya di kebun tembikai. Laiman sudah memberitahu ayahnya bahawa

kebun tembikai itu perlu ditanam semula untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Ayahnya setuju

dengan cadangan Laiman.

BAB 14:SINAR
Laiman perlu berani membaiki taraf kehidupannya. Rugi sekali tidak semestinya rugi

untuk selama-lamanya. Misalnya, berbakti kepada tanah dengan bercucuk tanam. Tanah akan menjadi

lebih berkat jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Tanda-tanda kejayaannya sudah ada di

depan mata. Ternakan air tawar Laiman tidak akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi. Ternakan

udang harimau yang dalam perancngannya sudah mendapat lampu hijau daripada jabatan pertanian.

Duit simpanannya bersama -sama dengan Milan belum digunakan lagi. Mereka sudah pun berbincang

untuk membeli sebuah lori kecil untuk mengngkut barang- barang yang dipajak oleh mereka.

Pak Sahok memuji Laiman dan Milan kerana rancangan mereka yang telah berjaya.

Laiman menyatakan bahawa rancangan itu berjaya dengan bantuan Pak Sahok. Pak Sahok berasa

agak malu kerana suatu ketika dahulu dia tidak menyokong projek Layman itu. Laiman dan Milan

mengucapkanterima kasih kepada Pak Sahok kerana membenarkan mereka mengunakan tanah paya

tersebut. Laiman juga memberitahu bahawa mereka akan berusaha lagi. Untuk kejayaan pada masa

hadapan. Laiman merasakan bahawa projek ikan air tawar itu bukanlah projeknya seorang diri. Dia

juga melakukan kerja-kerja lain seperti meraih pisang dan kelapa serta menjual produk-produk lain

kerana kerja-kerja itu dapat mendatangkan hasil kepadanya.

Lori yang dibeli oleh Laiman dan Milan sudah sampai. Lori itu berharga RM 13 000,

tetapi mereka membayar wang pendahuluan sebanyak RM 7 000. Selebihnya Laiman akan

membayar secara insurans setiap bula. Dengan adanya lori, Laiman mudah pergi ke kampung-

kampung untuk mendapatkan barang-arang yang boleh mendatangkan hasil.

BAB 15: IMPIAN TERLAKSANA


Kini, nama Laiman sudah menjadi sebutan orang kampung kerana

kejayaannya sebagai usahawan muda. Pak Kiassim turut berasa bangga dengan

kejayaan Laiman. Kejayaan anaknya itu merupakan satu kejayaan yang

bermakna yang harus dicontohi oleh anak-anak muda, bukan sahaja yang masih

menganggur tetapi juga para pemegang ijazah dalam pelbagai jurusan. Pak

Kiassim menyedari bahawa Laiman mempunyai wawasan tersendiri. Laiman

berasa senang hati kerana orang kampung sudah mula menghargai segala

usahanya. Laiman membrikan tunjuk ajar kepada Kedek dan Muali. Orang

kampung amat mengenali Laiman yang mendapat kepujian dalam jurusan

kejuruteraan, tetapi berjaya menjadi usahawan muda yang berjaya.

Laiman mendapat tahu bahawa Soniah akan berpindah ke Kota Kinabalu untuk membantu

bapa saudaranya. Laiman amat berharap Soniah datang, kerana dia merindui gadis itu. Ketika dia

sedang termenung membayangkan Soniah, Milan dating. Milan membawa surat daripada jabatan

pertanian. Laiman membuka surat itu. Laiman terkejut kerana surat itu menyatakan bahawa projek

contoh di daerah Kusilad. Mereka berasa amat gembira. Menurut pihak jabatan, ada kemungkinan

projek itu menjadi projek terbesar Sabah. Apabila Milan beredar ke warungnya, Laiman buat sekian

kalinya teringat akan Soniah.

PERSOALAN
a) Kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, bapanenek dan Mail amat menyayangi Laiman.

Laiman juga menyayngi mereka. Sepupu Laiman iaitu, Milan menyayangi Laiman, dan

sanggup menjadi pembantu setia dalam setiap usaha Laiman.

b) Kepentingan belajar. Contohnya, Laiman menamatkan pengajiannya dalam bidang

kejuruteraan, walaupun akhirnya dia tidak menjadi jurutera tetapi dia tetap mencintai ilmu

tersebut.

WATAK DAN PERAWATAKAN

a) Watak utama dalam novel ini ialah Laiman.

b) Watak sampingan terdiri daripada Milan, Pak Kiasim, Pak Sahok, Soniah, Sukri, Mail,
Muluk, Kedek dan Muali.

LAIMAN
a) Laiman ialah anak Pak Kiasim, berasal dari Kusilat Sabah.Dia Mempunyai abang bernama
Mail, dan adik bernama Jariah.
b) Ibu Laiman telah meninggal dunia.
c) Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan tetapi bercita-cita untuk
menjadi usahawan muda yang berjaya.
d) Laiman seorang yang tabah kerana dia berusaha memujuk Pak Sahok untuk mengizinkannya
menggunakn tanah paya disebelah tanah Pak Sahok untuk dijadikan kawasan proek ternakan
ikan air tawar.
e) Laiman seorang yang berperinsip, iaitu dia tidak menerima tawaran pekerjaan bergaji yang
tidak digemarinya.

PAK KIASIM

a) Pak Kiasim ialah bapa Laiman.


b) Pak Kiasim telah kematian isteri. Dia tidak bersetuju apabila Laiman menyatakan bahawa dia
mahu memulakan projek ternakan ikan air tawar.
c) Dia berbanggga atas kejayaan Laiman. Pak Kiasim seorang yang pemaaf iaitu memaafkan
Laiman yang tidal mendengar kata-katanya.

MILAN
a) Milan iailah sepupu Laiman.
b) Milan seorang yang rajin menolong Laiman dan melaksankan beberapa projek.
c) Milan juga setiasa bersedia melakukan sebarang kerja yang diminta atau disuruh oleh Laiman.
d) Keadaan hidupnya berubah setelah dia bekerja dengan Laiman.
e) Milan seorang yang menghargai, iaitu dalam diam-diam dia berterima kasih kepada Laiman
kerna bersusah payah mengajarnya mengenali hidup.
PAK SAHOK
a) Pak Sahok seorang petani.
b) Pak Sahok seorang ahlijawatankuasa dalam rancangan perkampungan baharu di kampungnya.
c) Pada mulanya, dia tidak mengizinkan Laiman meanksanakan projek ternakan ikan air tawar di
tanah paya tetapi akhirnya bersetuju setelah Pak Kiasim memujuknya.

SONIAH
a) Soniah aialah sahabat baik Laiman semasa di Sarawak.
b) Soniah meruapak seorang gadis yang bercita-cita tinggi.
c) Soniah merupakan gadis manis, bertubuh kecil, tinggi lampai dan berkuit putih kuning.
SUKRI

a) Sukri bekerja disebuah syarikat minyak di Sarawak


b) Sukri rapat dengan Laiman semasa Laiman membuat latihan pratikal.
c) Sukri tidak percaya Laiman membakar tangki minyak dan dia membela nasib Laiman.

BINAAN PLOT
a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan Laiman digambarkan sebagai pemuda yang rajin
bertugas disebuah syarikat minyak. Pekerjaanya dilakukan dengan sebaik-baiknya.
b) Bahagian peleraian cerita pula adalah tentang kesenagan hidup Laiman kerana usahanya
berjaya.

TEKNIK PLOT
a) Teknik dialog.
Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini, termasuklah dialog antara Laiman dan
Pak Kiassim.
b) Teknik monolog
Sukri berbisik sendiri apabila memikirkan peristiwa tentang tangi minyak yang terbakar
berkemungkinan ada orang bekerja di syarikat itu berniat jahat untuk mengenakan Laiman.

PENGAJARAN
a) Kita disarankan supaya menjadi ahli keluargayang prihatin. Contohnya, Mail sentiasa
mengambil berat tentang segala projek yang diusahakn oleh Milan.
b) Kita hendaklah bersyukur dengan kejayaan yang kita peroleh. Contohnya, Milan bersyukur
kerana projek ternakan air tawarnya akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad.

Anda mungkin juga menyukai