Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS BAB : NOVEL JALAN KE PUNCAK

Bab Satu

Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada di Sarawak untuk menjalani
latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di
sebuah syarikat minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan bersungguh-
sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa
dia akan berehat selepas tamat pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana
syarikat, dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap Laiman. Kebanyakan
pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar di universiti, tetapi Laiman hendak berehat.
Laiman teringat akan kawannya yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat
pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya membuka perniagaan kereta
terpakai. Kemudian, dia menjadi ejen import eksport. Seterusnya, dia mengusahakan hotel. Kini, Chow
Chin sudah menjadi jutawan baharu.
Dalam hidang pekerjaan, Laiman menjadikan Chow Chin sehagai contoh untuk diteladani. Laiman
mengetahui bahawa ada juga pemuda yang gagal belajar di pusat pengajian tinggi tetapi berjaya dalam
hidup. Pemuda itu bekerja di bengkel kereta milik orang lain, kemudian membuka bengkel sendiri.
Laiman tertarik akan pekerjaan yang sedemikian. Pada pandangannya, orang yang berijazah atau tidak
berijazah mampu maju dalam hidup jika bijak dan rajin berusaha. Perkara yang paling penting ialah
pengalaman, kemahiran, dan kesungguhan. Kesemua perkara tersebut mampu membawa dirinya ke arah
hidup yang lebih terjamin.

Bab Dua

Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai. Pengurusnya berpuas hati
dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa
rakan sekerjanya Soniah. Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk.
Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah berbual dengan pemuda itu.
Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah
sedang menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan persoalan tentang
Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada Soniah.

Bab Tiga
Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa sebuah tangki minyak yang
dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan
sekuliahnya yang sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-buku
rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu. Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam
kemudian oleh anggota bomba dan pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah
punca kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan kerana ketika kejadian
berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan
tindakan oleh pengurus syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada
Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia tidak percaya kejadian itu
boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh
pembuatan khianat. Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia
seminggu yang lalu.

Bab Empat

Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di Bandar Miri. Mereka
berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan
kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana
risiko untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan lamanya. Bagi Soniah, dia
suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang
kejadian kebakaran yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak menjejaskan
perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah sedang bersiar-siar, Laiman menyedari
kehadiran Muluk yang memerhatikan gerak-geri mereka.

Bab Lima dan Bab Enam

Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung
halamannya di Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin manyahut
seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung kepada kerajaan. Baginya rezeki ada
dimana-mana asalkan rajin berusaha. Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah
madu dan ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani latihan di
Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki minyak. Rupa-rupanya Muluk
cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab
cintanya tidak berbalas, Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang
mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat perbuatannya itu, Muluk
menerima hukuman.

Bab Tujuh
Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di jabatan pertanian. Ayahnya
kesal kerana selama ini dia telah banyak berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman
tidak memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan
sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan
impiannya tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih
berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang dilakukannya bersama
sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan daripada sepupunya dalam usahanya itu.

Bab Lapan

Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah sawah milik Pak Sahok untuk
dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk
dalam geran Pak Sahok, namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan
sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara itu kebun tembikainya mula
berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan
projek ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda kampung itu untuk
bekerja dengan mereka.

Bab Sembilan

Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk melaksanakan projek di kawasan tanah
miliknya walaupun ditawarkan untuk berkongsi  pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu.
Laiman terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai. Namun Laiman dan
Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula menyedari hasil usaha Laiman telah
mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung.
Pak Kiassim menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek ternakan ikan air
tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini
dia tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

Bab Sepuluh

Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan
pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman
menggunakan tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan buah
tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda yang mahu bekerja dengan
Laiman untuk menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang
pekerjanya telah dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan. Sementara itu kebun
tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang sama, Soniah sesekali
menghubungi Laiman melalui surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

Bab Sebelas

Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu Kadek dan Muali yang dihantar
untuk mengikuti latihan dalam bidang ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan
projek ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan. Laiman sangat
terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak lagi orang kampung yang berkebolehan.
Ayah Laiman mulai menyedari erti pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun
Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah mencari projek untuk yang
akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur.

Bab Dua Belas

Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti latihan sudah tidak
menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan
menasihati adiknya itu agar melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap
orang kampung terhadapnya.

Bab Tiga Belas

Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka yang dijaga oleh enam
orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih,
meraih pisang dan kelapa. Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

Bab Empat Belas

Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak lama lagi kolam ternakannya
akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya
menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai
usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat memudahkan urusan mereka
mengangkut hasil tanaman, ternakan dan perniagaan mereka.
Bab Lima Belas

Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap itu. Nama Laiman disebut-
sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya
sepertinya. Dia ingin melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak, pengusaha
kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman
masih mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap
gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat pakciknya amat mengujakan
Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi hatinya kepada Soniah.

Anda mungkin juga menyukai