Anda di halaman 1dari 1

JALAN KE PUNCAK

HARAPAN
SINOPSIS
Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak
pihak termasuk Jabatan Pertanian yang menawarkan
pelbagai bantuan. Pak Sahok pula telah bersetuju dan
memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan
tanah paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan
udang harimau. Hasil jualan buah tembikai akan
dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak
muda yang mahu bekerja dengan Laiman untuk
menjayakan projek yang akan dilaksanakan itu. Kolam
telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah
dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang
penternakan.Sementara itu kebun tembikai diserahkan
kepada ayahnya untuk diusahakan. Pada masa yang
sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui
surat. Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di
universiti.

WATAK & PERWATAKAN


(BAB 10)
LAIMAN
-Seorang yang tidak mudah putus asa dengan
keinginannya.

PAK SAHOK
-Seorang yang baik hati kerana memberi
tanah kepada Laiman untuk mengusahakan
projeknya.

SONIAH
-Seorang yang sangat prihatin terhadap
Laiman dan berjaya kerana dapat
melanjutkan pelajarannya di universiti.

PENGAJARAN
Kita sewajarnya bersyukur terhadap rezeki yang
dikurniakan oleh Allah SWT.
contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar yang
diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan
menghargai usaha yang dijalankan dengan menjadikan
sebagai projek contoh di daerah mereka. Kemungkinan projek
tersebut akan dibesarkan dengan bantuan daripada Jabatan
Pertanian sebagai projek yang terbesar di Sabah.

cr: umaii

Anda mungkin juga menyukai