Anda di halaman 1dari 10

Pendahuluan.

Sekolah Nanga Sempili terletak dikawasan Ulu balleh, Kapit dan berada di dalam kawasan pedalaman satu. Sekolah ini mempunyai 25 orang kakitangan, 157 orang murid dari 12 buah rumah panjang yang berhampiran. Sekolah ini mempunyai 4 blok kelas, satu blok pentadbiran, tiga blok asrama, sebuah dewan dan 23 buah rumah kakitangan serta sebuah pra sekolah. Sekolah ini hanya dibekalkan dengan satu sumber air bersih yang diambil dari sebuah sungai yang sejauh 800m dari sekolah. Masalahnya sekolah ini tiada kemudahan yang cukup untuk menampung keperluan seharian penghuni terutama tandas, laluan berjalan kaki dan kemudahan-kemudahan yang lain. Jelas sekali kemudahan-kemudahan yang dibekalkan jauh beza dari kemudahan di sekolah Bandar. Namun tidak dinafikan kerajaan berusaha untuk membekalkan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi keperluan penghuni dan ada juga kemudahan tertentu di sekolah ini adalah hasil usaha kakitangan sekolah dan ihsan PIBG dan sumbangan-sumbangan pihak tertentu. Namun kemudahan ini belum mencukupi terutama kemudahan-kemudahan asas seperti tandas, lorong pejalan kaki dan bekalan air bersih. Kemudahan seperti tandas guru amatlah diperlukan bukan sekadar untuk keperluan para guru dan kakitangan sokongan tetapi juga untuk kepentingan pelawat dari luar. Semasa kemarau masalah bekalan air bersih amat meruncing. Para guru dan kakitangan serta pelajar terpaksa mandi di dalam sungai balleh. Manakala untuk tujuan makanan bekalan air yang ada agak diragui kebersihannya. Air sungai yang kotor dikhuatiri akan menyebabkan berlaku penyakit ke atas guru dan kakitangan serta para pelajar. Para guru dan kakitangan serta pelajar terpaksa mengangkut ke dewan makan menggunakan baldi . jarak di antara sungai dengan dewan makan adalah sejauh 800meter. Keadaan ini agak memenatkan kerana setiap pelajar lelaki terpaksa mengambil air untuk dihantar ke dewan makan berulang kali. Semasa hujan pula, kebarangkalian untuk banjir adalah tinggi. Masalahnya adalah selepas banjir, kerana banjir turut sama membawa mendapan tanah dan laluan-laluan akan tertutup oleh tanah dan sukar serta memakan masa yang lama untuk dibersihankan. Tetapi berlainan jika laluan itu dibuat dari simen, ianya mudah untuk dibersihkan dan tidak memerlukan masa yang banyak serta tidak menganggu masa persekolahan. Justeru itu bersama-samalah kita mewujudka keselesaan dalam perkhidmatan dengan melengkapkan kekurangan-kekurangan yang pernah diabaikan.

Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Nanga Sempili.


Penasihat : Guru besar, En Philip Nyalang ak Chundi YDP : En Janggu ak Unggat NYDP : Pn Senah ak Ajah Setiausaha : En James madi ak Budol Bendahari : En John Jimin ak Nanyam

Ajk Rumah Panjang 1. Rumah Entelangau : Pn Umol ak Mambang 2. Rumah Karangan Laih : En Yu ak Jam 3. Rumah Karangan Besai : En Mapa 4. Rumah Sempili : En Chendan : En Sudin ak Balai 5. Rumah Merama Nyawai : Pn Rosita ak Gelau 6. Rumah Merama sebuang : En Ajing ak Reba : Pn Ensingan ak Gesa 7. Rumah Sungai Pulang : Pn Min ak Kunjan : Pn Raba ak Gendang 8. Rumah Sepulau : Pn Margerat ak Ungat 9. Rumah Staba : En Philip ak unggat 10. Rumah Karangan Ara : En Limbie 11. Rumah Sebetong Biduk : Pn Basi ak Ajot

Projek yang dijalankan


1. Tandas sekolah Bahan : Bata, simen, paip, 2. Laluan berjalan kaki Bahan : Simen 3. Baik pulih paip bekalan air sekolah Bahan : paip, simen

Matlamat projek.
1. Tandas sekolah Projek ini dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa penghuni dan juga pelawat yang datang ke kolah ini. Ini kerana selama ini sekolah SK Nanga Sempili belum pernah memiliki kemudahan yang di namakan tandas guru atau tandas pelawat. Jika ditinjau dari penggunaan masa, masalah ketiadaan tandas guru boleh dikategorikan sebagai masalah tetap. Ini kerana jika guru terpaksa pulang ke rumah untuk membuang air besar atau air kecil dan ini memakan masa yang banyak memandangkan jarak dari kelas ke rumah adalah jauh. Justeru itu jika tandas ini disediakan maka masa yang digunakan boleh disingkatkan lagi.

2. Bekalan air bersih sekolah Semua orang tahu badan manusia memerlukan banyak air untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Jika murid-murid kekurangan bekalan air maka banyaklah aktiviti harian yang tidak dapat dijalankan dengan baik maka ini akan mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal mereka. Jadi pihak sekolah memerlukan peruntukkan ini bagi memenuhi matlamat negara iaitu melahirkan model insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang menuju satu Malaysia.

3. Laluan pejalan kaki Kebanyakkan laluan pejalan kaki, jika selepas hujan berada dalam keadaan yang basah dan becak. Ini menyebabkan kasut kotor dan boleh mengakibatkan kemalangan seperti tergelincir. Jadi bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku dicadangkan semua tempat laluan pejalan kaki disimen. Ini juga mewujudkan keselesaan kepada penghuni sekolah.

Anggara Belanjawan
Bahan yang diperlukan

1. Simen. Bilangan : 20 beg X RM 22.00 Jumlah : RM 440.00

2. Bata. Bilangan : seberkas X RM 380.00 Jumlah : RM 380.00

3. Jubin. Saiz : 10 X 10 Bilangan : 4 kotak X RM 47.60 Jumlah : RM 190.40

4. Paip air Tandas : RM 35.00 ( campuran ) Bekalan air sekolah : RM 200 ( 2 inchi X 20 = 10 X RM 20 )

Jumlah RM 400 + RM 380 + RM 190.40 + RM 235 = RM1245.40 *termasuk kos pengangkutan

Persetujuan Ahli PIBG Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Nama EN.Philip Nyelang ak Chundi Tr. Janggu ak Unggat Pn Senah ak Ajah En. James Madi ak Budol En John jimin ak Nanyam En Yu ak jam Pn Umol ak mambang En. Mapa En Chendan En sudin ak Balai Pn Rosita ak Gelau En Ajing ak Reba Pn Ensingan ak Gesa Pn Min ak Kunjan Pn Reba ak Gendamg Pn Margaret ak ungat En Philip ak unggat Pn Basi ak Ajot Rumah Panjang SK Nanga Sempili Sempili Sungai Pulang SK Nanga sempili SK Nanga Sempili Karangan Laih Entelangau Karangan Besai Sempili Sempili Merama Nyawai Merama Sebuang Merama sebuang Sg Pulang Sg Pulang Sepulau Staba Sebetong Bidok

Pelan tandas sekolah 2.4 feet

6 feet

6 feet

750 7.8 feet 6 feet 4 feet

4feet Pelan pintu 8 feet Pelan Tepi

6 feet tandas 2 pintu

Pelan Lantai Keseluruhan

Pelan Lorong Pejalan kaki SK Nanga Sempili Petunjuk Laluan yang akan dibuat dan dibaikpulih Rumah kakitangan Asrama Pejabat Guru Kelas padang Dewan Pra Sekolah
Pondok M/pelajaran

KAWASAN E

KAWASAN D

Pondok Jaga

KAWASAN C

KAWASAN B KAWASAN A

Kesimpulan Sebagai sektor atau institusi yang beroperasi di pedalamam adalah diperakui peruntukan ini adalah amat diperlukan bagi menjayakan projek yang telah dirancang untuk menaiktaraf dan keselesaan kakitangan kerajaan. Walaupun projek-projek yang dirancang seperti sesuatu yang remeh temeh, tetapi bagi kami penjawat jawatan awam yang berusaha sepenuhnya menyahut cabaran Malaysia bagi melahirkan insan yang berpendidikan serta berakhlak mulia. Projek ini adalah amat kami hargai kerana telah sekian lama kemudahan-kemudahan seperti ini tiada di kawasan kami, walaupun dikawasan lain kemudahan-kemudahan ini telah bertahun diwujudkan disitu. Jadi kesudian dan keperihatianan pihak tuan untuk membekalkan atau memperakui permohonan kami ini adalah amat kami hargai dan menjadi contoh dalam jaminan keseimbangan pentadbiran negara yang demokrasi.

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK NANGA SEMPILI 2009

YBB 7112

Lakaran Keseluruhan Projek Tandas Guru

Anda mungkin juga menyukai