Anda di halaman 1dari 5

Jalan Ke Puncak

karya Juri Durabi


Ahli Kumpulan
Vickson Chin,Andrian Rifqi,Oh Yu Kin,
Liew Jun Wei,Ngan Jun Wei,Hayqal
Sinopsis
Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan.Dia
dihantar ke sebuah syarikat minyak di Sarawak untuk menjalani latihan
industry.Dia memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang
dipelajarinya.Semasa dalam latihan,dia bekerja dengan bersungguh-sungguh
tetapi dia mempunyai impian yang lain.Di tempat latihan itu,Laiman akrab
dengan gadis yang bernama Soniah,yang juga masih belajar.Hal ini
menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama Muluk.Soniah merasakan
sesuatu yang tidak kena antara Laiman dengan Muluk tetapi dia
menyembunyikan perasaannya itu.
Ketika Laiman tiada di tempat kerja keranapergi ke Kuching ,tangki minyak
telah terbakar.Ada andaian yang menyatakan bahawa Laiman yang
merancang pembakaran tangki minyak itu sebelum dia ke Kuching.Pengurus
Laiman sendiri pun mengesyaki perkara yang sama.Walau
bagaimanapun,setelah mendapat keterangan daripada Laiman,pengurus itu
percaya bahawa Laiman tidak bersalah dalam hal tersebut.
Setelah tamat belajar Laiman pulang ke kampungnya di
Kusilad,Sabah.Dalfikirannya,dia berpendapat bahawaijazah yang diperolehnya
bukanlah tiket untuk dia mencari pekerjaan bergaji tetap.Dia memikirkan projek yang
sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu.Apabila dia mendapat tawaran setia
bekerja di jabatan pertanian,dia menolaknya.Pekara itu menimbulkan kemarahan
ayahnya, Pak Kiassim.Pak Kiassim yakin bahawa bekerja makan gaji adalah yang
terbaik bagi lulusan university . Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek tenakan
lebah madu dan ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk menjalankan projek
ternakaan ikan air tawar di tanah paya bersebelahan dengan tanah Pak Sohai.
Ternakan lebah madu tidak mendatangkan msalah kepada Laiman kerana projek
tersebut tidak memerlukan kaawasan yang luas. Di samping itu.dia juga menanam
pokok tembikai.
Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila lihat Laiman tidak beroleh apa-
apa kemajuan..Namun begitu,Laiman tetap dengan pendiriannya.Dia berpakat terus
bergerak maju.Pada permulaannya,Milan juga kurang bersamangat,Milan menjadi
yakin dan penuh semangat apabilla melihat Laiman tid pernah berputus asa.Mereka
bersama-sama meminta izin Pak Sahok untukk melaksanakan pprojek di sebelah tanah
Pak Sahok tetapi Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok
bukanlah pemilik tanah yang dicita-citakannya itu tetapi dia tidak mahu bermusuh
dengan Pak Sahok.
Milan juga bersemangat seperti Limah. Tanaman tembikar mula menampakkan
kemajuan.laiman memikirkan projek lain, iaitu kebun limau dan kelapa. Milan berasa
bimbamg kerana fikiran laiman terlalu bercadang-cadang, tetapi laiman yakin dengan
tindakannya itu. Menurut laiman, kerjanya yang banyak akan dibant oleh budak-budak
yang gagal dalam persekolahan. Perkara tersebut tentu akan menyenangkan hati ibu
bapa budak-budak itu.
Setelah masa belalu agak lama,pak kiassim dapat menerima baik usaha Laiman.Dia
telah melihat kejayaan Laiman dalam projek kebun tembikainya.Namun,Pak Sahok masih
enggan memberikan keizinan kepada Laiman untuk mengusahakan tanah paya disebelah
tanahnya bagi dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar.Hasil perundingan dengan Pak
Kiassim,Pak Sahok kemudiannya bersetuju untuk membenarkkan Laiman mengusahakan
tanah tersebut.
Laiman memulakan projek ikan air tawarnya.Kawasan paya itu diperdalam dengan
menggunakan jentera pengorek.Setelah segala-galanya berjalan dengan lancer.Laiman
menambahkan lagi kolam ternakannya.Sebahagian daripada kawasan itu digunakan
untuk ternakan ikan air tawar,manakala sebahagiannya lagi untuk ternakan udang
harimau.Urusan kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya.
Masalah dalam bidang perusahaan adalah perkara biasa dan dihadapi
oleh mana-mana pengusaha.Masalah yang menimpa Laiman ialah dua
orang anak muda yang dilatihnya ,iaitu Kedek dan Muali meninggalkannya
untuk membuka perusahaan sendiri.Laiamn tidak berasa kecewa kerana
sekurang-kurangnya dia telah berjaya melatih orang lain bekerja.
kejayaan Laiman kian terserlah apabila jabatan pertanian berjanji akan
membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan air tawar.Projek ikan
air tawar yang diusahakannya itu akan dijadikan projek contoh di daerah
Kusilad.Hal itu menggembirakan Laiman dan Milan.Menurut pihak
jabatan,ada kemungkinan projek itu akan menjadi projek terbesar di
Sabah.Apabila Milan beredar ke kampungnya,Laiman buat sekian kalinnya
teringat akan Soniah,gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di
Sarawak dahulu.

Anda mungkin juga menyukai