Anda di halaman 1dari 18

BAHASA MELAYU TAHUN 6

Memberikan nasihat dan ajaran kepada orang yang tidak mahu menerimanya.

Kamal memang budak yang degil sejak kecil lagi. Oleh itu, usaha ibu bapanya untuk menasihati adalah

ibarat mencurah air ke daun keladi.

Maksudnya:

Ayat:

Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba.

Untuk berjaya dalam perniagaan, kamu hendaklah berusaha dengan gigih dan sanggup berkorban wang serta masa. Jangan harapkan kejayaan dalam masa yang singkat, bak kata pepatah naik tangga dari bawah, kata Pak Lamin kepada anaknya.

Maksudnya:

Ayat:

Jangan sengaja mencari kesusahan.

Dell enggan menyertai Hussin dan rakanrakannya bermandimanda di sungai yang berarus deras itu kerana dia sedar bahawa sarang tebuan jangan dijolok.

Maksudnya:

Ayat:

Orang atau masyarakat yang hidup bantumembantu.

Kempen Jiran Sepakat Membawa Berkat diadakan untuk menyedarkan penduduk bandar tentang pentingnya hidup tolong-menolong sesama mereka. Hidup bantu-membantu bagai aur dengan tebing ini dapat menyatupadukan masyarakat.

Maksudnya:

Ayat:

Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang.

Kamarul tidak boleh

berlindung di sebalik telunjuk lagi kerana

perbuatannya yang suka mencuri itu telah pun diketahui oleh guru kelasnya.

Maksudnya:

Ayat:

Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati.

Rasa pedih cuping telinga Amilah apabila


mendengar tuduhan Azira yang menyakitkan hatinya itu.

Maksudnya:

Ayat:

Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan.

Dengan berpegang pada prinsip sedikit-

sedikit lama-lama jadi bukit, akhirnya usaha

Pak Merap untuk pergi ke Makkah dengan duit yang disimpannya secara berdikit-dikit itu tercapai juga.

Maksudnya:

Ayat:

Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan.

Sebelum Aini dan Hasan bertolak ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran, mereka telah dimaklumkan bahawa lain lubuk, lain ikannya. Oleh itu, mereka harus mencuba untuk memahami adat resam itu supaya dapat menyesuaikan diri dengan mudah.

Maksudnya:

Ayat:

Orang yang berkulit putih menjadi kemerah-merahan kerana terkena cahaya matahari terik.

Kulit muka Maizurah

seperti udang dibakar


kerana lama berjemur di tengah padang semasa hari sukan sekolahnnya.

Maksudnya:

Ayat:

Keadaan yang bengkang-bengkok.

Keadaan jalan dari Jerantut ke Kuala Lipis yang seperti ular kena palu itu kerap kali menyebabkan kemalangan jalan raya.

Maksudnya:

Ayat:

Dalam keadaan yang telah rosak binasa.

Kereta yang dipandu oleh Salleh itu sudah menjadi abu arang.

Maksudnya:

Ayat:

Walau bagaimana pandai/licik pun seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan.

Jackie, yang memang pakar dalam melakukan aksi lagak ngeri dalam filem, sentiasa berwaspada ketika melakukan aksi tersebut kerana dia sedar sepandai-pandai

tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.


Maksudnya: Ayat:

Orang yang lemah menentang orang yang kuat sudah tentu akan kalah.

Pertandingan antara Encik Basri dengan Pak Ramli untuk merebut jawatan itu samalah

seperti mentimun dengan durian kerana


Pak Ramli amat berpengaruh dan dihormati oleh penduduk.

Maksudnya:

Ayat:

Memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang.

Encik Hafizul dan Puan Norleda menjaga Khairi

bagai menatang minyak yang penuh

kerana Khairilah satusatunya anak mereka.

Maksudnya:

Ayat:

Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah.

Pak Arif menasihati anak-anaknya supaya rajin bekerja sedangkan dia pemalas. Pak Arif samalah seperti ketam

menyuruh anaknya berjalan betul.

Maksudnya:

Ayat:

Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan.

Kedua-dua adikberadik itu berselisih faham tentang harta peninggalan ayah mereka tetapi setelah ibu mereka menasihati mereka, mereka berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

Maksudnya:

Ayat:

Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung.

Puas sudah Puan Leela mendidik dan mengajar anaknya Ahmad tetapi Ahmad tetap enggan mendengar nasihatnya. Bagi Ahmad, apa-apa yang dibuatnya semuanya betul. Sikap Ahmad itu ibarat bodoh

tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut.

Maksudnya:

Ayat:

Anda mungkin juga menyukai