Anda di halaman 1dari 60

PERUMPAMAA

Bagai anak
ayam
kehilangan
ibu
Maksud:
Kesusahan yang dialami oleh
seseorang apabila dirinya kehilangan
tempat bergantung
Contoh ayat:
Sejak kematian kedua ibu bapanya, hidup Maisara
bagai anak ayam kehilangan ibu

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
buruk
kepala
Maksud:
Orang yang selalu dihina
Contoh ayat:
Penagih dadah itu bagai anjing buruk kepala,
ke mana sahaja dia pergi

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
dengan
kucing
Maksud:
Dua orang yang selalu bertengkar
Contoh ayat:
Perangai dua beradik itu bagai anjing dengan
kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti
bertengkar

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
mengulang
bangkai
Maksud:
Orang yang mengulangi perbuatan
yang tidak sopan
Contoh ayat:
Perangai Hanif tidak ubah bagai anjing
mengulang bangkai, walaupun sudah ditegur
berkali-kali namun dia masih mengeluarkan katakata kesat

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
tersepit
di
pagar
Maksud:
Berasa serba-salah kerana berada
dalam kesusahan
Contoh ayat:
Selepas duitnya hilang, keretanya pula dicuri
orang. Kini dirinya bagai anjing tersepit di
pagar.

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
tidak
bercawat
ekor
Maksud:
Orang hina yang tidak dihiraukan
orang atau masyarakat.
Contoh ayat:
Penagih dadah itu bagai anjing tidak bercawat
ekor, hidupnya terlantar dan melarat di tepi jalan
tanpa dipedulikan orang.

PERUMPAMAA

Bagai aur
di atas
bukit
Maksud:
Serah diri kepada nasib atau takdir
Contoh ayat:
Setelah gagal mencari anaknya yang hilang,
wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib
bagai aur di atas bukit

PERUMPAMAA

Bagai
belut
diketil
ekor
Maksud:
Sesuatu perkara yang terjadi atau
berlaku secara tiba-tiba.
Contoh ayat:
Kejadian tsunami itu bagai belut diketil ekor,
dalam sekelip mata sahaja semuanya hancur
musnah.

PERUMPAMAA

Bagai
balak
terendam
Maksud:
Orang gemuk yang malas bergerak
atau membuat kerja.
Contoh ayat:
Budak lelaki yang berbadan gemuk itu bagai
balak terendam, apabila berada di rumah dia
hanya makan dan tidur sahaja.

PERUMPAMAA

Bagai
beliung
dengan
Maksud:
Dua orang
yang tidak pernah
asahan
berpisah.
Contoh ayat:
Adlin dan Anita tidak pernah berpisah sejak kecil
lagi. Kedua adik beradik itu bagai beliung
dengan asahan.

PERUMPAMAA

Bagai
bersahaba
t
dengan
ular

Maksud:
Kalau berkawan dengan orang jahat,
kita tetapberbisa
menjadi mangsa juga.
Contoh ayat:
Badrul menyesal kerana membabitkan diri
dengan kumpulan jahat itu. Bagai bersahabat
dengan ular berbisa, akhirnya dia turut
ditangkap oleh pihak berkuasa.

PERUMPAMAA

Bagai
berumah
di tepi
tebing
Maksud:
Orang yang selalu berada dalam
kebimbangan.
Contoh ayat:
Akibat berhutang keliling pinggang, Husin bagai
berumah di tepi tebing kerana dia dicari oleh
pemiutang.

PERUMPAMAA

Bagai
bulan
dipagari
bintang
Maksud:
Seorang gadis yang cantik dikelilingi
oleh gadis-gadis lain yang cantik.
Contoh ayat:
Gadis yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik itu bagai
bulan dipagari bintang apabila dikelilingi oleh gadisgadis cantik yang lain

PERUMPAMAA

Bagai
buluh
ditarik
songsang
Maksud:
Perihal betapa sukarnya mempengaruhi
seseorang supaya mengikut apa yang
dikehendaki
Contoh ayat:
Mendidik anak-anak muda supaya melakukan kerjakerja amal dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak
berfaedah tidak ubah bagai buluh ditarik
songsang

PERUMPAMAA

Bagai
bumi
dengan
langit
Maksud:
Jurang perbezaan yang terlalu besar.
Contoh ayat:
Jurang kekayaan di antara penduduk kampung
dengan hartawan bagai bumi dengan langit.

PERUMPAMAA

Bagai
buntal
kembong

Maksud:
Orang yang bodoh dan sombong.
Contoh ayat:
Perangai pekerja baru itu tidak ubah bagai
buntal kembong, sudahlah dia tidak tahu apaapa, bila ditegur pula tidak mahu menjawab.

PERUMPAMAA

Bagai
burung
dalam
sangkar,
mata
lepas

Maksud:
Seseorang yang mendapat perlindungan
yang baik tetapibadan
tidak mendapat kebebasan
yang diinginkannya.
Contoh ayat:
Sejak berkahwin dengan hartawan itu, Nani disuruh
berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja. Hidupnya
kini bagai burung dalam sangkar, mata terlepas
badan terkurung.

terkurung.

PERUMPAMAA

Bagai
dihiris
dengan
sembilu
Maksud:
Perihal tentang hati atau perasaan
yang sangat sedih dan pilu.
Contoh ayat:
Perasaan Aida bagai dihiris dengan sembilu
apabila mendapat tahu kekasihnya telah
mengambil keputusan untuk memutuskan
hubungan mereka.

PERUMPAMAA

Bagai
duri
dalam
daging
Maksud:
Sesuatu yang menyakitkan hati atau
membuat kita selalu teringat dan
terasa dalam hati.
Contoh ayat:
Kehadiran ibu tirinya yang sombong dan jahat itu
disifatkan oleh Nina bagai duri dalam daging
dalam kehidupannya.

PERUMPAMAA

Bagai enau
dalam
belukar,
melepaskan
Maksud:
pucuk
Orang yang hanya mementingkan
diri sendiri.
masing-

masing
Contoh ayat:

Sikap orang ramai yang suka membuang sampah


ke dalam sungai tidak ubah bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-msaing

PERUMPAMAA

Bagai
halilintar
membelah
bumi
Maksud:
Bunyi yang sangat kuat atau berita
yang amat sedih.
Contoh ayat:
Puan Marina menyifatkan berita kematian suaminya
yang terbunuh dalam nahas kapal terbang itu bagai
halilintar membelah bumi.

PERUMPAMAA

Bagai
isi
dengan
kuku
Maksud:
Hubungan yang sangat erat dan
tidak dapat dipisahkan.
Contoh ayat:
Persahabatan di antara Nisa dan Aida tidak ubah
bagai isi dengan kuku. Mereka selalu bersama ketika
susah mahupun senang.

PERUMPAMAA

Bagai
itik
pulang
petang
Maksud:
Berjalan terlalu lambat.
Contoh ayat:
Adik berjalan bagai itik pulang petang sebab
itulah akhirnya dia terpaksa didukung oleh ibu.

PERUMPAMAA

Bagai
kacang
lupakan
kulit
Maksud:
Lupa asal-usul atau seseorang yang
tidak mengenang jasa.
Contoh ayat:
Jamal bagai kacang lupakan kulit. Ketika dia susah
dahulu, Zainal yang selalu membantunya, tetapi kini
dia pura-pura tidak mengenali kawannya itu lagi

PERUMPAMAA

Bagai
kelipkelip
terbang
Maksud:
Perbuatanmalam
sulit atau rahsia yang
diketahui orang atau tidak dapat
disembunyikan.

Contoh ayat:
Niat Mak Som hendak merahsiakan berita
penangkapan anaknya yang terbabit dengan gejala
dadah itu bagai kelip-kelip terbang malam, kerana
perkara itu sudah pun diketahui penduduk kampung

PERUMPAMAA

Bagai
ketam
menyuruh
anaknya
Maksud:
Tiada guna mengajar anak supaya
berkelakuan baik jika perangai ibu
berjalan
bapa buruk.

betul.

Contoh ayat:
Tindakan Murad merotan anaknya yang suka
ponteng sekolah itu bagai ketam mengajar
anaknya berjalan betul, kerana dia sendiri sering
ponteng kerja.

PERUMPAMAA

Bagai
kucing
kehilangan
anak.
Maksud:
Orang yang berada dalam keadaan
bingung atau hilang akal.
Contoh ayat:
Nabil bagai kucing kehilangan anak apabila
mendapat tahu keretanya hilang.

PERUMPAMAA

Bagai
layanglayang
putus
tali
Maksud:
Hidup yang terumbang-ambing dan
tidak tentu arah haluan.
Contoh ayat:
Sejak kedua orang tuanya meninggal dunia, hidup
Asmah tidak ubah bagai layang-layang putus
tali.

PERUMPAMAA

Bagaimana
acuan
begitulah
kuihnya.
Maksud:
Tingkah laku anak banyak
dipengaruhi oleh tingkah laku kedua
ibu bapanya.

Contoh ayat:
Ibu bapa hendaklah memberi contoh teladan yang baik
kepada anak-anak kerana ia akan mempengaruhi
mereka di kemudian hari, seperti kata pepatah
bagaimana acuan begitulah kuihnya.

PERUMPAMAA

Bagai
menarik
rambut
di
dalam
tepung

Maksud:
Membuat kerja dengan cermat dan
berhati-hati
Contoh ayat:
Pihak polis menjalankan operasi mereka dengan
penuh hati-hati bagai menarik rambut di
dalam tepung. Kesemua penjenayah akhirnya
berjaya diberkas.

PERUMPAMAA

Bagai
mendapat
durian
runtuh
Maksud:
Mendapat keuntungan dengan tibatiba tanpa perlu bersusah payah.
Contoh ayat:
Pemilik tanah itu bagai mendapat durian runtuh
apabila kerajaan berjanji akan membayar wang
sebanyak RM1 juta sebagai ganti rugi.

PERUMPAMAA

Bagai
menatang
minyak
yang
Maksud:
penuh.
Memelihara, menjaga atau
sanggup berkorban demi
memberikan perhatian yang penuh untuk
membesarkan seseorang.
Contoh ayat:
Walaupun Nurul hanya anak angkat namun Mak Leha
memelihara dan membesarkannya bagai menatang
minyak yang penuh.

PERUMPAMAA

Bagai
pahat
dengan
pemukul.
Maksud:
Hanya membuat sesuatu kerja
apabila disuruh.
Contoh ayat:
Majikan itu menegur sikap malas para pekerjanya.
Bagai pahat dengan pemukul, mereka hanya
membuar kerja apabila disuruh.

PERUMPAMAA

Bagai
pinang
dibelah
dua.
Maksud:
Sangat sesuai atau sama cantik dan
sama padan.
Contoh ayat:
Pasangan pengantin baru itu tidak ubah bagai
pinang dibelah dua.

PERUMPAMAA

Bagai si
kudung
mendapat
cincin.
Maksud:
Seseorang yang mendapat sesuatu yang tidak
diperlukannya atau tidak tahu bagaimana
hendak menggunakannya
Contoh ayat:
Budak kecil itu tidak ubah bagai si kudung
mendapat cincin. Komputer yangdibelikan oleh
bapanya itu disimpan sebagai hiasan di biliknya
kerana dia tidak tahu menggunakannya.

PERUMPAMAA

Bagai
telur di
hujung
tanduk
Maksud:
Menggambarkan keadaan yang
bahaya atau genting.
Contoh ayat:
Nyawa para tebusan itu bagai telur di hujung
tanduk apabila penculik itu mengugut akan
meletupkan tempat tersebut.

PERUMPAMAA

Bagai
wau
putus
tali
Maksud:
Orang yang berserah sahaja kepada
nasib kerana tidak mampu berusaha
lagi.

Contoh ayat:
Zaiton bagai wau putus tali, setelah permohonannya
untuk masuk ke universiti gagal, kini dia hanya
berserah sahaja kepada nasib.

PERUMPAMAA

Bak kaca
terhempas
ke
batu.

Maksud:
Menggambarkan perasaan yang
sangat sedih akibat sesuatu kejadian
atau kehilangan.

Contoh ayat:
Hati Nisah hancur dan remuk bak kaca terhempas
ke batu apabila mendapat tahu kekeasihnya akan
berkahwin dengan orang kain.

PERUMPAMAA

Bak sirih
pulang
ke
gagang.

Maksud:
Kembali ke tempat asalnya atau ke
tempat yang sepatutnya.
Contoh ayat:
Cikgu Hayati menyifatkan perlantikannya sebagai
guru besar sekolah tersebut tak ubah bak sirih
pulang ke gagang kerana dia pernah belajar dan
juga mengajar di sini dahulu.

PERUMPAMAA

Ibarat
bertepuk
sebelah
tangan
tidak akan
Maksud:
berbunyi.
Cinta yang
tidak berbalas.
Contoh ayat:
Rosli mengambil keputusan untuk melupakan
sahaja Azie kerana dia tahu cintanya tidak dibalas
oleh gadis itu, ibarat bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi.

PERUMPAMAA

Ibarat
bulan
jatuh
ke
riba
Maksud:
Mendapat habuan yang besar atau
keuntungan yang banyak.
Contoh ayat:
Kedua mempelai menyifatkan hadiah rumah dan kereta
yang diperolehi sempena perkahwinan mereka itu ibarat
bulan jatuh ke riba.

PERUMPAMAA

Ibarat
diberi
betis
hendak
paha.
Maksud:
Menuntut lebih daripada apa yang
sudah didapati atau diberi.
Contoh ayat:
Isteri Ali sentiasa mendesaknya membelikan sekalung
rantai sedangkan dia baru sahaja membelikannya
segelung gelang. Ibarat diberi betis hendak paha, Ali
berasa kecil hati dengan sikap isterinya.

PERUMPAMAA

Ibarat
mencurahk
an
air ke
daun
Maksud:
Kata-kata keladi.
atau nasihat yang tidak
didengar dan diendahkan.
Contoh ayat:
Mak Munah melarang Bujal menunggang
motosikal kerana dia tidak memiliki lesen
memandu. Namun ibarat mencurahkan air ke
daun keladi kerana Bujal tidak

PERUMPAMAA

Ibarat
pelanduk
dua
serupa.
Maksud:
Dua orang yang seakan-akan serupa
parasnya.
Contoh ayat:
Pasangan kembar itu ibarat pelanduk dua
serupa, wajah mereka tiada perbezaan ketara.

PERUMPAMAA

Macam
belangkas
Maksud:
Ke mana sahaja mereka pergi mesti
berdua atau berpasangan.
Contoh ayat:
Hairul dan Salina tidak ubah macam belangkas,
ke mana sahaja mereka pergi mesti berdua.

PERUMPAMAA

Macam
ikan
kena
tuba
Maksud:
Keadaan di sesuatu tempat yang
diserang penyakit atau ditimpa
bencana besar.

Contoh ayat:
Kejadian gempa bumi itu mengakibatkan suasana
di tempat tersebut tidak ubah macam ikan kena
tuba.

PERUMPAMAA

Macam
kera
sumbang.
Maksud:
Tidak suka bercapur atau bergaul
dengan masyarakat setempat.
Contoh ayat:
Sejak berpindah ke situ, hidup Abu tidak ubah macam
kera sumbang. Dia jarang keluar rumah apalagi
bercampur dengan penduduk kampung itu.

PERUMPAMAA

Macam
murai
dicabut
ekor.
Maksud:
Orang yang suka membuat kecoh
dan bising.
Contoh ayat:
Telatah Mak Timah tidak ubah seperti murai
cabut ekor, ke mana sahaja dia pergi keadaan
pasti riuh.

PERUMPAMAA

Macam
udang
kena
bakar
Maksud:
Kulit cerah yang bertukar kemerahmerahan apabila terkena pancaran
matahari atau akibat kepanasan
Contoh ayat:
Wajah Shasha macam udang kena bakar
kerana terlalu lama berjemur di bawah terik
matahari.

PERUMPAMAA

Seperti
ayam
berak
kapur
Maksud:
Seseorang yang kelihatan lemah dan
tidak bermaya.
Contoh ayat:
Sejak jatuh sakit, Hasan hanya duduk di rumah
sepanjang hari. Dia kelihatan lemah dan tidak
bermaya seperti ayam berak kapur.

PERUMPAMAA

Seperti
gajah
masuk
kampung
Maksud:
Orang yang berkuasa dapat melakukan
sesuka hati terhadap orang yang lemah.
Contoh ayat:
Orang ramai sangat marah dengan ahli
perniagaan itu kerana sikapnya seperti gajah
masuk kampung, sesuka hatinya bertindak
merampas tanah orang kampung.

PERUMPAMAA

Seperti
gunting
dalam
lipatan.
Maksud:
Orang yang pada zahirnya nampak baik tetapi
sebenarnya berbuat jahat dalam diam tanpa
sesiapa mengesyakinya.
Contoh ayat:
Walaupun Munir dan Kahar bersahabat baik,
tindakan Munir memburuk-burukkan Kahar di
belakang sahabatnya itu tidak ubah seperti
gunting dalam lipatan.

PERUMPAMAA

Seperti
haruan
makan
anak.
Maksud:
Bapa yang mencabul anak
perempuannya.
Contoh ayat:
Akibat mencabul anak gadisnya sendiri, lelaki yang
disifatkan seperti haruan makan anak itu akhirnya
ditangkap dan dipenjarakan.

PERUMPAMAA

Seperti
itik
mendapat
air.
Maksud:
Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu
yang memang diimpi-impikan.
Contoh ayat:
Mardiah begitu gembira seperti itik mendapat
air apabila menerima sebuah telefon bimbit
daripada ayahnya.

PERUMPAMAA

Seperti
kaduk
naik
junjung.

Maksud:
Sikap seseorang yang tidak berada apabila
diberi sesuatu mula menunjukkan perangai
mengada-ngada
Contoh ayat:
Sejak menjadi anak angkat kepada orang kaya itu,
Saiful sudah tidak pulang ke rumahnya, perangainya
seperti kaduk naik jujung.

PERUMPAMAA

Seperti
katak di
bawah
tempurung
. Maksud:
Orang yang berfikiran sempit atau
ketinggalan zaman.
Contoh ayat:
Pak Leman dituduh seperti katak di bawah
tempurung apabila dia membantah kugiran
muzik diadakan dalam majlis perkahwinan anak
saudaranya.

PERUMPAMAA

Seperti
kerbau
dicucuk
hidung.
Maksud:
Oorang yang kelihatan bodoh kerana
mengikut sahaja kehendak orang lain.
Contoh ayat:
Faruk seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa
menilai dahulu baik dan buruknya sesuatu perkara,
dia menurut apa sahaja kata orang

PERUMPAMAA

Seperti
rusa
masuk
kampung.
Maksud:
Keadaan orang yang kehairanan dan
terpinga-pinga apabila tiba di tempat
baru.
Contoh ayat:
Pertama kali menjejakkan kakinya di Kuala
Lumpur, telatah Budin tidak ubah seperti rusa
masuk kampung.

PERUMPAMAA

Seperti
ular
kena
palu.
Maksud:
Bengkang-bengkok atau tidak lurus.
Contoh ayat:
Perjalanan menuju ke rumah pengantin itu
memakan masa yang agak lama kerana keadaan
jalannya yang bengkang-bengkok seperti ular
kena palu.

PERUMPAMAA

Seperti
si buta
mendapat
tongkat.
Maksud:
Orang susah yang mendapat apa yang dia
inginkan.
Contoh ayat:
Ketika Pak The memikirkan bagaimana dia hendak
mencari wang bagi membiayai pelajaran anaknya ke
universiti, seorang wakil rakyat telah menghulurkan
bantuan. Pak The menganngap dirinya seperti si buta
mendapat tongkat.

Anda mungkin juga menyukai