Anda di halaman 1dari 5

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis

peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis


peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.
1. ada hati
Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
Ayat

: Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licin
Ayat

: Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu
Ayat

: Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.
Ayat

: Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Ayat

: Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.

6. anak bongsu
Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga
Ayat

: Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Ayat

: Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan
Adnan.

8. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat

: Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

9. angkat bakul
Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.
Ayat

: Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.

10. atas angin


Maksud : Negara-negara barat
Ayat

: Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut


Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat

: Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

12. batu api


Maksud : penghasut
Ayat

: Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan


Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat

: Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh
pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan


Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat

: Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa


Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat

: Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsakebakaran.

16. buah mulut


Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat

: Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah mulut
seluruh kampung.

17. buah tangan


Maksud : pemberian
Ayat

: Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

18. bulat kata


Maksud : sepakat, sehati
Ayat

: Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan
kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh


Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Ayat

: Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.

20. gaji buta


Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh
Ayat

: Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

21. ikat perut


Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat

: Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan
wang saku kepadanya.

22. iri hati


Maksud : perasaan cemburu
Ayat

: Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu


Maksud : tidak mendapat kata sepakat
Ayat

: Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.

24. keras kepala


Maksud : tidak mahu mengalah
Ayat

: Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras
kepala.

25. khabar angin


Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
Ayat

: Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar
tentang dirinya.

26. langkah kanan


Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat

: Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang
terkenal di pesta buku itu.

27. langkah seribu


Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
Ayat

: Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh
ayah saya.

28. mandi peluh


Maksud : basah dengan peluh
Ayat

: Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

29. mata duitan


Maksud : orang yang mementingkan wang saja
Ayat

: Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

30. pilih kasih


Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
Ayat

: Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.

31. rambang mata


Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat

: Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan


Maksud : suka menolong orang
Ayat

: Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang


Maksud : rajin bekerja
Ayat

: Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

34. sampai hajat


Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
Ayat

: Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.

35. saudara baru


Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam
Ayat

: Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi.

36. senyum kambing


Maksud : senyum mengejek
Ayat

: Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata


Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat

: Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka


Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan
Ayat

: Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.

39. tangkai jering


Maksud : orang yang kedekut
Ayat

: Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

40. ulat buku


Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat

: Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat


buku.

Anda mungkin juga menyukai