Anda di halaman 1dari 4

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa.

Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya. SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT. 1. ada hati Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan. Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu. 2. akal kancil Maksud : tipu daya yang licin Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak. 3. alas perut Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut. 4. alim-alim kucing Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan. Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya. 5. anak angkat Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman. 6. anak bongsu Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong. 7. anak emas Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan. 8. anak kandung Maksud : anak sendiri Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah. 9. angkat bakul Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri. Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya. 10. atas angin Maksud : Negara-negara barat Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut Maksud : orang yang suka bercakap Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya. 12. batu api Maksud : penghasut Ayat : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula. 13. batu loncatan Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan Ayat : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak. 14. bekas tangan Maksud : hasil kerja tangan seseorang Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina. 15. bergadai nyawa Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran. 16. buah mulut Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah mulut seluruh kampung. 17. buah tangan Maksud : pemberian Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami. 18. bulat kata Maksud : sepakat, sehati Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan. 19. durian runtuh Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah. Ayat : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu. 20. gaji buta Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta. 21. ikat perut Maksud : mengurangkan makan kerana susah

Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan wang saku kepadanya. 22. iri hati Maksud : perasaan cemburu Ayat : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru. 23. jalan buntu Maksud : tidak mendapat kata sepakat Ayat : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu. 24. keras kepala Maksud : tidak mahu mengalah Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala. 25. khabar angin Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya. Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya. 26. langkah kanan Maksud : mujur atau bernasib baik Ayat : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu. 27. langkah seribu Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut Ayat : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya. 28. mandi peluh Maksud : basah dengan peluh Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya. 29. mata duitan Maksud : orang yang mementingkan wang saja Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan. 30. pilih kasih Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya. 31. rambang mata Maksud : sukar untuk membuat pilihan Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan Maksud : suka menolong orang Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita. 33. ringan tulang Maksud : rajin bekerja Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang. 34. sampai hajat Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah. 35. saudara baru Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam Ayat : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi. 36. senyum kambing Maksud : senyum mengejek Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian. 37. tanda mata Maksud : hadiah kenang-kenangan Ayat : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata. 38. tangan terbuka Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan Ayat : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka. 39. tangkai jering Maksud : orang yang kedekut Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering. 40. ulat buku Maksud : orang yang tekun membaca Ayat : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.

Anda mungkin juga menyukai