Anda di halaman 1dari 10

PERUMPAMAA

Bagai anak
ayam
kehilangan
ibu
Maksud:
Kesusahan yang dialami oleh
seseorang apabila dirinya kehilangan
tempat bergantung
Contoh ayat:
Sejak kematian kedua ibu bapanya, hidup Maisara
bagai anak ayam kehilangan ibu

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
buruk
kepala
Maksud:
Orang yang selalu dihina
Contoh ayat:
Penagih dadah itu bagai anjing buruk kepala,
ke mana sahaja dia pergi

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
dengan
kucing
Maksud:
Dua orang yang selalu bertengkar
Contoh ayat:
Perangai dua beradik itu bagai anjing dengan
kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti
bertengkar

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
mengulang
bangkai
Maksud:
Orang yang mengulangi perbuatan
yang tidak sopan
Contoh ayat:
Perangai Hanif tidak ubah bagai anjing
mengulang bangkai, walaupun sudah ditegur
berkali-kali namun dia masih mengeluarkan katakata kesat

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
tersepit
di
pagar
Maksud:
Berasa serba-salah kerana berada
dalam kesusahan
Contoh ayat:
Selepas duitnya hilang, keretanya pula dicuri
orang. Kini dirinya bagai anjing tersepit di
pagar.

PERUMPAMAA

Bagai
anjing
tidak
bercawat
ekor
Maksud:
Orang hina yang tidak dihiraukan
orang atau masyarakat.
Contoh ayat:
Penagih dadah itu bagai anjing tidak bercawat
ekor, hidupnya terlantar dan melarat di tepi jalan
tanpa dipedulikan orang.

PERUMPAMAA

Bagai aur
di atas
bukit
Maksud:
Serah diri kepada nasib atau takdir
Contoh ayat:
Setelah gagal mencari anaknya yang hilang,
wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib
bagai aur di atas bukit

PERUMPAMAA

Bagai
belut
diketil
ekor
Maksud:
Sesuatu perkara yang terjadi atau
berlaku secara tiba-tiba.
Contoh ayat:
Kejadian tsunami itu bagai belut diketil ekor,
dalam sekelip mata sahaja semuanya hancur
musnah.

PERUMPAMAA

Bagai
balak
terendam
Maksud:
Orang gemuk yang malas bergerak
atau membuat kerja.
Contoh ayat:
Budak lelaki yang berbadan gemuk itu bagai
balak terendam, apabila berada di rumah dia
hanya makan dan tidur sahaja.

PERUMPAMAA

Bagai
beliung
dengan
Maksud:
Dua orang
yang tidak pernah
asahan
berpisah.
Contoh ayat:
Adlin dan Anita tidak pernah berpisah sejak kecil
lagi. Kedua adik beradik itu bagai beliung
dengan asahan.

Anda mungkin juga menyukai