Anda di halaman 1dari 3

PENGARANG : NOORISAH BT KAMARUDIN

PENERBIT : ANEKA PUBLICATION & DISTRIBUTORS


SDN. BHD
SIRI : SIRI PENGLIPURLARA
MALANG SI PENIPU

Di dalam sebuah kota, tinggal seorang lelaki bernama Dom. Dom tidak
bekerja, tetapi dia mempunyai banyak harta dan wang. Kerjanya setiap hari ialah
menipu orang-orang di kota itu. Ibunya seringkali menegur Dom, namun tidak
dihiraukannya. Dom berasa gembira apabila dapat menipu dan mempermainkan
orang. Dom tidak mempunyai ramai kawan kerana semua orang tidak suka
kepadanya.
Pada suatu hari, dia terlihat ada seorang lelaki sedang menjual seekor lembu
di kota itu. Dom mula berfikir hendak menipu si penjual lembu itu. Dia mula
berfikir sendirian. Sekiranya dia menipu penjual lembu itu, tentu dia akan untung
besar. Lalu, dia pun berjalan ke arah penjual lembu itu.
Kemudian Dom telah memulakan penipuannya. Dia menghalang penjual
lembu itu daripada menjual lembunya kerana lembunya terlalu kurus. Jadi tentulah
murah harganya. Lalu penjual daging itu pun bertanya kepada Dom apa yang harus
dilakukannya kerana lembunya tidak mahu makan. Dom memberitahu penjual
lembu itu bahawa ada rumput sakti di satu taman larangan. Jika lembu itu makan
rumput di sana, ia pasti gemuk dan senang dijual.
Lalu, penjual lembu itu meminta Dom untuk membawa lembu ini ke sana.
Dom telah meletakkan satu syarat kepada penjual lembu itu. Syarat yang telah
ditetapkan oleh Dom ialah hanya dia sahaja yang boleh membawa lembu itu. Lalu,
penjual lembu itu pun bersetuju dengan dyarat Dom. Kemudian, Dom pun segera
membawa seekor lembu bersamanya. Dia berasa gembira kerana dapat menipu
penjual lembu itu.
Dom membawa lembu itu dan menjualnya kepada seorang saudagar kaya.
Kemudian, dia kembali ke tempat penjual lembu itu dengan muka yang sedih.
Dom memberitahu penjual lembu itu bahawa dia telah dirompak dan lembu itu
telah diambil orang. Penjual lembu itu menyatakan bahawa dia masih mempunyai
empat ekor lembu. Dia menyuruh Dom membawa seekor ke taman larangan. Dom
segera membawa seekor lembu dan berpura-pura pergi ke taman larangan.
Kemudian dia pergi menjual lembu itu dan kembali menemui penjual lembu.
Setelah empat ekor lembunya hilang, penjual lembu mula berasakan dirinya
telah ditipu. Dia mengintai Dom. Penjual lembu itu berasa sangat marah kerana
Dom telah menipunya. Penjual lembu segera ke tempatnya dan berpura-pura
menunggu Dom. Selepas menjual lembu kelima, Dom menemui penjual lembu.
Dom memberitahu bahawa lembu yang kelima itu telah mati dibaham harimau.
Kemudian penjual lembu menyuruh Dom untuk pergi ke ladangnya di seberang
hutan untuk mengambil beberapa ekor lembu yang lain.
Dom tidak tahu sebenarnya penjual itu berbohong kepadanya. Di seberang
hutan itu terdapat seekor harimau yang ganas. Sesiapa sahaja yang melalui hutan
itu pasti tidak akan selamat. Dengan hati yang gembira, Dom segera pergi ke hutan
itu. Tiba di dalam hutan, Dom terdengar bunyi harimau mengaum. Dom berasa
terkejut apabila melihat seekor harimau. Dia cuba untuk melarikan diri, tetapi
gagal.
Akhirnya, Dom telah mati dibaham harimau. Itulah akibatnya kerana suka
menipu dan menganiaya orang, akhirnya dia sendiri yang terkena.

Anda mungkin juga menyukai