Anda di halaman 1dari 2

BUKU 4: HAMID DENGAN IKAN EMAS

Selain Kisah imiginasi, saya juga sukakan kisah dongeng. Resensi


buku ke-2 saya bertajuk "HAMID DENGAN IKAN EMAS". Buku ini
merupakan cerita keluaran Siri Bacaan Minda Bestari. Kulit hadapan buku
ini menunjukkan seorang lelaki yang berjaya memancing seekor ikan emas
yang besar dan mempunyai warna yang cantik. Terdapat juga sebakul ikan
kecil berwarna-warni berhampirannya.
Kisahnya bermula suatu ketika dahulu, ada seorang budak lelaki
yang bernama Hamid. Dia seorang yang sangat rajin. Berlainan pula
dengan dua orang abangnya, yang bersikap malas. Selepas ibu mereka
meninggal dunia, Hamidlah yang terpaksa memikul tanggungjawab
menguruskan ladang ternakan mereka. Manakala abang-abangnya
langsung tidak membantunya.
Pada suatu hari, abang-abangnya menyuruh Hamid pergi
menangkap ikan untuk dimakan. Hamidpun pergi ke sebuah kolam di
puncak gunung. Dia berjaya mendapat banyak ikan. Sehinggalah dia
menarik jorannya buat kali terakhir, dia sangat terkejut melihat hasil
tangkapannya ialah seekor ikan emas besar yang cantik. Lebih
menghairankan lagi, ikan emas itu boleh bercakap!
Ia merayu-rayu mohon dilepaskan dan berjanji yang ia akan
mengabulkan tiga permintaan Hamid asalkan Hamid melepaskannya.
Hamid bersetuju dan meminta, yang pertama, supaya abang-bangnya
berubah sikap dan rajin membantunya. Yang kedua, Hamid juga
memohon supaya ayam-ayamnya bertelur dengan banyak dan yang
ketiga, lembu- lembunya mengeluarkan susu sepuluh kali ganda supaya
hasilnya dapat dijual dan menjadi punca pendapatan mereka.

Setelah itu, ikan emas itupun dilepaskan. Malangnya, apabila


Hamid balik ke rumahnya, semuanya masih seperti biasa, langsung tiada
yang berubah seperti permintaannya. Namun dia masih tetap cekal
meneruskan kehidupannya sehinggalah sebulan kemudiannya, Hamid
pergi lagi ke kolam di puncak gunung itu untuk menangkap ikan.
Sekali lagi, ikan emas yang sama telah terlekat pada mata kailnya
lagi. Sama seperti dahulu, ikan emas itu merayu-rayu mohon dilepaskan
sekali lagi. Kali ini hamid sudah tidak terpedaya lagi kerana dia terlalu
kecewa dengan sikap ikan emas itu yang memungkiri janji. Ikan itu juga
mengejeknya kerana terlalu mudah ditipu.

Kerana terlalu marah, hamid memukul ikan itu dengan tukul


kayunya dan membawanya pulang. Semasa menyiang ikan itu, Hamid
menemui sebungkus emas di dalam perut ikan emas itu. Hamid
kemudiannya berhijrah dari kampungnya berbekalkan emas itu untuk
membina hidup baru yang lebih baik.

Pengajaran dari buku ini, jangan mudah percaya dengan janji manis
terutamanya sesiapa yang kita langsung tidak kenal peribadinya. Kita juga
mestilah ada sikap rajin berusaha tanpa mengenal jemu kerana
sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya. Berkat sikap rajin juga,
pasti ada keuntungan yang akan dituai dikemudian hari.

Itu sahaja resensi dari saya, saya harap semua juri sukakan cerita ini.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai